Home / Artikel Cahaya Islam / (Motivasi) Kenapa Perlu Berubah?

(Motivasi) Kenapa Perlu Berubah?

Sambungan dari artikel lepas : Bagaimana Mengubah Hidup Anda?

Sebenarnya perasaan kita yang ingin berubah dari masa ke semasa itu adalah suatu anugerah yang indah. Kita diberi peluang oleh Allah untuk merasai perasaan ingin menjadi lebih baik dan mengubah hidup ke arah kesempurnaan. Saidina Ali RA pernah berpesan:

Celakalah sesiapa yang hari ini lebih buruk dari kelmarin, dan esok lebih buruk dari hari ini.

Berbeza dengan sesetengah orang yang merasakan dirinya sudah begitu baik dan begitu selesa dengan kehidupan harian mereka. Saya sendiri pernah berjumpa dengan orang seperti ini. Kata mereka:

“Tidak guna bekerja kuat, tidak guna berusaha lebih dan tidak guna mengejar itu ini. Jika Allah telah menetapkan rezeki kita sebanyak 1 cupak nasi sehari, maka ia tidak akan berubah.”

Climate ChangeKenyataan mereka ini sebenarnya bertentangan dengan firman Allah:

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan menjauhi segala laranganNya dan menjauhi segala laranganNya), nescaya Allah akan mengandakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya), serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah!) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkanya).

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.

Surah At Talaq, 65: 2-3

Firman ini jelas menyatakan kita harus berusaha bagi mengubah nasib diri. Namun usahlah ia disalah tafsirkan bahawa nasib yang perlu diubah itu hanya berkaitan dengan akhirat atau dunia sahaja. Sebaliknya ia merangkumi kedua-dua aspek tersebut.

Mahu berubah bukan bermaksud kita tidak bersyukur. Tetapi ia adalah satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Dari dulu hingga kini, umat islam lebih-lebih lagi bangsa Melayu jauh ketinggalan kebelakang dalam segenap hal. Keadaan ini telah menyebabkan kita lemah dan sering bergantung kepada orang lain. Inikah yang Islam terapkan ke dalam diri kita? Tidak! Salah sama sekali!

Islam mengajar kita bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Namun apa yang kita pilih? Kita lebih cenderung memilih untuk menerima. Meskipun tidak salah tetapi di mana maruah kita? Mungkin persoalan maruah bukan isu yang tepat. Tetapi cuba kita perhatikan anak-anak muda kita sekarang, ramai yang merempat dan ke hulu ke hilir mencari pekerjaan.

Salahkah mereka untuk tidak diberi peluang? Pada pandangan saya tidak, tetapi salah kita sendiri yang tidak membuka peluang. Kita lebih mementingkan diri, bila cukup makan kita, cukup makan anak isteri kita, selesa kehidupan harian kita, kita terlupa saudara seagama dan insan-insan yang memerlukan.

Kita hidup di dunia bukan sekadar menghambakan diri kepada Allah dan melengkapi keperluan harian tetapi Allah mengutuskan kita untuk menjadi khalifah. Walau tidak sehebat dan seberjaya insan lain, berubahlah..berubahlah ke arah yang lebih baik. Kerana perubahan kita bukan untuk manfaat kita seorang, tetapi untuk memanyungi manfaat insan sejagat.

Jika tidak mampu melingdungi hutan, sekurang-kurangnya lindungilah sebiji tunas.

About wanwma

Check Also

MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI

MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI – Mungkin bangun subuhnya lambat. – Mungkin solatnya kurang sempurna. – …

No comments

  1. aku beri je apa yg aku termampu. tp mmg betul kita selalu lbih menunggu utk menerima.

    p/s : wan, selain blog ni & kad raya tu. pe sideproject blog ko yg lain?
    .-= naz menulis diblognya tentang.. I can cook, so can you? =-.

    • Aku buat projek komik portal dan mobile content…huhuhu..tapi tak leh cerita lebih lagi, sbb aku sendiri pun tak tau nak cerita cam mana, aku ingat bila dah berjaya ‘betul’ nanti aku akn tulis buku pasal mobile content

  2. motivasi yg baik..thanks…
    semoga Allah mberkati kita sbgai hambanya
    dan kita mnjadi khalifah yg tbaik di dunia ciptaan-Nya
    amin…
    .-= sweet.ants menulis diblognya tentang.. Minggu-Minggu Sudah =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *