Kelebihan dan Fadhilat Ayat Al Kursi
Ayat 255 daripada surah Al Baqarah yang lebih dikenal sebagai ayat Al Kursi ini juga digelar Penghulu Segala ayat Al Quran.
Ayat Al Kursi diturunkan selepas hijrah Nabi Muhamad SAW dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis al Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ayat Al Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan “kursi’ bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Iaitu syiar atas kebesaran Allah yang meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al Quran. Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan ayat Kursi kerana fadhilat dan kehebatan ayat ini. Dan ia diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain.
Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara oleh Allah SWT sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Setiap kali berwuduk lalu bacalah ayat Kursi nescaya Allah akan meninggikan darjat setinggi 40 kali dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya mendoakan kepada sipembaca sehingga ke hari kiamat.
  3. Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allaj akan mengutuskan 70 ribu malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampuanan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Kursi, akan dikurniakan Allah kebaikan yang tidak terhitung banyaknya kepada seisi rumah.
  5. Membaca ayat Kursi boleh menghilangkan rasa marah, dijauhi malapetaka dan gangguan syaitan.
  6. Jika di dalam kesempitan, Allah SWT memberi pertolongan dan jika seorang itu miskin dia akan menjadi kaya dengan izinNya.
  7. Sesiapa yang pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangan segala kefakiran di depan matanya.
  8. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali setiap pagi jumaat kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan.
  9. Sesiapa membaca ayat Kursi setiap kali solat fardhu, antaranya:
  • Terpelihara daripada tipu daya syaitan.
  • Diangugerah hati orang yang bersyukur.
  • Allah mengambil rohnya seperti orang berperang bersama para nabi da mati syahid.
  • Terpelihara daripada kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad berserta para anbiya.
  • Allah Azza Wa Jalla tidak menegah dia daripada masuk syurga.
  • Allah kurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang siddiqin iaitu syurga.
Lagi Khasiat ayat kursi dan cara mengamalnya
Khasiat ayat kursi untuk perlindungan
  1. Melindungi tidur anda daripada godaan syaitan. Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum tidur maka Allah akan mewakilkan dua malaikat untuk menjaga dan memeliharanya sehingga subuh.
  2. Terlindung dirinya hingga solat lainnya. Barang siapa membaca ayat Kursi setelah solat fardhu, Allah akan melindunginya sehingga solat lainnya. Dilindungi daripada segala tindakan kejahatan dan godaan syaitan sepanjang hari. Membaca ayat Kursi dengan istiqomah setiap kali selepas solat, setiap kali hendak keluar rumah, setiap kali masuk ke tempat lain, setiap kali sewaktu memandu, Allah akan melindunginya daripada kejahatan raja-raja yang kejam, selamat daripada kejahatan manusia, aman daripada kejahatan binatang yang memudaratkan dan terhindar daripada segala macam godaan syaitan dan iblis.
  3. Berpindah ke tempat baru. Jika dibaca ayat Kursi sebanyak 100 kali, Allah akan melindungi anda dan keluarga daripada segala ganguan. Rasullulah juga bersabda, barang siapa yang membaca ayat Kursi 12 kali pada waktu pagi kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
Khasiat ayat kursi untuk kekayaan
  1. Cara pertama
  • Mulianya ayat Kursi, dan sekiranya anda mengamalkan dengan cara yang betul ia boleh mendatangkan rezeki dan menambah kekayaan.
  • Kerjakan solat hajat empat rakaat dengan satu salam selama 40 hari setelah solat isyak. Pada rakaat pertama dan kedua setelah Al Fatihah baca surah Al Baqarah ayat ke 286 sebanyak tiga kali.
  • Pada rakaat ketiga sesudah Al Fatihah baca surah Al Zalzalah sebanyak 15 kali. Dan pada rakaat ke empat setelah Al Faithah baca surah Al Ikhlas sebanyak 25 kali. Dan setelah selesai salam, mulanya membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam fikiran yang tenang dan penuh konsentrasi.
     2. Cara kedua
  • Amalkan membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali setiap hari, maka Allah akan memberi pertolongan, melapangkan fikiran, dimudahkan rezeki dan dikabulkan segala hajat yang diingini.
     3. Cara ketiga
  • Tunaikan solat hajat dua rakaat di sepertiga malam terakhir dan baca ayat Kursi sebanyak 99 kali lalu diikuti dengan doa kepada Allah SW agar dimudahkan rezeki.
     4. Cara keempat
  • Tunaikan solat dhuha sebanyak dua rakaat lalu baca surah Al Waqiah dengan membaca ayat Kursi sebanyak 1111 kali.
Ayat Kursi untuk mendapat jodoh
Jika anda berasa sulit untuk mendapatkan jodoh dan ingin segera memiliki pasangan, amalkan ayat Kursi. Caranya, Bacalah ayat Kursi 1000 kali selama 40 hari maka demi Allah, demi Allah yang maha agong, demi kebenaran Al quran, demi Rasulullah yang mulia, baginya akan dibukakan tabir rohaninya dan seluruh apa yang diinginkan akan diwujudkan – riwayat daripada Syeikh Muyidin al Arabi.
Ayat Kursi untuk perubatan
Mengamalkan ayat Kursi dalam jumlah dan waktu tertentu boleh memberikan manfaat untuk pengubatan dan penyumbuhan pelbagai penyakit.
Sebagai pengubat penyakit Ayan.
Bagi yang menderita penyakit Ayan, amalkan membaca ayat Kursi dengan menyediakan segelas air kemudian membaca ayat Kursi sebanyak 90 kali, dan disetiap kali selesai bacaan hendaklah ditiupkan pada gelas tadi. Setelah sesuai semuanya minumkan kepada penderita Ayan tersebut.
Untuk penyakit ringan dan sederhana
Siapkan satu gelas air dengan gelas berukuran sedang. Baca surah Al Fatihah sebanyak 17 kali, surah Al Ikhlas 17 kali, ayat kursi 17 kali, kemudian tiupkan pada gelas tiga kali pada setiap surah tadi. Setelah itu air diberi minum pada yang sakit. Buatlah selama tiga hari berturut-turut setelah bangun daripada tidur dan malam sebelum tidur.
Untuk pelbagai penyakit lain.
Sediakan satu gelas air biasa kemudian baca ayat Kursi tiga kali dan diminumkan kepada yang sedang sakit, setiap hari, perlahan-laan penyakit dialami akan sembuh dengan izin Allah.
Untuk otak menjadi cerdas
Menurut Syeikh Abul ‘Abas al Bunni, ‘barang siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan pada air hujan lalu diminumkannya, atas izin Allah SWT akan diberikan kecerdasan akal dan dimudahkan kefahaman pada setiap yang dipelajari.
Khasiat ayat Kursi untuk hidup penuh jiwa tauhid
Dalam kita Assarul Mufidah menyebut, ‘barang siapa yang selalu mengamalkan ayat Kursi setiap kali selepas solat, insha Allah dia akan hidup dengan penuh jiwa tauhid, dibukakan pula dadanya dengan pelbagai hikmah, dibukakan pintu rezeki untuknya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh yang akan membuat orang segan kepadanya juga dipelihara daripada segala bencana atas izin Allah SWT.
kredit:fbsahabatpencintaal-quran

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *