Home / Artikel Cahaya Islam / APLIKASI UBAH MUKA.

APLIKASI UBAH MUKA.

APLIKASI UBAH MUKA.
Menurut TG Ustaz Mat Esa Deraman dalam kuliah subuh tadi dalam bab WARAK,
Kata TG UMED,
Bila ada yang kata HARAM dan ada yang kata TIDAK HARAM maka kita ambillah sikap warak iaitu kita TIDAK AKAN TERLIBAT.
Contohnya APLIKASI UBAH MUKA.
Aplikasi yang ubah muka lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki.
Aplikasi yang ubah muka kita jadi binatang. Elok-elok jadi orang dia tukar muka dia jadi monyet, telinga kucing.
Ada aplikasi yang tukar rupa elok-elok muda jadi tua. Berangan nak tua. Umur dia 20 dia tukar muka umur 70. Berkerut berkedut.
Ada yang buat aplikasi muka berjanggut. Nak tengok rupa dia berjanggut jadi macam mana.
Macam-macam aplikasi.
Zahirnya dia cuma main-main. Setengah orang berdalilkan,
“Ini cuma gambaran. Bukan kita ubah betul-betul muka kita.”
Ini bukan persoalan gambaran.
Ini persoalan kerana punya NIAT UNTUK CENDERUNG MELAKUKAN MAKSIAT dan REDHO DENGAN MAKSIAT.
Maka NIAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT juga DIAMBIL KIRA.
Bukankah dalam hadis dinyatakan siapa yang berniat nak buat tak baik lalu dia tak buat maka ditulis untuknya 1 pahala?
Tapi orang yang memang berniat dan nekad buat sesuatu yang tak baik maka dia dapat dosa di atas perbuatan dia.
Jadi bila kita sebut tentang aplikasi yang ubah muka ni, setengah Ulamak kata HARAM kerana MENGUBAH CIPTAAN (keinginan mengubah ciptaan). Setengah kata, sebaiknya jangan. Jika kita WARAK, maka TINGGALKAN.
Bila kita dengar ada kata haram,
Ada kata boleh tapi tak digalakkan,
Ia bukan sesuatu perkara yang bermoral,
Setelah ALLAH muliakan kita jadi manusia, kita nak jadi kambing, nak jadi lembu, nak jadi kucing,
Setelah ALLAH bagi kita nikmat muda, kita nak jadi tua.
Setelah ALLAH bagi nikmat kita jadi lelaki, kita nak jadi perempuan.
Setelah ALLAH bagi nikmat kita jadi perempuan, kita nak jadi lelaki. Kita nak ubah jantina.
Maka ini menunjukkan KUFUR NIKMAT.
Jadi secara warak, kita TINGGALKAN TERUS perbuatan tersebut.
Subhanallah.
Assalamualaikum Sahabat Syurga.
Pernah tak awak semua tukar muka awak guna aplikasi ubah muka awak ada cuping telinga kucing, telinga arnab, terjelir lidah anjing, berhidung lembu, hidung arnab?
Pernah tak awak tukar muka awak jadi perempuan atau ubah muka awak jadi lelaki guna aplikasi ubah muka?
Pernah tak awak ubah muka awak jadi orang tua guna aplikasi ubah muka?
Jika pernah, hentikanlah.
Tinggalkanlah perbuatan maksiat dan kufur nikmat ini.
Marilah kita mengambil sikap warak sahabat..
Kita tinggalkan terus perbuatan yang tidak baik. Jangan kita terlibat dengan aplikasi mengubah muka ni.
Bersikap waraklah.
Tinggalkan terus perkara yang tidak baik. Bersikap warak akan menyelamatkan agama yang ada dalam diri kita. ❤
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
2 Zulkaedah 1441H
24 Jun 2020
cnp

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *