Home / Artikel Cahaya Islam / DIHALAU DARI TELAGA NABI S.A.W

DIHALAU DARI TELAGA NABI S.A.W

Daripada Abu Hurayrah radiyallah ‘anh, bahawasanya Rasulullah pernah menziarahi sebuah tanah perkuburan, lalu baginda berkata,

“Salam sejahtera buat kalian wahai penghuni tempat tinggal orang-orang beriman. Kami juga nanti insya-Allah pasti akan menyusuli kalian… Sesungguhnya aku mahu sekali untuk berjumpa saudara-saudara kita.”

Para sahabat bertanya, “Tidakkah kami ini ialah saudaramu, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Kalian ialah para sahabatku. Adapun saudara-saudara kita ialah mereka yang akan datang selepas kita.”

Lalu para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana kamu boleh mengenali umat-umat yang datang selepas daripada ini, wahai Rasulullah?”

Baginda ﷺ menjawab, “Bayangkan sekiranya seseorang itu memiliki seekor kuda putih yang duduk di tengah-tengah kuda yang hitam, tidakkah dia akan mengenali kudanya sendiri?”
Mereka menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

Baginda berkata, “Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan bersinar-sinar kerana kesan air wuduk mereka. Dan akulah yang akan menunggu mereka di Telaga.

Dan ketahuilah bahawa akan ada sekumpulan manusia yang dihambat daripada Telagaku sebagaimana unta sesat yang dihambat pergi.

Aku akan memanggil mereka, “Kenapa kalian tidak datang mendekati bersama?”

Lalu aku diberitahu, “Sesungguhnya mereka itu telah menukar perkara-perkara dalam agama setelah kamu tiada.”

Maka aku pun berkata kepada mereka, “Pergilah menjauh! Pergilah menjauh!”

[Ṣaḥīḥ Muslim, no. 249a] Disunting daripada terjemahan us. Amirul Bazlan

CNP

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *