Home / Jin-sihir-santau-mistik / 18 Sebab Jin Merasuk Manusia

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

  1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
  2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
  3. Meninggikan suara dalam bilik air
  4. Menangis dan merintih sebelum tidur
  5. Membuang air panas ke dalam bilik air
  6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
  7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
  8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
  9. Selalu bertengkar suami isteri
  10. Terlampau marah
  11. Mengikut hawa nafsu
  12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
  13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
  14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
  15. Perempuan suka bersolek
  16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  17. Jin jatuh cinta pada manusia
  18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat? katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

About wanwma

Check Also

Cara2 Jin masuk ke dalam rumah kita

Cara2 Jin masuk ke dalam rumah kita: 1) kita yg bawa sendiri 2) kelakuan kita …

No comments

  1. Salam, saya bukan nak komen cuma nak bertanya. Kalau seseorang tu jenis yang tak tinggal solat, bertudung, kurang suka muzik, menonton tv…tapi sentiasa diganggu jin, tergolong dalam golongan yang mana? Terima kasih.

  2. Saya ada pertanyaan;ada malaikat itu berkawin dan branak pinak dan benarkah malaikat tak perlu nikah untk berkahwin?

    • Malaikat tidak memiliki keturunan, tidak berkahwin dan tidak beranak-pinak kerana mereka bukan lelaki mahupun wanita. Berbeza daripada jin yang berkahwin dan beranak-pinak seperti manusia. Allah menyebutkan perihal iblis di dalam surah Al-Kahfi ayat 50, “….patutkah kamu menjadi iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu?”

      • assalamualaikum ustaz.. saya nk tanya.. knape jin lbih gemar memasuki tubuh perempuan berbanding lelaki?? tanya hanya sekadar ingin mencari ilmu..

  3. Assalamualaikum. nak tanya. anak saya selalu pengsan kat sekolah. kadang2 tak sedarkan diri, mengamuk. adakah anak saya kena rasukan jin ? sebab kat rumah tak pernah pun dia pengsan macam kat sekolah. macam mana saya nak tangani nye ?

  4. jika berhajat belajar ilmu merawat diri dan kehidupan sila lawati blog sy alhikmahwalsyifa.blogspot.com insyaallah bukan sahaja belajar ilmu rawatan ada juga ilmu yang lain seperti amalan murah rezeki dan sebagainya

  5. Assalamualaikum.
    Ketika mahu tidur semalam, tiba2 saya demam, asyik terjaga dan terfikir seolah2 saya telah di ganggu jin. Saya membaca ayatul kursi dan 4 qul berulang kali.
    Ketika mahu terlelap saya terbayang ayam daging ayam dilempar dihadapan saya membuatkan saya terjaga. Terdapat juga benda lain yg dilempar dalam bayangan saya membuatkan saya terjaga tapi saya tak berapa ingat.
    Mohon nasihat.

  6. As-Salamu-alaikum..Ustaz,saya ada seorang sahabat yang menderita menjadi mangsa sihir.. setiap hari di santau sesuatu yang bergerak-gerak dan menyucuk-nyucuk
    di muka,didalam mata,dalam rongga hidung,rongga telinga, kemaluan dan dipunggung..sahabat saya boleh mendengar
    perbualan tukang sihir..pertuturan dan pergerakannya dapat di ketahui oleh si tukang sihir..saya mohon nasihat daripada Ustaz..

  7. assalam ustaz…macamna klau kite nak tau orang tu btul2 kne rasuk ke tidak (main 2)

  8. Salam Tuan, bantu saya. pada beberapa hari saya ditegur oleh ibu kerana saya sombong sampaikan dia berkata sembahyang tunggang terbalik berdoa siang malam tapi sombong sia-sia sahaja. hati saya sakit juga bila dikritik seperti itu gara saya memilihh dalam cari pasangan. padahal bagi saya belajar pun belum mohon kerja lagi la tak dapat sebab saya belum dapat result. kemudian, saya menangis dan pernah berfikir negatif dan rasa tak semangat nak sembahyang dan hati rasa lemah.baca al-quran pun x nak dah pandang sejadah sampai terjeling-jeling. adakah ini berpunca daripada jin? dan boleh bagi saya tips semangat nak beribadah x? saya tahu ibu x ada niat nak sakitkan hati saya tapi dia cuma saya terima pilihan hatinya saya x kisah tapi saya belum bersedia lagi sebab saya kurang agama. selama ni saya cari ilmu agama dengan cara tengok di tv dan tengok orang sembahyang di surau. saya baca al quran pun rujuk pada youtube. saya x nak bila saya dah jadi ibu yang x pandai ilmu agama. bantu saya please

  9. Azalinda Mat Nor

    Salam…
    Sy ade prtanyaan. Anak sy 4 thn prempuan tlh dirasuk jin dipanggil ‘jilat anjing’. Prtama kali brlaku dlm keluarga. Mcm xpercaya. Dia dilihat luar biasa. Menjilat2 tapak tgn dan mncubit2 diri sendiri. Insha Allah tlh bransur pulih setelah mndpt rawatan drp seseorang yg brpengetahuan. Soalan saya. Adakah dia akan dirasuk spt itu lg lps ini? Dan adakah jin jilat anjing itu akan brkeliaran di dlm rumah dan adakah jin itu akan mrasuk adiknya yg msh baby pula?

  10. Assalamualaikum ustaz,

    Saya nak tanya, saya tidak pasti jika saya benar-benar mengalami gangguan, atau sekadar sayalah yang paranoid, atau secara modennya saya dikatakan mempunyai OCD. Tetapi, saya merasakan keadaan diri saya tidak terkawal. Saya mudah emosi dan marah walaupun untuk hal-hal yang kecil, saya sukar tidur malam, saya akan menyakitkan diri jika saya emosi, dan saya sepertinya agak pendendam. Saya juga sering membayangkan ada sesuatu disekitar saya (yang tidak diketahui ssekadar mainan minda atau sememengnya ada). Satu ketika, saya pernah terjaga di awal pagi dan terlihat ada “benda” yang memerhatikan tetapi saya terus menyambung tidur. Saya juga gemar tidur pada keadaan yang ada ruang terbuka seperti pintu yang terbuka atau tingkap yang terbuka walaupun saya takut pada gelap. Saya juga sukar beribadat. Ada ketikanya saya sangat istiqomah, namun tidak lama. Saya juga sudah beberapa kali mendapat mimpi perkara yang akan berlaku (seperti Deja Vu), atau saya seringkali mampu menjangkakan apa yang akan berlaku pada orang lain, yang saya tidak ketahui dari mana datangnya “idea” itu. Saya seperti tahu ada yang berbisik kepada saya tentang sesuatu dan sepertinya saya juga mengetahui yang “si dia” itu ada bersama saya, saya juga jika terlalu marah, atau sekadar mengugut dan melemparkan sesuatu kata buruk kepada orang lain, sepertinya orang itu akan mendapat masalah. Saya ingin tahu, jika ini adalah gangguan ataupun sekadar jiwa saya atau pun saya mempunyai kelebihan tertentu. Saya benar-benar memerlukan penjelasan.

    Terima kasih.

  11. saya x tahu macam mana nak kesan ni. saye takut sa akn jadi kawan yang bermasaalah di antara kawan kawan saye.

  12. Salam ustaz.sy nak tanya.kenapa tiap kali sy nak solat saya rasa takut.seolah olah ade yang memerhati.haritu semasa saya nak ambik wuduk saya terdengar bunyi ketuk atap.bila saya cancel nak ambik wudu bunyi tu stop.bila saya nak ambik sekali lagi ia berbunyi lagi.semasa saya nak hampar kain sejadah saya mengeletar teruk.baru baru ni semasa nak tidur saya rasa seperti ditindih.saya juga cepat naik angin dan kurang bergaul dengan ahli kluarga.saya sering rasa seperti diperhati.kadang2 bila saya mendengar surah2 tertentu saya shaking.tetapi saya boleh membaca yasin dgn lancar.badan saya sering lenguh.tiap kali azan sy bole mndengar seperti biasa.tiada gelisah.saya nak tanya pendapat ustaz adakah ini normal atau ada gangguan jin.tambahan sekarang bulan puasa

  13. Assalamualaikum sye nk tnye kalau seseorg itu mimpi kene rasuk mcm mnew eah ?? mimpi tu sbnyam due kli .tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *