Home / Artikel Cahaya Islam / BILA SYAITAN TUMPANG, 7 HIDANGAN PUN TAK CUKUP.

BILA SYAITAN TUMPANG, 7 HIDANGAN PUN TAK CUKUP.

Kisah hadith ini wajar kita perhati dan amalkan isinya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَافَهُ ضَيْفٌ وَهُوَ كَافِرٌ فَأَمَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَاةٍ فَحُلِبَتْ فَشَرِبَ حِلَابَهَا ثُمَّ أُخْرَى فَشَرِبَهُ ثُمَّ أُخْرَى فَشَرِبَهُ حَتَّى شَرِبَ حِلَابَ سَبْعِ شِيَاهٍ ثُمَّ إِنَّهُ أَصْبَحَ فَأَسْلَمَ فَأَمَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَاةٍ فَشَرِبَ حِلَابَهَا ثُمَّ أَمَرَ بِأُخْرَى فَلَمْ يَسْتَتِمَّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ يَشْرَبُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَشْرَبُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

Ertinya: Abu Hurayrah menceritakan Rasulullah SAW pernah menerima seorang tetamu yang belum memeluk Islam. Baginda lalu mengarahkan agar diperah susu kambing untuk diberikannya minum. Selepas habis satu perahan susu kambing dia minum lagi, kemudian selepas itu diperah lagi untuk dia minum…. sehingga cukup jumlah 7 perahan (dan 7 kali minum). ESOKNYA BELIAU MEMELUK ISLAM dan Rasulullah SAW mengarahkan agar diperah susu kambing untuk diberinya minum. Selepas sekali minum, diperah lagi untuknya satu perahan tapi dia tak mampu menghabiskan susu (daripada perahan kedua). Berikutan itu Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman minum dalam satu hidangan, manakala orang kafir minum dalam 7 hidangan (Sahih Muslim, 3843)

Para ulama’ memberi beberapa pandangan berkenaan hadith ini:

1) Hadith ini membawa maksud kiasan betapa orang beriman bersederhana dalam makan dan minum mereka, manakala orang beriman makan serta minum tanpa had demi memuaskan nafsu mereka. Ia disinggung Allah dalam firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ

Ertinya: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang beriman serta mengerjakan amal soleh – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; DAN (SEBALIKNYA) ORANG YANG KAFIR MENIKMATI KESENANGAN DI DUNIA SERTA MEREKA MAKAN MINUM SEBAGAIMANA BINATANG TERNAK MAKAN MINUM, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka (Muhammad 47:12).

2) Orang beriman menyebut nama Allah sebelum makan, kesannya makanan mereka dilimpahi berkat (kebaikan yang banyak) dan dijauhi syaitan. Oleh itu mereka jadi cepat kenyang walaupun makanannya sedikit. Orang kafir pula tidak menyebut nama Allah dan kesannya syaitan tumpang sekaki makan bersama mereka. Akibatnya makanan yang banyak tetap tidak memadai keperluan mereka (Syarh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi). Dalam sebuah hadith Baginda SAW bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ أَنْ لَا يُذْكَرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

Ertinya: Sesungguhnya syaitan boleh makan makanan yang tidak disebut nama Allah padanya (Sahih Muslim, 3761).

Ayuh kita sentiasa ingat nama Allah dalam semua kerja buat kita semoga keberkatannya berganda lalu yang sedikit jadi banyak manafaatnya untuk kita dan semua makhluk.

Abdullah Bukhari
7 November 2020.

 

cnp

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *