Berada Dimasjid dan Berwuduk Didoakan Malaikat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ الَّذِي صَلَّى فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ تَقُولُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْه
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Para Malaikat selalu berselawat (mendoakan) kepada salah seorang dari kalian selama ia masih di tempat solat dan belum berhadas. Malaikat berkata, ‘Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah rahmatilah dia’.” (HR Bukhari No : 426) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ganjaran berganda bagi orang yang menunaikan solat secara berjemaah
2. Ganjaran berganda juga bagi orang yang menunaikan solat berjemaah di Masjid
3. Para Malaikat mendoakan agar diberikan keampunan dan dikurniakan rahmat kepada sesiapa yang berada di tempat solat (masjid) dan masih berwuduk.
Doa Malaikat :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْه
‘Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah rahmatilah dia’
Ayuh kunjungilah Masjid agar kita didoakan keampunan dan rahmat oleh para Malaikat.