Di dunia…
“Bila ko nak berubah?”
“Belum datang seru (hidayah)”
Di akhirat…
“Kalaulah Allah bagi petunjuk (hidayah) kepadaku (di dunia dahulu), sudah pasti aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa” [39:57]
Allah jawab di Akhirat,
“Sesungguhnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu yang mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang2 yang kufur (engkar)” [39:59]
Hakikatnya…
“Dan orang-orang yang BERSUNGGUH2 BERUSAHA DI DALAM AGAMA KAMI, nescaya KAMI AKAN BERI PETUNJUK (hidayah) kepada mereka akan jalan-jalan Kami.” [30:69]
Untuk mendapat petunjuk, kenalah bermujahadah, bersungguh-sungguh berjalan di atas agama Allah dengan mentaati segala perintah Allah & meninggalkan segala larangan-Nya..
Petikan: Cinta dan Persahabatan dalam Islam
Kalau ditanya kepada wanita tidak bertudung,kenapa kamu tidak memakai tudung?
Jawabnya: “Macamlah perempuan pakai tudung tu baik sangat”.
Ini antara jawapan wanita zaman sekarang.
Macam kita makan la. Tak semua orang yang makan tu kenyang. Tapi orang yang tak makan tu tentulah tak kenyang.
teruskan usaha tuan…trima kasih atas perkongsian…sya nk tanya sikit, mcmcmane nak tau [”39:57]”…ayat yang mana?
39 – nombor surah
57 – nombor ayat
surah az zumar ayat 57
39 – nombor surah
57 – nombor ayat
surah az zumar ayat 57
Alhamdulillah… Terima kasih kerana membantu!
yang bertudung belum tentu baik,
tp yang baik itulah bertudung.
Memang benar apa yang dikatakan.