Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / Dosa Hutang Tidak Diampun Walaupun Mati Syahid

Dosa Hutang Tidak Diampun Walaupun Mati Syahid

Dosa Hutang Tidak Diampun Walaupun Mati Syahid

 

عَنْ عبدِاللَّهِ بنِ عَمرو بنِ العاص رضي اللَّه عنْهما أنَّ رسُول اللَّه ﷺ قَالَ: يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia). (HR Muslim No: 1886) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Hutang merupakan suatu perkara yang sangat penting diberi perhatian agar sentiasa berhati-hati supaya tidak menyebabkan kehinaan di kemudian hari.

2. Kewajipan membayar hutang terpikul di bahu orang yang berhutang mengikut perjanjian dan waktu yang dipersetujui.

3. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa sekalipun seseorang itu mendapat kedudukan mati syahid, semua dosanya boleh diampunkan melainkan dosa sebab berhutang.

4. Dosa berhutang tidak akan terampun kecuali dihalalkan oleh si pemiutang.

5. Jangan ambil mudah apabila berhutang. Jika berhutang segerakan pembayarannya.

CNP

About mai

Check Also

AMALAN UNTUK BAYI YANG BARU LAHIR

Jangan tinggalkan 3 amalan ini pada bayi yang baru dilahirkan: 1. Bacakan Surah Al-Qadr (Inna …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *