Breaking News

 

Pesanan Bermusafir

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُسَافِرَ فَأَوْصِنِي قَالَ : عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ فَلَمَّا أَنْ وَلَّى الرَّجُلُ قَالَ : اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ.

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku hendak bermusafir. Maka berilah wasiat kepadaku. Baginda bersabda, Engkau hendaklah bertakwa kepada Allah dan bertakbir ketika menaiki di tempat yang tinggi. Kemudian ketika orang itu ingin pergi, Baginda SAW berdoa untuknya: Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya.” (HR Tirmizi No: 3445) Status: Hadis Hasan

 

Pengajaran:

 

1. Antara pesanan Rasulullah SAW kepada orang yang ingin bermusafir:

 

a. Sentiasa bertaqwa kepada Allah

 

b. Apabila menaiki tempat yang tinggi hendaklah bertakbir

 

c. Bagi ahli keluarga dan sahabatnya, doakanlah agar perjalannya segera sampai dan dipermudahkan

 

2. Syeikh al-Mubarakfuri yang mensyarahkan hadis ini menyatakan ia merupakan pesanan supaya orang yang bermusafir itu:

 

• Sentiasa bertakwa kepada Allah SWT

 

• Sentiasa takut dan menjaga diri daripada melakukan maksiat kepada-Nya.

 

• Mengingati kebesaran Allah SWT dan bersyukur dengan segala kurniaan-Nya (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/406)

 

Bagi kita yang mengetahui ada ahli keluarga atau sahabat yang akan bermusafir, doakanlah mereka dengan doa ini:

 

اللَّهُمَّ اطْوِ لَهُ الأَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْهِ السَّفَرَ

 

“Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya”

 

Cnp

About mai

Check Also

Hidayah milik ALLAH

Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam, Comel Pakai Serban Solat Di Masjid …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *