DOA PILIHAN
Antara doa pendek yang saya tidak tinggalkan adalah doa ini.
Doa ini sangat penting untuk kita hafal dan amalkan demi meraih hisab yang mudah di akhirat kelak tatakala doa ini turut dibaca oleh Rasulullah s.a.w.
Kata Aisyah, “aku mendengar Nabi s.a.w pada sebahagian solatnya membaca…
« اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا ». فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللَّهِ مَا الْحِسَابُ الْيَسِيرُ قَالَ « أَنْ يَنْظُرَ فِى كِتَابِهِ فَيَتَجَاوَزَ عَنْهُ إِنَّهُ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَوْمَئِذٍ يَا عَائِشَةُ هَلَكَ وَكُلُّ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةُ تَشُوكُهُ »
, “Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo (Ya Allah hisablah aku dengan hisab yang mudah).”
Ketika beliau berpaling aku bekata, “Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksud dengan hisab yang mudah?” Beliau bersabda, “Seseorang yang apabila Allah SWT mempelihatkan kitab amalnya lalu Allah SWT memaafkannya. Ketika perbicaraan tersebut lalu apabila ada orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu, pasti akan celakalah dia wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya) kerananya, bahkan sampai duri yang menusuknya.” (HR Riwayat Ahmad, Sahih)
Yang dimaksudkan “hisab yang mudah” adalah saat di mana dosa-dosa seorang mukmin di hadapkan pada Allah, lalu ia pun mengakui dosa-dosanya itu. Kemudian setelah itu Allah mengampuni dosa-dosanya. Boleh jadi ketika itu Allah SWT telah memeriksa secara menyeluruh kesalahan seseorang itu kerana doa tersebut yang dipanjatkan setiap hari. Setelah ia bersendirian dengan Allah dan tidak ada seorang pun yang melihatnya ketika itu maka Allah mengampuninya.
RUGI TAK AMAL DOA INI. BACALAH IA DI DALAM SUJUD SOLAT
Kredit : ~MRJ