🌸 BEZA ORANG QURBAN DENGAN ILMU DENGAN ORANG QURBAN DENGAN NAFSU 🌸
Org yg qurban dgn ilmu :
1)Tahu hukum Qurban (sunat muakkad)
2)Nak BerQurban setiap tahun.
3)Niat qurban semata-mata utk mendekatkan diri kpd Allah. (Li- taqorrubillah)
4)Mendahulukan wasiat dan nazar.
5)Pilih kambing berbanding lembu. (Jika mampu. Bukan pilih yg paling murah)
6)Jaga segala perkara sunat.
– Tidak potong kuku, rambut, misai, janggut & segala bulu.
(bermula 1 zulhijjah sehingga haiwan yg kita qurban disembelih).
7)Berniat sebanyak 3x :
i. Niat kerana Allah. (Li- taqorrubillah)
ii. Niat ketika wakilkan kpd penyembelih.
iii.Niat ketika terperciknya darah haiwan sembelihan ke bumi.
8)Niat memotong nafsu ketika melihat daging haiwan qurban dipotong.
9)Mengambil daging qurban sebanyak segenggam sahaja. Selebihnya hadiah dan sedeqah
10)Makan hati haiwan yg disembelih.
-‘Ya Allah seperti mana engkau perbaikkan hati haiwan ini, engkau baikilah hatiku’)
11)Niatkan sedekah dan hadiah.
-sedekah utk org miskin.
-hadiah utk org kaya.
12)Niatkan pahala qurban kepada orang yg telah meninggal dunia. (sebutkan nama arwah)
13)Menanam azam dan berniat utk melakukan qurban pada tahun hadapan sebaik shj ibadah qurban selesai dilakukan.
(Inilah Qurban cara sunnah, yg dilakukan oleh baginda Nabi SAW).
Wallahu’alam bissawab.