“Dulu, isteri aku suka post gambar makanan kat sosial media. Tapi, lepas dia slow-slow faham apa itu Tasawuf, dia dah stop.”
“Sebab? Dia dah mula faham gambar itu boleh menimbulkan rasa sedih bagi yang teringin tapi tak mampu.”
Korang ada belajar tasawuf tak? 

** ** **
Saya terbaca status kenalan FB. Dibawah captionnya, ada sekeping gambar sharing seorang suami pasal isterinya selepas belajar tasawuf.
Mesej yang sangat mendalam, bukan? 

** **
“Tapi, Apa itu Tasawuf?”
“Dan Kenapa isterinya boleh faham begitu?”
Sebenarnya ilmu Tasawuf ini lebih kepada ilmu yang perbaiki hati. Atau, lebih kepada Akhlak. Ilmu ni ajar tentang penyucian hati.
Perubahan daripada hati yang keras, tiada belas kasihan kepada hati yang lembut, jiwa yang prihatin. Hati ini terdidik menuju sifat Mahmudah.
“Sifat Mahmudah tu macam mana?”
Sifat Mahmudah ini adalah sifat-sifat yang baik. Sifat yang mendamaikan orang disamping kita. Suka membantu. Suka memberi. Suka berkongsi. Pemaaf dan sebagainya yang menyenangkan hati kita. Ia tentang akhlak. Dan akhlak ini adalah sesuatu yang sangat teliti.
Ini tentang ketinggian adab yang kita seringkali terlepas pandang. Moga ALLAH SWT kurniakan kita kefahaman seperti itu juga. Aamiin.
cnp