Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / Letupan Di Lubnan

Letupan Di Lubnan

Segala-galanya berpunca daripada satu percikan api daripada seorang welder.

Percikan api daripada welder itu telah menyebabkan gudang menyimpan bunga api di Pelabuhan Beirut itu terbakar.

Kebakaran kemudiannya melarat ke gudang berhampiran yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrate, sehingga mengakibatkan letupan besar. (gambar 1 dan 2)

Asap merah yang kita lihat terhasil selepas letupan besar di Beirut itu adalah nitrogen okside yang dihasilkan oleh ammonium nitrate.

Ramai yang menyatakan ia umpama letupan bom nuklear dan gempa bumi.

Gegaran hasil letupan dirasai sehingga Cyprus, yang terletak 240km daripada Beirut.

Dari mana datang ammonium nitrate itu?

Pada 2013,, sebuah kapal bernama MV Rhosus (gambar 3) belayar dari Pelabuhan Batumi di Georgia menuju ke Mozambique membawa bahan berbahaya itu.

Kapal itu berdaftar di Moldova.

Ketika pelayaran, tidak diketahui punca sebenar tetapi ia telah singgah di Beirut.

Ketika di Beirut, disebabkan masalah hutang oleh pemiliknya, seorang warga Russia, kapal MV Rhosus serta anak kapalnya telah ditahan dan dilarang meninggalkan Beirut.

Muatannya berisi ammonium nitrate telah dirampas oleh pihak berkuasa Lubnan dan diletakkan di dalam sebuah gudang di Pelabuhan Beirut.

Selama 6 tahun, bahan ammonium nitrate itu disimpan dalam gudang tanpa sebarang langkah-langkah untuk memastikanya keselamatannya.

Sehinggalah pada 6 petang semalam apabila percikan api daripada tukang welder itu menyebabkan letupan besar itu.

Selain membunuh lebih 100 orang dan mencederakan 4,000 orang, letupan itu juga menyebabkan 300,000 orang kehilangan kediaman.

Gabenor Beirut mengatakan kerugian akibat letupan dianggarkan bernilai US$3 billion.

Ia juga telah mengakibatkan sebahagian besar penduduk Beirut diambang kebuluran.

Nanti kita cerita lagi, kerana kesan letupan di Beirut itu boleh menjerumuskan seluruh Timur Tengah ke dalam lubang tanpa dasar.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA (cnp)

 

About mai

Check Also

ANAK PEREMPUAN

Cuainya saya. Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *