Home / Motivasi / Anda Sedang Usahakan Perniagaan Kecil Atau Berpotensi?

Anda Sedang Usahakan Perniagaan Kecil Atau Berpotensi?

Hampir setiap hari saya menerima email, iklan di FB dan macam-macam bentuk pengiklanan yang menjanjikan pulangan wang cepat, mudah dan banyak. Pada kebiasaannya saya akan delete atau remove terus iklan seperti ini. Tetapi kadang-kadang saya akan membacanya juga untuk melihat potensi, strategi dan testimoni pengguna dan penjual.

Bagi saya, ada di antara sistem perniagaan, produk dan pelan yang dikemukakan sangat bagus dan berkesan. Namun ada juga yang tidak jelas dan amat tidak profesional. Pun begitu, ramai di antara kita ghairah menyertai program buat duit seumpama ini. Saya tidak kata ia suatu yang salah atau sia-sia, tetapi apa yang perlu kita fikirkan sebagai  usahawan yang inginkan kemajuan dalam perniagaan adalah lebih jauh dari itu.

business

Seperti anda, saya juga amat tertarik apabila melihat testimoni kejayaan yang ditunjukkan dalam program-program yang diiklankan kepada kita saban hari. Ada orang yang mendapat keuntungan lebih daripada RM10,000 dalam masa tak sampai 1 minggu. Hal ini benar-benar boleh berlaku dan saya juga tahu bagaimana caranya. Bagaimanapun, bukan perkara ini yang ingin saya ketengahkan hari ini.

Persoalan sekarang ialah kita sedang mengusahakan perniagaan kecil atau sebuah perniagaan yang berpotensi tinggi? Berbeza dengan ‘berniaga secara kecil-kecilan’, perniagaan kecil hanya perniagaan yang diusahakan untuk sementara  waktu dan tidak tahu hala tujunya. Sesetengah dari kita menganggap dengan menyertai sesuatu program buat wang, mereka akan dapat pulangan wang ribuan ringgit dengan ‘nasib baik’. Selepas masuk program tu, buat program ni pula dan begitulah seterusnya.

Mengusahakan perniagaan yang berpotensi memerlukan rancangan, penelitian, sistem dan pelan jangka panjang yang teratur dan sistematik. Kita tidak boleh bertindak secara rambang dan tidak boleh beriklan dengan cara melulu tanpa strategi yang betul.

Kenapa Perlukan Perniagaan Berpotensi?

Untuk apa sebenarnya kita berniaga? Saya amat yakin dan pasti, ramai di antara kita cuba memulakan perniagaan bukanlah disebabkan oleh minat, tetapi kerana ingin menambahkan sumber pendapatan. Mengusahakan perniagaan berpotensi tinggi membawa maksud kejayaan di masa depan. Sebaliknya jika mengusahakan perniagaan kecil, anda mungkin boleh mendapatkan wang dalam masa yang singkat. Namun ia hanya bertahan selama beberapa ketika sahaja.

Jika begitu, adakah matlamat utama anda untuk menambahkan pendapatan tercapai? Kita lihat ramai orang yang dapat wang puluhan ribu dalam masa yang singkat. Tetapi tanpa kita sedari, dalam masa yang singkat itu juga mereka menghabiskan wang yang mereka dapat dengan sia-sia. Keadaan ini tidak membawa sebarang perubahan kepada kejayaan mereka.

Jelaslah di sini, tindakan kita yang mahukan wang cepat tidak membawa apa-apa makna kepada matlamat asal kita iaitu untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan meringankan beban kewangan. Jika begitu adakah perlu kita menyertai program buat duit yang tidak menyumbangkan sebarang perubahan kepada kejayaan kita? Ya, tidak perlu! Melainkan untuk anda belajar dan ketahui selok-belok perniagaan seumpama itu.

Apa Beza Perniagaan Kecil & Perniagaan Berpotensi?

Baik, mari kita lihat perbandingan ringkas di bawah:

Ciri-ciri Utama

Perniagaan Kecil

Perniagaan Berpotensi

Visi & Misi yang jelas

Tiada

Ya

Pelan Pemasaran yg baik

Mungkin

Ya

Sistem yang sistematik

Tiada

Ya

Ketua & pengikut yg memahami Misi & Visi perrniagaan

Tiada

Ya

Rancangan Jangka Pendek/ Panjang dan Masa Depan

Tiada

Ya

Mempunyai produk/ perkhidmatan yang berkualiti

Mungkin

Ya

Kajian dan pembangunan

Tiada

Ya

Khidmat Pelanggan

Tiada

Ya

Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan yang berat sebelah. Perniagaan yang berpotensi memiliki hampir semua keperluan penting dalam kejayaan perniagaan, sebaliknya perniagaan kecil hampir tidak mungkin memiliki ciri-ciri tersebut.

Ciri-ciri di atas sesuai dijadikan panduan kepada anda yang ingin menyertai perniagaan yang menjanjikan pulangan wang yang banyak dan cepat. Sebelum anda mempromosikan sesuatu program buat wang atau produk orang lain, senaraikan dulu ciri ciri di atas. Tanya pada diri anda:

  • Adakah perniagaan ini mempunyai Visi dan Misi yang jelas? Atau hanya ingin merekrut ahli dan menjana pendapatan dari penyertaan ahli?


  • Adakah pelan yang digunakan mempunyai skim atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya?


  • Apa sistem perniagaan ini? Atau mungkin tiada sistem pun?


  • Jika perniagaan ini berjalan dengan hanya mempromosikan produk dan mencari ahli, adakah perniagaan ini akan mempunyai Leader (ketua) dan pengikut yang setia? Mampukah perniagaan ini memberi pulangan yang berbaloi kepada mereka?


  • Apa rancangan masa jangka pendek, panjang dan masa depan perniagaan ini dan apa pula rancangan saya untuk perniagaan ini? Mungkinkah tiada sebarang rancangan atau sekadar cuba-cuba saja?


  • Bagaimana dengan produk yang dikeluarkan? Adakah orang akan membeli produk jika mereka tidak menjalankan perniagaan ini? Atau produk itu hanya boneka yang dihasilkan sekadar untuk mengaburi mata ahli? Mereka bayar wang ahli dan dapat produk, kemudian cari orang lain masuk ahli dan dapat komisen?


  • Sudahkah sebarang kajian dan pembangunan untuk memajukan perniagaan dibuat? Atau ia hanya sekadar perniagaan biasa? Jual beli produk, cari orang/ahli, kemudian tiap-tiap bulan kira jumlah komisen?


  • Apa yang disediakan sebagai khidmat pelanggan? Ada tak satu pengurusan khas disediakan untuk sentiasa menjaga keyakinan dan keselesaan pelanggan?

Ini adalah antara ciri-ciri yang perlu anda fikirkan untuk memulakan perniagaan berpotensi. Jika perniagaan yang anda usahakan sekarang tidak menepati ciri-ciri di atas, adalah lebih baik ia dibuat kaji selidik dan pembangunan semula. Jika anda terfikir untuk meyertai program buat wang yang tidak menepati ciri-ciri di atas, hentikan saja niat anda kerana ia hanya membazirkan masa anda.

Kesimpulan

Berniaga secara kecil-kecilan tidak bermakna perniagaan anda tidak berpotensi tinggi. Apa yang menentukan perniagaan anda menjadi perniagaan kecil yang tiada sebarang matlamat kecuali untuk mendapatkan wang dengan perniagaan berpotensi tinggi ialah rancangan perniagaan yang efektif dan jelas!

Usah membazirkan masa melakukan perniagaan kecil yang tidak membawa anda ke mana-mana. Jika benar masa ini anda masih tidak tahu nak berniaga apa atau nak pilih perniagaan yang mana satu, gunakan masa ini untuk belajar strategi perniagaan, pemasaran dan sebagainya. Dekatkan diri anda dengan orang-orang yang berjaya dan carilah ilmu perniagaan yang sebenar. Jangan gunakan masa berkualiti anda dengan mencuba program buat wang yang tidak akan membawa apa-apa kejayaan kepada anda kecuali wang segera yang sementara (mungkin).

About wanwma

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

No comments

  1. salam & selamat pagi..

    memang minat dgn topik2 yg berkaitan dgn bisnes ni. ada gak buat bisnes online & offline utk produk fizikal tp sekadar part time je. so far alhamdulillah…plan mmg ada utk buat full time..insyaAllah. dan skrg br je involved dgn 1 bisnes make money online, income for life..harap2 akan terus berkembang.. 🙂

    • W’salam dan slmt pg juga..

      Terima kasih Sis, InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan lebih banyak artikel berkaitan bisnes, sebab saya pun sama dgn sis, minat bisnes gak! :p

  2. saya setuju bahawa ramai orang menceburi perniagaan bukan kerana minat tetapi kerana wang.

  3. salam..
    hurm..bagus jugak yek pakcik dgn info ni,suri suka..huuhu..mungkin suri kena uruskan blog dulu kot..jika dah ok barulah trjun buat duit,,hee
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. Gay…oh Gay =-.

  4. yap. tujuan aku bila kat internet mula-mula dulu adalah wang. sampai hari ini pun masih wang..dari wang, aku boleh buat macam-macam hobi yang aku suka. dari wang, aku boleh beli nasi nak makan.

    Kalau setakat minat aje, sejujurnya. kita takkan ke mana-mana..mesti ada niat nak buat duit jugak. Baru duit tu datang. Niat tu kan umpama doa. Sekali kita niat, tulis blog just untuk minat. Memang takde apa yang kita dapat. Dapat minat dan visitor aje. Mungkin dapat kepuasan. Wang biasanya tak dapat…

    Tapi untuk dapat wang tu, ada pelbagai karenah yang perlu kita tangani dengan bijaksana. Bukan senang nak dapat wang nih. Hehe..
    .-= titan menulis diblognya tentang.. Komisen ke 44 dari TNX =-.

    • Setuju! Aku dah 2 tahun rasanya kenal titan dalam dunia blogging ni! Dan aku tahu titan mmg cari duit dari usaha itu..aku dulu masuk blog titan sebab nak tahu info2 tentang buat duit! tahniah buat titan yg sentiasa menjana pendapatan online!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *