Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya:
PEMUDA: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
PAK IMAM : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
PEMUDA: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
PAK IMAM: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
PEMUDA: Saya ada 3 pertanyaan,
1-Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2-Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3-Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
PEMUDA(sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
PAK IMAM: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
PEMUDA: Saya amat tidak faham…??
PAK IMAM: Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
PAK IMAM: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
PEMUDA : Ya….!
PAK IMAM: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
PEMUDA: Tak boleh pak imam…!!!
PAK IMAM: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
PAK IMAM: Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
PEMUDA: Tidak….!!?
PAK IMAM: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
PEMUDA: Tidak….!!!?
PAK IMAM : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
PAK IMAM: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
PEMUDA: Kulit dan daging…!!!
PAK IMAM: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
PEMUDA : Kulit dan daging….!!!??
PAK IMAM: Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Sakit dan pedih….!!!?
PAK IMAM : Itulah…! Walaupun Syaitan dijadikan dari api dan Neraka juga dijadikan dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
PEMUDA: Allahuakbar!
“ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI”
salam…
jgnlah dipertikaikan tentang kewujudan Tuhan..percaya pd rukun iman yg 6 tu, insyaAllah hidup kita akan sentiasa dilindungi olehNya..amin…
InsyaAllah…amin!
“jgnlah dipertikaikan tentang kewujudan Tuhan”
Kenapa tidak? Adakah sudah menjadi kebiasaan bagi awak untuk percayakan sesuatu perkara tanpa menyelidik dan menyoal siasat dahulu? Kalau begitu, apa bezanya awak dengan seekor lembu diheret sana-sini? Ditarik ke sana, ke sanalah awak pergi; ditarik ke sini, ke sinilah awak.
“percaya pd rukun iman yg 6 tu, insyaAllah hidup kita akan sentiasa dilindungi olehNya”
Jadi, bila orang Muslim di Aceh atau Jawa atau Malaysia mati akibat gempa bumi, tsunami, banjir, tanah runtuh dan lain-lain, mereka mati kerana tidak dilindungi oleh tuhan, kerana mereka tidak percaya pada rukun iman?
Bila membincangkan hal-hal yang menyenangkan hati, awak berterima kasih dan bersyukur pada tuhan. Tapi bila dikemukakan perkara yang tidak menyenangkan hati, awak tutup mata atau menoleh pandangan, dan menyalahkan setan atau perbuatan manusia. Atau lebih buruk lagi, awak berserah saja dan mengatakan yang Allah telah menakdirkan sesuatu kejadian buruk itu berlaku.
Apa maknanya bila seorang anak kecil mati lemas? Saya sering mendengar penerangan “Oh, janganlah sedih. Tuhan mengambil nyawanya sebelum dia dapat mengumpul dosa”. Mengarut… Sama saja kalau dianya tidak pernah dilahirkan ke dunia.
Tidak mahu mempercayai kewujudan tuhan itu hak saudara, namun janganlah sesekali menghina kepercayaan orang lain.
Saya hanya ada satu soalan untuk ditanya kepada saudara, buat apa saudara dilahirkan ke dunia ini? Apa pun jawapan saudara, semunya adalah betul mengikut pandangan saudara sendiri. Namun fikirkanlah soalan ini sepanjang hidup saudara dengan jawapan berbeza-beza.
Wallahualam…
kadangkala kita dilihat kurang bijak apabila berbicara dengan atheis. almaklumlah pemikiran mereka sgt kritis dan kreatif. tidak seperti kita yang hanya menggunakan template. mereka bukanlah ‘mencari yang haq’ cuma sekadar suka bersoal untuk sesuatu yang mereka juga cetek akan hal itu. dialog abu hanifah dengan seorang ilmuan besar atheis boleh dijadikan contoh.namun, sy amatlah yakin, orang yang memberikan komen di atas bukanlah ilmuan tersebut. sedangkan ilmuan besar juga mengakui kecerdikan abu hanifah berfikir, inikan pula maleis sepertinya
“Tidak mahu mempercayai kewujudan tuhan itu hak saudara, namun janganlah sesekali menghina kepercayaan orang lain.”
Ketidaksetujuan bukanlah sama dengan penghinaan. Memang soal agama dan kepercayaan ini soal pilihan peribadi. Tapi kalau itu benar, kenapa di Malaysia orang yang ingin keluar dari Islam tidak dibenarkan buat begitu? Kenapa definisi dan identiti “Melayu” tergantung kepada dan tertakluk oleh kepercayaan pada Allah dan agama Islam? Sedap sekali awak berbual tentang “hak”. Tapi adakah hak saya sebagai seorang Melayu yang tidak mahu jadi Muslim lagi dilindungi undang-undang Malaysia? Mana “hak” saya?
“Saya hanya ada satu soalan untuk ditanya kepada saudara, buat apa saudara dilahirkan ke dunia ini? Apa pun jawapan saudara, semunya adalah betul mengikut pandangan saudara sendiri.”
Soalan “kenapa aku dilahirkan” sering dipertikaikan dengan tanggapan yang manusia dicipta oleh satu kuasa yang lebih besar, kuasa yang sudah menentukan matlamat kehidupan setiap insan, matlamat yang perlu mereka “cari” dan “jumpa”. Tapi pada saya, kehidupan setiap manusia, dengan sendirinya tidak bermakna, dan hanya mempunyai makna bila kita sendiri memberi makna kepada hidup kita mengikut kecenderungan dan minat masing-masing.
point yang agak menarik.kalaupun bukan islam yg mahu dianuti, atau kristian, atau buddha…pengakhirannya ke perkuburan manakah untuk orang tidak beragama? agak malu juga utk menumpang di perkuburan mana2 sekalipun. di bawah pokok di tepi jalan tidak bernama?
“point yang agak menarik.kalaupun bukan islam yg mahu dianuti, atau kristian, atau buddha…pengakhirannya ke perkuburan manakah untuk orang tidak beragama? agak malu juga utk menumpang di perkuburan mana2 sekalipun. di bawah pokok di tepi jalan tidak bernama?”
Kemungkinan besar saya akan dikebumikan di kubur. Atau mungkin mayat saya akan dibakar. Atau mungkin dalam perjalanan menaiki kapal terbang, terjadi satu kemalangan di udara dan mayat saya terhempas ke laut dalam. Kenapa akhir hidup saya harus berbeza dari akhir hidup orang-orang lain? Kalau pun saya tidak dapat dikuburkan di Malaysia atau negera Islam yang lain, ada banyak lagi tempat di dunia ini di mana mayat saya boleh dikuburkan. Dunia ini lebih lebar dan luas dari fikiran awak yang sempit itu.
Bila membandingkan antara kepercayaan agama dan ateisme, soal kematian dan akhir hidup sering ditimbulkan. Kematian saudara di satu hari kelak bukanlah satu sebab yang bagus kenapa saudara harus percaya kepada tuhan – ataukah kepercayaan saudara pada Allah berdasarkan perasaan takut sahaja?
soalan mudah encik malay… saya minta anda ciptakan sesuatu yang seumpama Al-Quran.. mampukah kamu?? dan jika kamu mampu tunjukkan dan jika kamu mampu juga saya tidak akan menukar agama Islam saya bahkan akan menambahkan keimanan saya..
kerana Al-Quran datang pada 1400 tahun yang lalu oleh seseorang yg bernama Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis.. dan awak cuba menciptakan yang seumpamanya (itu pun jika awak mampu) dengan teknologi yang ada…
sekarang terangkan dengan logik akal tentang ini? dan jika diteliti segala yang ada dibumi ini setiap satunya.. awk takkan jumpa jawapan melainkan awak merujuk kepada kewujudan tuhan… percayalah… kaji kitab2 yg ada di muka bumi ini dan buka minda awak yg awak kata sudah sememangnya terbuka luas… saya nak lihat.. 🙂
sape cakap umat islam umpama lembu yang diheret dalam bab tidak mengkaji dan meneliti.Di dalam Islam sudah ada ulama’ akidah dan falsafah yang mengkaji perkara2 bab ketuhanan dan untuk pengetahuan anda,cukup untuk kami beriktikad bahawa alam ini ada pemiliknya dan pemiliknya adalah Tuhan yang satu merupakan satu akidah yang sudah selamat.Jadi bagaimana kami yang tidak mendalami bab ketuhanan,cukuplah kami taat kepada kajian para ulama’ dan kami percaya kepada itu dan setakat ini tidak ada seorang ahli atheist pun yang berjaya mematahkan hujah mereka termasuk anda.
Baik,mengenai percaya dengan rukun iman kemudiannya ditimpa dengan bala bencana.Itu bukan hak kita untuk menentukan segala2 yang baik dan sempurna sahaja yang layak untuk kita.Perlu faham apa itu ujian dan apa itu musibah.Tuhan secara umumnya berhak meletakkan apa jua bentuk ujian untuk melihat tahap penerimaanya manakala dari sudut musibah,ada perkara yang perlukan muhasabah semula.Ada pengajaran yang ingin disampaikan melalui musibah yang terjadi walaupun ia hanya melibatkan sebahagian daripada jumlah keseluruhan penduduk yang turut sama merasainya.
begitulah bijaksananya hukum alam yang diciptakan Tuhan. Semoga kita bijak dalam melayari kehidupan ini dan jaganlah sesekali kita cuba melupakannya..
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Gay…oh Gay =-.
Betul Suri..terima kasih di atas pesanan ihklas itu!
hehe. kan dah kene lempang..
.-= titan menulis diblognya tentang.. Komisen ke 44 dari TNX =-.
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
PEMUDA(sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam tampar saya?
PAK IMAM: Tamparan itu adalah jawapan saya. PEMUDA: Saya amat tidak faham…??
PAK IMAM: Bagaimana rasanya tamparan saya?
PEMUDA: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
PAK IMAM: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
PEMUDA : Ya….!
PAK IMAM: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Si pemuda menampar balik si Pak Imam.
PAK IMAM: Adoi! Apa hal dengan awak ni?
PEMUDA: Pak Imam rasa sakit tu?
PAK IMAM: Mana tak rasa? Tentulah sakit!
PEMUDA: Ah, begitulah rasa sakit saya tadi. Tolong jangan mengelak soalan saya dengan analogi yang tidak relevan.
ape yang tidak relevan???
PAK IMAM: Okay, takpa. Tapi jawab soalan ini – apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
PEMUDA: Tidak.
PAK IMAM : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
PEMUDA: Okay, tapi soalan itu hanya soalan pembuka. Pak Imam tadi tampar saya kerana ianya sudahpun ditakdirkan atau kerana Pak Imam membuat pilihan sendiri untuk melakukannya?
PAK IMAM: Uh… kedua-duanyalah. Memang kita sudah ditakdirkan bertemu begini, tapi tadi saya tampar awak kerana saya membuat pilihan berbuat begitu.
PEMUDA: Eh, kalau kita sudah pun ditakdirkan melakukan sesuatu, itu bermakna yang kita sudah memang tidak ada pilihan. Sebagai contoh – sesat dan petunjuk seorang atau sekumpulan manusia terletak di tangan tuhan. Jadi kalau seorang Melayu mahu keluar dari Islam, ianya sudah pun kehendak Allah. Jadi buat apa nak salahkan siapa-siapa?
PAK IMAM: Alamak, kau ni – buat kacau sajalah. Ikut jalan cerita yang asal kan lagi bagus….
“Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Soalan yang ketiga ni tak masuk akal buat saya. Saya tidak akan pernah menanyakannya kepada seorang Imam. Saya sebagai atheist memegang kepada prinsip yang ugama itu adalah pilihan peribadi dan setiap orang mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan mereka sendiri. Kalau orang Islam sendiri tidak suka dipaksa-paksa, kenapa mahu memaksa-maksa orang lain? Walaupun begitu, buat saya sendiri, kalau mengikut pengetahuan sains, tidak ada sebab kenapa saya harus percaya yang tuhan itu ada.
Saya seorang Melayu, dan saya tidak percaya pada Islam, muhammad ataupun Allah. Hidup saya hanya mempunyai makna yang saya sendiri memberi kepadanya. Kebaikan dan hidup bermoral itu boleh dijayakan tanpa kepercayaan pada tuhan.
yep..btol…atheis xkn percaya ade nye syaitan kan?
Memang betul. Pada pendapat aku sebagai ateis, syaitan itu hanya rekaan. Sesetengah perkara yang buruk yang terjadi di dunia ini, berlaku secara semula jadi. Sebagai contoh: malapetaka atau penyakit seperti harlequin ichthyosis. Sesetengah lagi adalah akibat angkara manusia. Sebagai contoh: peperangan atau jenayah seperti rogol. Sesetengah lagi disebabkan oleh kelemahan atau kegagalan kita sendiri. Sebagai contoh: kemalangan akibat leka atau lalai, atau penyakit barah paru-paru akibat menghisap rokok.
Tiada tuhan yang wujud yang mentakdirkan apa-apa kejadian sama ada baik ataupun buruk, dan juga tiada djinn atau setan yang wujud yang menyebabkan keburukan luar biasa.
anda pernah lihat x orang histeria ataupun memiliki saka?kadang2 tengah malam menjerit kerana dirasuk jin mahupun syaitan.Rasa-rasa ini adalah rekaan ke?Adakah mereka yang dirasuk ini saja2 buat menjerit kerana inginkan perhatian?Sudah tentu tidak.Pernah tak anda mendengar kehebatan ayat suci Quran apabila dibacakan oleh Ustaz yang merawatnya,jin di dalamnya akan meraung-raung dan seolah-olah membenci kalam itu malah boleh berdialog lagi dengan menggunakan kalimah “Allah”,,dan akhirnya jin menyerah kalah dan ada yang memasuki Islam.Fikir-fikirkanlah.Ini adalah perbincangan alam ghaib dan kita datangkan hujah melalui contoh ghaib..dan ia terbukti.rasa-rasanya boleh tak apabila ada orang histeria,kita panggil golongan athiest untuk merawat..
Meyr komen:
“…dialog abu hanifah dengan seorang ilmuan besar atheis boleh dijadikan contoh.”
[ Abu Hafina disuruh khalifa jumpa dengan mereka dan seorang ateis supaya Abu Hanifa dapat berbahas dengan ateis itu. Tapi bila datang masanya untuk mereka berjumpa Abu Hanifa datang lambat. Semua yang hadir menanya kepada Abu Hanifa kenapa dia lambat, apa yang terjadi?
Dia menerangkan yang dalam perjalanan, dia terpaksa menyeberangi sungai. Dia telah menunggu sampan datang dan sambil dia menunggu, tiba-tiba dahan-dahan dari pokok jatuh dan bercantum untuk membentukkan sebuah sampan. Dia pun menggunakan sampan itu untuk menyeberang sungai.
Semua yang hadir pun ketawa, dan si ateis menanya Abu Hanifa, “Awak gilakah? Mana ada sampan yang dengan tercipta dengan sendirinya?”
Abu Hanifa menjawab, “Siapa yang gila sebenarnya? Orang yang mengatakan sebuah sampan tercipta dengan sendirinya? Atau orang yang mengatakan dunia ini tercipta dengan sendirinya?” ]
Dalam kehidupan kita seharian, memang kita dapat perhatikan yang setiap benda mempunyai seorang pencipta, dan setiap kejadian disebabkan oleh seorang pelaku. Tapi pemerhatian ini boleh disahkan selalu benar hanya untuk kejadian dan benda yang dalam capaian pengalaman dan pengetahuan kita. Alam ini sangat besar dan luas. Awak tidak boleh dengan kepastian mengatakan yang apa yang benar bagi kejadian dan benda yang dalam pengalaman kita juga benar bagi alam semesta yang sebahagian besarnya masih di luar capaian pengetahuan kita.
Kalau saya ingin tahu siapa yang membikin komputer saya, saya hanya perlu balik ke kedai di mana saya membelinya dan menanya penjual di mana komputer ini diperbuat. Jenama, syarikat, negara, kilang, nombor buatan, kumpulan pekerja – itu semua adalah maklumat yang jika sukar diperolehi masih tetap mungkin didapati. Dapatkah itu semua diusahakan untuk mengetahui “pencipta” dunia dan alam ini?
Pemerhatian yang terhad kebenarannya tidak boleh diluaskan kepada kejadian dan benda di luar lingkungan pengetahuan manusia. Saya ateis bukan kerana saya mabuk sains dan menganggapkan diri saya lebih tinggi daripada orang yang percaya pada tuhan. Saya ateis kerana saya faham dengan benar yang kita tidak boleh pasti atau yakin akan kewujudan tuhan. Memang pengetahuan saya “cetek”, tapi sekurang-kurangnya saya mengaku yang saya tidak tahu, bukan seperti saudara yang tidak tahu tetapi dengan buta percaya sahaja.
Salam sejahtera kawan.
komponen komputer di perbuat dari sumber2 asli. mungkin anda anggap sumber asli trjadi secara semulajadi. tapi kami Muslim percaya dan yakin sumber itu kurniaan Allah.
Sy tak pandai sgt. tapi, sebelum manusia pandai dgn teknologi, semua sumber2 itu telah beritahu oleh Allah dalam Al-Quran. kami umat Islam yakin dan percaya dengan apa yang tercatat dalam Al-Quran.
” Dalam kehidupan kita seharian, memang kita dapat perhatikan yang setiap benda mempunyai seorang pencipta, dan setiap kejadian disebabkan oleh seorang pelaku. Tapi pemerhatian ini boleh disahkan selalu benar hanya untuk kejadian dan benda yang dalam capaian pengalaman dan pengetahuan kita. Alam ini sangat besar dan luas. Awak tidak boleh dengan kepastian mengatakan yang apa yang benar bagi kejadian dan benda yang dalam pengalaman kita juga benar bagi alam semesta yang sebahagian besarnya masih di luar capaian pengetahuan kita.”
cbe lihat ape komen saudara,, saudara menyatakan kita tidak boleh menyamakan kejadian alam dengan kejadian sampan atu ape sahaja yang diciptakan manusia,, kerana kejadian alam diluar capaian dan pengalaman manusia,, tetapi bagaimana saudara boleh merumuskan alam itu tiada pencipta sedangkan ia juga diluar capaian dan pengalaman saudara?? bagi kami orang islam ,penciptaan sesuatu yang hebat(alam semesta) mestilah dicipta oleh zat yang juga hebat dan tiada lain yg lebih hebat melainkan Allah. ia hanya logic untuk membuktikan yang pencipta (tuhan) itu wujud. walaupun sains ada menerangkan proses kejadian alam semesta melalui teori big bang,, tetapi ia masih terhad kepada teori,,tidak ada solid evidence yang betul2 membuktikan teori itu benar (setahu saya). jika saya tersilap maaf ,,
“namun, sy amatlah yakin, orang yang memberikan komen di atas bukanlah ilmuan tersebut. sedangkan ilmuan besar juga mengakui kecerdikan abu hanifah berfikir, inikan pula maleis sepertinya”
Tolong beritahu saya nama-nama “ilmuan besar” yang “mengakui kecerdikan Abu Hanifa berfikir”. Saya ingin tahu jika mereka itu adalah pakar-pakar biologi atau astronomi.
Memang saya sendiri mengaku yang cerita-cerita tentang perbincangan antara Abu Hanifa dan “ateis-ateis” itu semua mempamerkan Abu Hanifa sebagai seorang yang “cerdik”. Tapi kecerdikan dalam teka-teki dan permainan kata-kata dan maksud tidak membuktikan pegangan Abu Hanifa sendiri. Ianya hanya menunjukkan yang “ateis” dalam cerita-cerita itu kurang pengetahuan dan kurang kebolehan untuk menerangkan pegangan mereka sendiri – itu saja.
Ketidaktahuan dan ketidakpastian bukanlah sebab-sebab yang bagus kenapa seseorang itu harus percaya pada tuhan. Ianya hanya bermakna yang awak harus lebih tekun belajar dan mengambil tahu.
Dengan teknologi dan sains sekarang, manusia lebih berkebolehan untuk memahami alam semesta. Walaupun pengetahuan kita masih belum lengkap dan dalam sains sendirinya juga ada ketidakpastian, sekurang-kurangnya cara pencarian pengetahuan mengikut sains mempunyai proses pengkajian dan pembuktian – dalam kepercayaan agama ini tidak ada.
Kalau pun saya mengalah dan setuju dengan awak semua yang tuhan itu ada dan dialah yang menciptakan dunia dan alam, agama mana yang patut kita ikut? Yahudi? Krisitian? Muslim? Tapi kenapa hanya agama-agama satu-tuhan dari timur tengah? Kenapa tidak Hinduisme, Buddhisme atau animisme? Dengan tidak merujuk kepada sebarang apa kitab, dengan tidak menggunakan hujah-hujah keagamaan, bolehkah awak membukti dengan nyata, terang dan objektif yang agama awak itu lebih logik dari yang lain? Mustahil.
Agama Islam sama saja dengan agama yang lain. Pengikut setiap agama yakin yang agama mereka benar dan yang lain palsu atau salah. Padahal, dalam soal agama, “kebenaran” hanyalah mengikut pendapat subjektif setiap orang.
Salam
pndpt malay aties
-Agama Islam sama saja dengan agama yang lain-
Islam sama sekali tak sama dgn agama lain. Agama lain tak ikut quran, penganut agama lain tak solat 5 waktu, agama lain tak puasa bulan ramadan…tu cuma sedikit dan byk lagi ketaksamaan lain antara Islam dan agama lain. pls take note
“Kalau pun saya mengalah dan setuju dengan awak semua yang tuhan itu ada dan dialah yang menciptakan dunia dan alam, agama mana yang patut kita ikut? Yahudi? Krisitian? Muslim? Tapi kenapa hanya agama-agama satu-tuhan dari timur tengah? Kenapa tidak Hinduisme, Buddhisme atau animisme? Dengan tidak merujuk kepada sebarang apa kitab, dengan tidak menggunakan hujah-hujah keagamaan, bolehkah awak membukti dengan nyata, terang dan objektif yang agama awak itu lebih logik dari yang lain? Mustahil.”
Kamu sudah kaji setiap kitab yang diturunkan? kamu suda baca setiap ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t? Tahukah kamu bahawa pelbagai yang terjadi didunia ini sudah tertulis dalam Al-Quran beratus tahun dahulu sebelum para saintis membuat kajian dan penyelidikan yang mengambil masa berpuluh tahun serta teknologi canggih?. Tahukah kamu bahawa ramai ahli saintis yang beragama Yahudi yang pernah mengkaji Al-Quran menganut islam kerana kebenarannya?
Contoh yang paling mudah kita ambil.
Ahli saintis pernah mengkaji bahawa lapisan atmofera ade 7 lapisan. Tapi ini semua telah tertulis dalam Al-Quran berabad lama dahulu sebelum saintis mengkaji lagi.
Ya, ada kitab-kitab agama lain yang hanya berpandukan kepada nilai moral, nilai murni dan kebajikan sebagai pegangan, seperti agama Hindu.
Kamu juga seharusnya belajar mengkaji semua kitab, semua agama sebelum kamu menidakkan kewujudan Allah, dan agama yang benar. Tidak hanya berpandukan teknologi sains dan pemmbuktian yang jelas semata-mata.
Maha Pencipta tidak sama dengan makhluk yang diciptanya. Kerana Dia lebih berkuasa atas satu-satu perkara. Dia tidak nampak oleh mata kasar, tetapi dia wujud. Contohnya, angin, ia wujud, tapi boleh kamu tunjukkan saya mana angin itu?
Antara salah satu dalil ateisme ialah:
• Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
Jadi, bagaimana pokok boleh bergoyang jika kamu katakan bahawa wujudnya angin disitu?
Dengan kuasa teknologi dan sains, tidak semua teori boleh dijawab dengan hanya menggunakan Teori Sains semata.
Contoh lain, kamu tahu apakah fungsi gunung?
Gunung adalah jalan keluarnya magma yang menggelegak di dalam perut bumi. Bumi akan bergoncang jika tidak ada saluran tekanan magma. Gunung ibarat timah penyeimbang pada rim kenderaan.
Dalam Al-quran ade menyatakan:
Luqman (31: 10). 10. Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya pelbagai tumbuh-tumbuhan yang baik.
Langit tanpa tiang seperti ayat diatas bermaksud atmosfera bumi yang memberi kita pelindung dari panas terik matahari.
“Dengan teknologi dan sains sekarang, manusia lebih berkebolehan untuk memahami alam semesta. Walaupun pengetahuan kita masih belum lengkap dan dalam sains sendirinya juga ada ketidakpastian, sekurang-kurangnya cara pencarian pengetahuan mengikut sains mempunyai proses pengkajian dan pembuktian – dalam kepercayaan agama ini tidak ada.”
Mengapa kamu kata begitu? Adakah kamu turut serta dalam kajian mereka? Adakah kamu tahu hasil kajian yang sebenar? Apakata kamu jika para saintis tersebut mengeluarkan fakta yang salah? Mengapa tidak, mereka kan yang mengkaji segala yang misteri mengikut teknologi dan teori sains semata. Siapa kata dalam agama tiada pembuktian? Tahukah kamu akan terjadinya meteor yang jatuh kebumi dalam masa 4 hari pada masa akan datang? Semua nya sudah terjawab dalam Al-Quran. Bacalah Al-Quran yang Allah turunkan, nescaya kamu tidak tergolong dalam golongan yang rugi.
Allah tidak bermain dadu dengan alam semesta.
Wallahualam…
Kepada E-Junior,
Saya dah bosan dengar tentang “scientific miracles” dalam quran. Tapi mari kita lihat dengan teliti dakwaan awak yang quran telah dari dulu lagi membincangkan tentang adanya 7 lapisan atmosfera sebelum kedatangan sains dan alat teknologi canggih.
Surah Al Baqarah Ayat 29:
“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Orang Muslim yang percaya bahawa ayat ini menunjukkan pengetahuan mengenai lapisan atmosfera selalu menyenaraikan lapisan-lapisan yang berikut:
1. Troposphere
2. Stratosphere
3. Mesosphere
4. Thermosphere
5. Exosphere
6. Ionosphere
7. Magnetosphere
Ini masalahnya – mana lapisan Ozone? Mana lapisan lain seperti lapisan ” planetary boundary”? Mengapa lapisan-lapisan perasingan seperti tropopause (antara troposphere dan stratosphere) tidak dikemukakan? Kalau kita betul-betul mengira lapisan di atmosfera, angkanya akan melebihi tujuh. Kalau benarlah Allah berniat untuk mengagumi manusia moden dengan pengetahuan sains, kenapa di tidak lebih teliti?
Surah Fussilat Ayat 12:
“Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
Kalau benarlah “tujuh langit” itu ada 7 lapisan atmosfera, ayat yang mengatakan “Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang” mengelirukan dakwaan itu kerana kita sekarang tahu yang bintang-bintang yang kita lihat di langit malam sangat jauh daripada Bumi.
Apa yang dipanggil “scientific miracles” dalam quran adalah rekaan semata-mata, rekaan orang Muslim dalam zaman moden ini yang ingin menggabungkan agama mereka dengan sains. Tapi dengan perbuatan ini, mereka tidak hanya menyalahgunakan sains, tetapi juga mencemarkan agama mereka sendiri.
Surah Fussilat Ayat 12:
“Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
Kalau benarlah “tujuh langit” itu ada 7 lapisan atmosfera, ayat yang mengatakan “Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang” mengelirukan dakwaan itu kerana kita sekarang tahu yang bintang-bintang yang kita lihat di langit malam sangat jauh daripada Bumi.
Salam. saya nak cakap sikit je. Terang-terang ayat yang awak copy tu kata
“Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya.Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
DEKAT PADA PANDANGAN MATA PENDUDUK BUMI.
Wallahua’lam.
Surah Luqman Ayat 10:
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya pelbagai tumbuh-tumbuhan yang baik.”
Tulisan awak:
“Gunung adalah jalan keluarnya magma yang menggelegak di dalam perut bumi. Bumi akan bergoncang jika tidak ada saluran tekanan magma. Gunung ibarat timah penyeimbang pada rim kenderaan.”
1. Bukan semua gunung dibentuk oleh pengeluaran magma. Ada yang dibentuk melalui perlanggaran antara dua “tectonic plate”. Ini bermakna yang ayat di atas tidak lengkap dalam membincangkan hal gunung-gunung. Gunung yang dibentuk oleh pergerakan tectonic terbentuk dalam masa yang sangat panjang. Mereka tidak “diletakkan di permukaan bumi” dengan begitu sahaja (kun faya kun).
2. Gempa bumi juga terjadi kerana pergerakan antara “tectonic plate”. Memang betul yang “tectonic plate” terapung di atas magma, tapi perlepasan magma tidak akan memberhentikan kejadian gempa bumi.
3. Kalau kita lihat gempa bumi yang berlaku di Chile atau Jepun atau di mana-mana pun, gempa bumi akan berlaku walaupun ada gunung berdekatan.
[ Ada banyak lagi kesilapan yang awak akan jumpa dalam quran jika awak tidak terlalu buta dalam kepercayaan awak. ]
Masih Kepada E-junior,
“Kamu juga seharusnya belajar mengkaji semua kitab, semua agama sebelum kamu menidakkan kewujudan Allah, dan agama yang benar.”
Dah sepuluh tahun saya membandingkan kitab-kitab agama dengan pengetahuan sains – semuanya gagal, termasuk juga quran.
“…Tidak hanya berpandukan teknologi sains dan pemmbuktian yang jelas semata-mata.”
Dalam kehidupan seharian awak, adakah awak mempercayai setiap kata yang keluar dari mulut orang dengan membuta, atau adakah awak mencari bukti jelas atau meminta penjelasan dulu?
“Contohnya, angin, ia wujud, tapi boleh kamu tunjukkan saya mana angin itu?”
Dah bosan saya dengar yang ini. Naikkan “wind sock” – awak akan dapat melihat hala dan deras angin. Campakkan pasir berwarna atau rumput – awak akan nampak pengaliran angin.
“Maha Pencipta tidak sama dengan makhluk yang diciptanya. Kerana Dia lebih berkuasa atas satu-satu perkara. Dia tidak nampak oleh mata kasar, tetapi dia wujud.”
Sesiapa pun boleh membayangkan satu makhluk “Pencipta” yang mempunyai sifat-sifat di atas. Tak dapat dilihat mata kasar, tapi wujud – awak tahu tak berapa banyak agama dalam dunia ini yang menyembah dewa yang bersifat begitu?
“Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.”
Memang pun…
“Jadi, bagaimana pokok boleh bergoyang jika kamu katakan bahawa wujudnya angin disitu?”
Lagi-lagi pasal angin… baca di atas. Dan kalau pokok bergoyang lagi, awak bilang Shankar dan Priya supaya jangan bermain-main di taman awak.
“Dengan kuasa teknologi dan sains, tidak semua teori boleh dijawab dengan hanya menggunakan Teori Sains semata.”
Bukan pendapat saya yang sains itu boleh menjawab segala soalan tentang alam, dan juga bukan pendapat saya yang sains selalu betul. Tapi, inilah kelebihan sains – prosesnya. Pemerhatian diikut hypothesis; hypothesis diikut eksperimen; eksperimen itu diulangi oleh para ahli sains yang lain. Kalau pencarian eksperimen itu padan pada hypothesis, ianya benar; kalau tidak, mula lagi. Kalau ahli sains yang lain mendapat pencarian yang sama, hypothesis memang benar secara umum. Adakah ini semua dijumpai dalam mana-mana agama?
to malay atheist
bro..maaf ..u da lari jaoh… ckp ape pon kalau ati da keras..or maaf kalau kasar..maybe u punye pendirian da terlalu kuat dgn ape yg u pgg.. jus hope n doa kan u dpt hidayah..
bgs la u de ckp u de kaji Al-quran and sains kan??… tp x jmpe yg signifikan ..u ckp cam tu kan..it ok..tros kan… n one day u akan jmpe
To Ali
“U da lari jaoh”
Bagaimana pula itu? Tolong terangkan.
“ckp ape pon kalau ati da keras..or maaf kalau kasar..maybe u punye pendirian da terlalu kuat dgn ape yg u pgg”
Kalau kau bandingkan aku dengan pengganas, aku lagi mulia. Dan apa salahnya seseorang berpegang kuat pada daya fikirannya, yang dengan semula jadi sudah pun menjadi haknya.
” jus hope n doa kan u dpt hidayah..”
Tak payahlah kau buang nafas kau.
“bgs la u de ckp u de kaji Al-quran and sains kan??… tp x jmpe yg signifikan”
Quran penuh dengan kesilapan: baik bila membincangkan kejadian semula jadi dalam alam semesta, atau pun dari segi tatabahasa Arab. Signifikan? Orang yang buta dalam kepercayaannya tentu akan menafikan apa yang terang-terang nyata tentang ketidaksempurnaan quran.
“u ckp cam tu kan..it ok..tros kan… n one day u akan jmpe”
Aku dah jumpa pun. Tak payah nak tunggu sampai ‘one day’. Kau sahaja yang buta. Percaya pada benda yang tak terbukti kewujudannya.
Aku ada nasihat sikit untuk kau:
1. Pergi belajar sains – physics, chemistry, biology
2. Pergi belajar quran.
3. Bezakan dua benda di atas.
4. Bila kau jumpa kesilapan, tuliskan.
5. Jika kau buat itu semua dengan jujur dan objektif, kau akan nampak kenapa aku jadi ateis.
” u da lari jaoh”
maksud aku..kau dah terlalu berpegang dengan apa yang kau faham..serupa ahli politik..bila berpegang kuat dengan ideologi masing2..sampai bila pon..bincang dudk semeja tak akan ada kata putus..aku boleh terus kan berbincang berkenaan ateis ni..tapi..kalau kepercayan kau terhadap semua menda yang terjadi ni berdasarkan sains and tech., aku cakap Tuhan ni macam ni Islam ni macam ni pon x gune..betol x??
“ckp ape pon kalau ati da keras..or maaf kalau kasar..maybe u punye pendirian da terlalu kuat dgn ape yg u pgg”
yup..aku respek ape yang ko pegang..kire bagi aku ko seorg yg berprinsip…tp takdir kan…(maaf kalau ko x percaya pada takdir) Allah tarek ko punye akal fikiran…ko jadi gile..jadi dalam ateis..pe maksud nye???..takdir??..nasib??
and kalau nk bercakap dari segi sains …aku boleh cakap yg kau terlalu paranoid dengan sains and tech…or ko de delusion terhadap sains and technology adalah segalanye???
” jus hope n doa kan u dpt hidayah..”
nope..x membazir.aku rase mende tu baik..and ko ateis pon percaye yg penting berbuat baik kan??
..dlm islam..kami percaya nye ada dosa dan pahala..kalau lah ditakdir kan kau berubah sebab ayat aku ni..kurang2 .. dapat la pahala sikit.. itu yang kami percaya..
“u ckp cam tu kan..it ok..tros kan… n one day u akan jmpe”
ape yang ko da jumpe..share la sket..aku harap ko terus mengkaji la..sebab aku pon xdek la smpi tahap ko..kaji2 ni..sincerely ak respek ko gile2..cume dlm Quran..xdek cakap..wat enjin kerete macam mane…macam mane nk wat kapal terbang..xdek..tp disebalik tu..ade ilmu nye..jgn ko g cari camne nk wat kerete lak dlm Al-Quran
Ok..aku boleh belajar mende tu.. Insyaallah ..ade rezki..aku jadi dokter la…skang da tahun akhir..
contoh macam proses kejadian manusia menurut Al-Quran..mende tu betol..and zaman dulu…kalau ikot ko..camne dengan sains and tech die???..camne boley tahu dengan detail?
Nasihat aku kat ko lak…skang ko ateis xpe..tp jgn la stop mencari..
Kepada Ali,
“bila berpegang kuat dengan ideologi masing2..sampai bila pon..bincang dudk semeja tak akan ada kata putus”
Itu hanya ketidaksetujuan. Tapi bila kau mengatakan yang aku ini yang dah lari jauh, kau seolah-olah bermaksud yang aku ini sesat, seolah-olah sudut pandangan kaulah yang dengan muktamadnya “benar”. Mengapa bukan kau pula yang sesat?
“Allah tarek ko punye akal fikiran…ko jadi gile..jadi dalam ateis..pe maksud nye???..takdir??..nasib??”
Ada banyak sebabnya bagaimana seorang itu boleh menjadi gila: tekanan stress, perasaan keseorangan atau kesunyian, perasaan diperasingkan oleh orang lain. Tapi apa kena-mengenanya soal kesihatan jiwa atau minda dengan soal kewujudan tuhan atau kebebasan memilih untuk tidak percaya kepada apa-apa agama? Tak relevan langsung.
“..aku boleh cakap yg kau terlalu paranoid dengan sains and tech…or ko de delusion terhadap sains and technology adalah segalanye???”
Pertama, kau faham tak definisi “paranoid”. Kedua, sains dan technology bukan segala-galanya dalam hidup aku. Antara lain-lain bidang yang aku gemari: Budaya Melayu sebelum dicemari pengaruh Islam, kesusasteraan Melayu, usaha menolong orang yang mengalami darurat akibat bencana alam.
Tapi, kalau pun aku ini “delusion terhadap sains and technology adalah segalanye”, kenapa itu harus dianggap sebagai satu masalah? Apa bezanya kalau berpegangan begitu daripada sesetengah orang Melayu kita yang berpegang bahawa Islam itu adalah agama yang syumul dan merangkumi segala-galanya.
“..dlm islam..kami percaya nye ada dosa dan pahala..kalau lah ditakdir kan kau berubah sebab ayat aku ni..kurang2 .. dapat la pahala sikit.. itu yang kami percaya..”
Kau menulis “kami” seperti kau itu lain daripada aku. Padahal, kita ini sama – orang Melayu – cuma kau itu yang telah berputus untuk menceraikan diri kau dari aku. Tak usahlah kau membuang masa. Takkan bila-bila aku merubah fikiran.
“Ok..aku boleh belajar mende tu.. Insyaallah ..ade rezki..aku jadi dokter la…skang da tahun akhir..
contoh macam proses kejadian manusia menurut Al-Quran..mende tu betol..and zaman dulu…kalau ikot ko..camne dengan sains and tech die???..camne boley tahu dengan detail?”
Baguslah kalau kau itu dah dekat habis mencapai cita-cita menjadi doktor. Tapi pasal hal kejadian manusia itu aku ada sedikit masalah. Yang kau berbual itu embryology bukan?
Dari Surah Al-Haj Ayat 5:
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak…”
Aku kurang faham bagaimana “tanah” boleh dimuatkan dalam konteks kejadian seorang manusia, tapi aku ada satu soalan sahaja buat sekarang – ada disebutkan sekali pun perkataan yang membawa makna “ovum”?
Idea dalam ayat itu juga diulang lagi dalam Surah Al-Mukminun:
Ayat 12 – “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah”
Ayat 13 – “Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh”
Ayat 14 – “Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging…”
Sekali lagi aku tanya, ada disebutkan satu perkataan pun yang boleh membawa makna “ovum”? Ya, kau boleh katakan yang mungkin ayat ini “skip” tahap itu dan terus kepada tahap “embryo”, tapi aku nak kau fikirkan satu perkara sahaja:
“Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging…”
Seketul daging, diciptakan untuk menjadi tulang, kemudian tulang-tulang itu dibalut dengan daging. Bandingkan maklumat itu dengan pengetahuan embryology. Aku nak kau fikirkan kalau maklumat yang ada dalam ayat itu lengkap, tepat dan tertib penyusunannya. Itu saja yang aku minta dari kau sekarang.
?”Diizinkan berperang kepada mereka yang diperangi, karena mereka sesungguhnya dianiaya dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka ; yaitu orang-orang yang diusir ke luar dari kampungnya tanpa suatu alasan yang patut” kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah…….”
Firman Allah dalam surat (22) Al Haj ayat 39-40.
Saya tidak pernah diusir tapi sering diugut. Ayat di atas benar-benar memberi saya semangat untuk terus berjuang menunjukkan kepalsuan Islam. Terima kasih.
Suke ati la ko nk pgg agama ape. Aku xkesah. Aku tau, skrg ni melayu xsmstinya Islam. Aku tau ade gak ateis yg baik. Yg xkcau org lain. Agama lain. Tp mlshnye kebanyakkan ateis ni EGO dia bsr. Kutuk agama itu, kutuk agama ni. Mcm hbt sgt. Pdhl kalu aku tikam, mati jgk. Islam lngsung xglkkn penganut2 dia hina agama lain. Aku hrmt org Kristian. Aku hrmt org Buddha. Your religion is yours, my religion is mine. Tpi (kbykkn) ateis? Bok pek sne, bok pek sini.
Oh ya, kau lupe 1 prkara. Dlm rukun negara:
Kepercayaan kepada Tuhan
Org Kristian ade thn dia. Org Buddha ade thn(2) dia. Jd kalu kau xnk penuhi rukun negara, sila la brhijrah ke negara lain. USA xkesah psl ateis2 ni.
malay atheist
bro atheist..sorry la.sibuk la skang ni..
tapi ikot kau lah macam mana yang kau nak fikir….sebab bagi aku islam ni agama yang tak boleh dipertikaikan
contoh..
haram makan daging b*b*…tak kisah lah sebab apa tak boleh…ada yang kata ada cacing tak mati walau da masak….aku tak kisah dengan mende tu..sebab dalam islam..makan b*b* haram..kenapa nak pertikai kan.,banyak lagi yang boleh makan.
kalau kau nk terus pertikai kan..silakan..dan cuba tanya dengan orang lagi mahir
Kepada Ali,
Kalau kau sibuk, aku faham. Soal kewujudan tuhan tidak harus dianggapkan sebagai satu bahagian atau ciri besar hidup seorang manusia. Tapi, sekurang-kurangnya fikirkan hal-hal yang aku kemukakan kepada kau.
Selamat
bro atheist..pe kaba..sori..bz sjet la skang.
u ade tmpt len ke yg boleh borak2..malas la kat sini..kat blog org lak..mane2 tmpt…forum ke ape..
tp aku x jnji reply cepat2 la..cam ade mase ko reply..ade mase aku reply..but bkn kte sini la..
belajar tinggi2..tapi buta mata hati
bangga diri..ilmu setitis nak cabar yang maha tinggi..
esok2 mati..ko sendiri rugi
akal kita ada batasnya fikirnya
selalu tersasar mengikut kehendak nafsu..
kalau nak tahu mana yang benar..matila dulu..
tapi ingat xde da jalan pulang lepas tu..
“belajar tinggi2..tapi buta mata hati”
Apa sebenarnya yang awak maksudkan dengan “mata hati”. Kebolehan untuk merasa kasih sayang dan hasihan terhadap insan yang lain? Atau tabiat suka mengatakan benar apa yang belum lagi terbukti?
“bangga diri..ilmu setitis nak cabar yang maha tinggi..”
Awak salah faham. Saya tidak berasa bangga diri atau sombong. Saya hanya ingin menyatakan apa yang jelas: yang awak sendiri tidak ada bukti yang “maha tinggi” itu wujud. Memang ilmu saya hanya setitis. Oleh itulah saya berazam untuk sentiasa belajar dan memperkembangkan ilmu sains saya.
“esok2 mati..ko sendiri rugi”
Kematian saya, urusan saya. Tak usahlah awak menyusahkan diri awak dengan hal itu. Kalau sampai ajal nanti, saya akan terima dengan tenteram.
“akal kita ada batasnya fikirnya…”
Saya setuju. Kewujudan pelbagai agama dalam dunia ini adalah salah satunya contoh bagaimana terbatasnya fikiran manusia.
“..selalu tersasar mengikut kehendak nafsu..”
Kadangkala fikiran kita tersasar juga kerana membuat keputusan dengan terburu-buru tanpa mengumpul maklumat dan ilmu pengetahuan yang mencukupi, seperti awak.
“kalau nak tahu mana yang benar..matila dulu.. tapi ingat xde da jalan pulang lepas tu..”
Kalau begitulah cara awak menunjukkan kebenaran Islam, apa bezanya awak dengan pengikut agama-agama yang lain? Pergi google “Pascal’s Wager” untuk memahami maksud saya.
Terima kasih, saudara Melayuku
Post terakhir 27 July 2011.Maknanya masih baru.
Maaf tuan punya blog, tumpang “komen”.^_^
Ikut kefahaman saya sedara Malay Atheist bukan sekadar baca tetapi telah mengkaji Al-Quran dan bandingkan dengan ilmu sains yang sedia ada (physics, chemistry, bio…)
Just curious, sedara baca terjemahan ke atau memang sedara faham bahasa arab dan membacanya dalam bahasa arab?
Hmm, apa agaknya tujuan soalan ini?
Katakanlah, ya, yang saya ini sebenarnya tidak faham bahasa Arab, dan hanya setakat mengenali huruf-huruf dan membaca ayat-ayat quran saja.
Katakanlah juga yang saya ini hanya dapat memahami kandungan quran melalui kitab yang diterjemah.
Adakah dua perkara itu menghalang saya dari membelajar dan memahami quran? Kalau jawapan awak ialah ya, apa bezanya saya daripada berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia yang tidak memahami bahasa Arab? Tahukah awak yang ada juga di kalangan mereka yang buta huruf, baik dalam bahasa Arab atau pun bahasa bangsa mereka sendiri?
Orang Arab yang fasih dalam bahasa mereka sendiri pun tidak dengan “penuh” memahami quran. Bukan itu saja, di antara ulama pun ada ketidaksetujuan dalam beberapa butir tafsir.
Tidak dengan memahami bahasa Arab saja yang seseorang itu dapat “memahami” quran. Dari (Ali Imran, Ayat 7):
“Dia lah yang menurunkan kepadamu Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat Muhkamaat (yang tetap dan nyata maknanya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Quran.
“Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
[Kalau benarlah Islam agama yang paling sempurna dan quran adalah pesanan terakir dari tuhan kepada manusia, kenapa Allah tidak menyampaikan pesanannya dengan lebih terang?]
“Oleh sebab itu timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya.
[Kalau benarlah Allah maha kuasa dan semuanya datang daripadanya, kecenderungan seseorang itu ke arah kesesatan juga datang daripada Allah. Dan kalau benarlah Allah itu maha kuasa, dan benarlah yang dia ingin sesorang itu mengikut jalan yang lurus, kenapa dia mengandungkan hati seseorang itu dengan kesesatan?]
“Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.
“Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: ‘Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami.’ Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.”
[Lah, kalau begitu, apa gunanya kita cuba memahami quran kalau Allah saja yang tahu makna sebenar kandungan al-quran, ya kan?]
(Ali Imran, Ayat 7)
Err tuan punya blog, harap tak marah ye datang menumpang lagi .
Sedara Malay Atheist.
>”Katakanlah, ya, yang saya ini sebenarnya tidak faham bahasa Arab, dan hanya setakat mengenali huruf-huruf dan membaca ayat-ayat quran saja.
>Katakanlah juga yang saya ini hanya dapat memahami kandungan quran melalui kitab yang diterjemah
>Adakah dua perkara itu menghalang saya dari membelajar dan memahami quran? Kalau jawapan awak ialah ya, apa bezanya saya daripada berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia yang tidak memahami bahasa Arab? ”
Aduh sedara, sedara masih belum menjawab soalan saya secara terus terang .Adakah ini bermakna saya boleh membuat kesimpulan saudara tidak faham bahasa arab dan membaca/mengkaji melalui terjemahan dalam bahasa melayu/inggeris?
Tujuan soalan saya senang sahaja.Saya ingin tahu metodologi dan proses ape yang sedare ambil dalam kajian sedara, sejauh mana sedara telah mengkaji.Saya memang orang yang berminat dengan proses.
Macam baca research paper, kita perlu tahu siapa yang tulis, qualification, references made,methods used, results and discussion.
Itu sahaja.
Bacalah tulisan saya dengan nada sederhana.Melainkan sedara sendiri telah terlebih dahulu berburuk sangka kepada saya dan orang lain.
Tentang adakah dengan menguasai Bahasa Arab sahaja sudah boleh faham keseluruhan Al-Quran, itu bab lain.
Dan saya tidaklah berminat untuk memanjang-manjangkan perbincangan ini.Perbincangan dengan cara macam ni takkan mencapai apa-apa .Apatah lagi apabila berbincang secara berterabur.
Ni pon sudah cukup menyusahkan tuan punya blog.
Sekian.
Ikut sajalah dari surah ke surah. Bila ayat yang dibaca berkait dengan perkara astronomi, bandingkan apa yang dibacarakan dalam quran dengan pengetahuan astronomi. Kalau berkait dengan geologi, bandingkan dengan geologi.
Tak susah sangat, mengambil masa yang panjang saja. Awak sendiri boleh buat. Dan kalau perbincangan antara saya dan orang lain di muka ini – mengikut kata awak – berterabur, ianya tidak dapat dielak.
Hal perbincangan kita (iaitu al-quran) sudahpun dengan sendirinya disusun secara berterabur, dan tidak tertib dan teratur. Surah disusun dari panjang ke pendek, tidak mengikut mana yang datang dulu atau kemudian. Dari segi tema dan topik, quran kerap mengulangi konsep dan idea dari surah ke surah – macam rekod pecah, ya?
Dengan tidak merujuk kepada al-quran, orang Islam tidak ada bukti yang Allah wujud, dan yang Islam itu agama yang benar.
—————————————————————-
Muhammad adalah nabi dan rasul Allah kerana Quran yang mengatakan begitu.
Islam adalah agama yang benar kerana Quran mengatakan begitu.
Allah adalah satu-satunya tuhan yang benar kerana Quran mengatakan begitu.
Quran adalah kitab yang disampaikan oleh Allah, dan seluruh kandungannya adalah benar kerana Quran sendiri mengatakan begitu.
Oh, maaf. Saya lupa. Ada perkara yang dipercayai benar oleh orang Islam kerana Muhammad sendiri yang mengatakan begitu.
Bestnya kalau saya pun dapat mulakan agama yang baru…
Mana buktinya yang tuhan itu wujud? Dan mengapa kita harus menghadkan persoalan ketuhanan pada monoteisme sahaja?
Malay Atheist,
Sebab tu Al-Quran itu dipanggil kalamullah – kalam Allah dan para nabi diturunkan sebagai contoh. contoh kepada manusia..kalau awak rasa ;
– awak berpengaruh dan kaya dan menjadikan alasan utk tidak bertakwa, Nabi Sulaiman as seorang yg raja dan sgt berpengaruh,
– kalau awk dilahirkan dlm keluarga yg kafir dan fasik dan menjadikan alasan utk tidak bertakwa, nabi Musa as dibesarkan dikalangan firaun yg fasik,
-kalau awk anggap cercaan masyarakat keliling menjadikan alasan utk tidak bertakwa, nabi Muhammad SAW paling byk mendapat cercaan.
tapi..bila awk menutup mata utk segala nikmat dan bukti, takde guna diberikan walau 1000,000 bukti, bila awk tutup pintu hati awak dari jwpn yg nyata spt awk duduk dlm billik yg gelap dan tidak bergerak utk membuka pintu. menjerit, memaki hamun kepada pintu supaya buka sendiri.mencari 1001 teori supaya pintu buka dengan sendiri..
Semoga awak temui cahaya yang benar.
Malay Athiest…
sbnrnya sy nak tnya secara personal tp tak tahu bagaimana utk menghubungi dgn anda…
sy ingin ajukan soalan utk anda, tp sblm tu, sya benar2 nak tahu (sekadar kepastian) ttg diri anda terlebih dahulu (klu x keberatan).
Anda adalah pelajar atau bekas pelajar yg khusus dlm sience stream ye…? (klu sampai ke peringkat tinggi, blh sy tahu course semasa di uni?)
Aslkm. Selamat sejahtera.
Dijemput teman-teman semua khususnya saudara Malay Atheist bertamu ke blog saya Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak http://myalexanderwathern.blogspot.com/ . Sebenarnya saya ingin join diskusi di sini, tetapi buat masa ini saya sedang sibuk dengan diskusi-diskusi lain yang sedang berjalan.
Sebenarnya saya juga kurang selesa jika berdiskusi panjang di laman orang. Jika di laman saya, tidaklah mengganggu orang lain.
Sekiranya saudara Malay Atheist sudi bertukar-tukar fikiran dengan saya secara aman dan berkualiti, silalah berkunjung ke blog saya. Dengan ebrtukar-tukar fikiran (bukannya bergaduh), pasti ada manfaatnya buat kita, dhakan untuk orang lain juga.
Saya buka bicara kita (sekiranya saudara berminta, jika tidak, tak mengapa) dengan satu persoalan penting… Pada saudara, siapakah yang menjadikan alam ini (langit, bumi dan isinya)? Adakah ia dijadikan oleh seseorang? Aataupun ia terjadi dengan sendirinya? Ataupun bagaimana?
Itu sahaja buat masa ini, sehingga bertemu lagi.
Salam hormat.
Abu Zulfiqar
12 Ogos 2011
wahai encik atheis…
saya bertanya kepada anda
kenapa orang merokok dapat barah tidak dapat kentut asap atau bengkak mata?
kenapa lelaki dan perempuan buat seks boleh dapat anak tidak dapat benih yang perlu di tanam lalu mengeluarkan bayi?
kenapa kita bakar jadi panas tetapi tidak membeku?
kenapa kita buat satu ini kesannya itu dan sememangnya itulah kesan dia bukan yang lain.
kenapa? sebabnya ada ‘DIA’ yang program awal2 semua benda yang ada di dunia ini. kalau tak ada program awalan mungkin lelaki dan lelaki buat seks boleh mengandung jugak.
Khas untuk Malay Atheist… kalau ada masa masuklah ke web saya… kalau berani..
Rumusan saya: semua 4 kitab telah di ubah oleh musuh-musuh Allah. Kristian kata Isa anak Tuhan. Muslim kata Muhammad kekasih Allah. Kitab Hindu kata (berasal dari Taurat; hint Brahmin=Ibrahim dan Sarasvati=Siti Sarah) atau ramal, Muhammad adalah setan. Dalam Agama Allah, tidak ada anak Allah, tidak ada jihad membunuh makhluk, tidak ada halal atau pun haram. Penyelewengan kefahaman telah membuat semua orang muslim (saya sebut “muslim”) menjadi ganas kerana jihadnya, dan menjadi munafik serta syirik menduakan Allah.
Lihat saja syahadah, Tiada Tuhan Melainkan Allah dan menyebut Tuhan itu Allah. Allah bermakna dalam bahasa Arab, Ia Ada. Jadi bererti Tuhan itu Allah menjadi Tuhan itu ia Allah. Allah sangat murka tentang ini, kerana yang ada bukan Allah, tetapi Tuhan.
Pegangan atheist saudara terjadi bila membaca Quran yang sudah diubah oleh tangan-tangan yang kotor. Dan bila melihat orang muslim sedunia dalam keadaan kucar kacir, berbunuhan sama sendiri dan mewarisi negara-negara yang mundur.
Allah membenarkan Islam dan Muhammad, tetapi di hujung hayatnya Nabi Muhammad gagal menyempurnakan kerasulannya, bila Muhammad membawa keganasan dan pembunuhan untuk menyebarkan Islam. Maka terputus wahyu.
Ditinggalkannya Al-fatiha sebagai doa kepada umatnya, bila dia sudah kehilangan Allah. Tunjukkanlah jalan yang lurus… Fikirkan, dengan berdoa mengatakan Allah dan Malaikat-malaikatnya bersalawat atas Nabi? Adakah betul? Siapa Maha Pencipta dan sipa yang dicipta?
Bagaimana tentang Nabi Ibrahim AS, Abdul Mutalib, Abi Talib dan lain-lain? Tidak islam dan masuk syurgakah mereka?
Yang penting tauhidkan Allah, berterima kasih kepadanya… InsyaAllah semuga anda diberi iman..
Wassabiqun al-sabiquun (Surah Al-Waqiah)
* pembetulan perenggan
…Jadi bererti Tuhan itu Allah menjadi Tuhan itu Ia Ada. Allah sangat murka tentang ini, kerana yang ada bukan Allah, tetapi Tuhan. Allah dalah Allah. Allah bukan tuhan
Assalamualaikum.
Al-Fatihah
Bismillahirrahmanirrahim.
6.Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
7.(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Sadakallahula’dzhim.
(Surah Al-Baqarah Ayat 6-7).
haii … tlong email saya .. saya ingin bertanya