Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / Fakir dan Miskin Sebenar

Fakir dan Miskin Sebenar

Fakir dan Miskin Sebenar

عن أبي ذر رضي الله عنه قَالَ لِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا أَبَا ذَرّ أَتَرَى كَثْرَة الْمَال هُوَ الْغِنَى قُلْت : نَعَمْ . قَالَ : وَتَرَى قِلَّة الْمَال هُوَ الْفَقْر قُلْت : نَعَمْ يَا رَسُول اللَّه . قَالَ : إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى الْقَلْب وَالْفَقْر فَقْر الْقَلْب

Daripada Abi Dzar RA: “Rasulullah SAW berkata padaku, “Wahai Abu Dzar, apakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itulah yang disebut kaya?” “ya,” jawab Abu Dzar. Baginda bertanya lagi, “Apakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?” “ya,” Abu Dzar menjawab dengan jawapan serupa. Lantas baginda pun bersabda, “Sesungguhnya kaya disini adalah kaya hati (hati yang selalu merasa cukup). Sedangkan fakir adalah fakirnya hati (hati yang selalu merasa tidak puas).” (HR. Ibnu Hibban No 685. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahawa sanad hadis ini sahih sesuai syarat Muslim)

Pengajaran:

1. Banyaknya harta dan kemewahan dunia bukanlah jalan untuk meraih kebahagiaan sejati.

2. Kekayaan sejati adalah selalu merasa cukup dengan apa yang Allah beri. Itulah yang namanya qona’ah.

3. Ibnu Baththol menyatakan: “Hakikat kekayaan sebenarnya bukanlah dengan banyaknya harta. Kerana ramai orang yang diluaskan rezeki oleh Allah, namun ia tidak pernah merasa puas dengan apa yang diberi. Orang seperti ini selalu berusaha keras untuk menambah dan terus menambah harta, tanpa mengira dari manakah harta tersebut diperolehi. Orang inilah yang disebut fakir kerana usaha kerasnya untuk terus menerus memuaskan dirinya dengan harta.

4. Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan: “Orang yang kaya hati adalah orang yang selalu qona’ah (merasa puas) dengan rezeki yang Allah beri. Ia tidak tamak untuk menambahnya tanpa ada keperluan. Ia selalu reda dengan rezeki Allah. Orang inilah yang akan kaya selamanya.

cnp

About mai

Check Also

AMALAN UNTUK BAYI YANG BARU LAHIR

Jangan tinggalkan 3 amalan ini pada bayi yang baru dilahirkan: 1. Bacakan Surah Al-Qadr (Inna …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *