GAME PUBG – PLAYER SEMBAH BERHALA
1. Baru-baru ini game PUBG telah ‘update’ (pengemaskinian) kepada mode baru ; MODE JUNGLE. Di dalam perisian tersebut terdapat player yang ingin MEMILIKI KUASA perlu MENYEMBAH PATUNG / BERHALA. Setiap patung-patung tersebut memiliki kuasa tersendiri iaitu; Patung Merah : Boleh memberikan pemain ada senjata. Patung Hijau : Boleh memberikan pemain bom, peluru, grip dan lain-lain. Patung Kuning : Boleh memberikan pemain keselamatan seperti ‘helmet vest healing’.
2. Untuk makluman semua, game ini sudah mendapat KECAMAN daripada para ulama’ bagi MENGHARAMKAN daripada terus bermain. Antaranya, Dr. Ahmad Karimah menyatakan sebab diharamkan kerana mengikut firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: ”Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil);” beliau berkata kaedah fiqh menyatakan “Apa yang menjadi perantaraan kepada sesuatu yang haram, maka haramlah hukumnya”. { Rujuk https://m.youm7.com/story/2018/11/28/11-نصيحة-من-مركز-الأزهر-العالمى-لحماية-المجتمع-من-خطر/4048124 }
3. Majlis Ifta’ Palestin menyatakan: “Permainan ini seharusnya dikawal ini kerana disebalik kemudharatan itu terdapat sedikit kebaikan dan hiburan serta dapat mempelajari beberapa kemahiran. Selain itu terdapat keburukan seperti PENGGUNAAN BAHASA yang KASAR dan PROVOKASI bertujuan untuk MEMBANGKITKAN SEMANGAT untuk berperang”. { Rujuk https://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2019/03/06/1223056.html }
4. Kini, PERMAINAN HALUS orang kafir sudah ke tahap untuk MENYEMBAH BERHALA! Bertakwalah kepada Allah wahai manusia! Apabila bersangkut paut dengan aqidah amat BAHAYA SEKALI. Kerana ia berkait rapat dengan IMAN tuan-tuan. Iman itu membenarkan Allah di dalam hati, lisan kita jelas ucap Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan perbuatan kita jelas hanya pengabdian kepada Allah bukan kepada makhluk! Apakah MURAHNYA IMAN kita yang mudah DIJUAL-BELI HANYA DEMI MENDAPATKAN KEKUASAAN?! Fikirkan wahai teman-teman.
5. Ketahuilah! Dosa SYIRIK adalah DOSA YANG PALING BESAR di antara dosa-dosa yang lain. Dosa yang tidak terampunkan oleh Allah SWT. Quran surah ke-4 An-Nisaa’ ayat 48 :
إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَغۡفِرُ أَن یُشۡرَكَ بِهِۦ وَیَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَ ٰلِكَ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰۤ إِثۡمًا عَظِیمًا
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
6. Al-Imam Ibnu Kathir (774 H) Rahimahullah menafsirkan ayat ini :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan DOSA SYIRIK mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), iaitu Dia tidak akan memberikan PENGAMPUNAN kepada seorang hamba yang MENGHADAP kepadaNya dalam keadaan MEMPERSEKUTUKANNYA. Dan Dia akan mengampunkan segala dosa yang lain
bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang sangat besar.” [Tafsir Ibn Kathir, 2/325]
7. Dikuatkan lagi dengan hadis Nabi ﷺ daripada Saidina Mu’awiyyah (60 H) beliau berkata; Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
*كُلُّ ذَنْبٍ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَغْفِرَهُ، إِلَّا الرَّجُلُ يَمُوتُ كَافِرًا، أَوِ الرَّجُلُ يَقْتُلُ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا *
”Semua segala jenis dosa mudah-mudahan diampunkan oleh Allah kecuali dosa seseorang yang MATI DALAM KEADAAN KAFIR atau seseorang yang *MEMBUNUH SEORANG MUKMIN dengan SENGAJA.” HR. Imam Al-Nasa’i (3984), Imam Ahmad (16907) dalam musnadnya. Hadis ini sahih.
8. Kami tutupkan dengan memetik sebahagian kalam Syeikh Dr. Khalil Ilyas Hafizahullah :
وأراهم اليوم يسخرون من انفسهم ندما بعد أن رأوا كيف يقتلوننا بدم بارد .
Pada hari ini, Aku melihat pemuda sedang menghinakan diri mereka sendiri kerana telah menyesal setelah mereka melihat bagaimana musuh islam membunuh kita dengan sangat sadis.
يا شباب :
كفى لعبا ، كفى كسلا ، كفى جهلا ، كفى ذلا ، كفى ضعفا ، كفى هوانا ، كفى استكانة …
وحَرِّمُوا على انفسكم هذه اللعبة وغيرها ، واعملوا ، فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وستردون الى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون .
Wahai pemuda,
Cukuplah dengan bermain, malas, jahil, kehinaan, lemah, lekeh dan kecelakaan.
HARAMKAN DIRIMU DARIPADA BERMAIN PERMAINAN INI DAN SELAINNYA.
“Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Wallahu A’lam. Sollu’alannabi.
-MTS-
#Syawal_14 #sebarkan
copypaste