Home / doa / DOA YANG MUDAH DIHAFAL SELEPAS SOLAT

DOA YANG MUDAH DIHAFAL SELEPAS SOLAT

DOA YANG MUDAH DIHAFAL SELEPAS SOLAT
(Simpan Supaya Tak Hilang)

Bismillahi Rahmani Rahiim…

Syukur dan Selawat Kepada Rasul Junjungan:

Alhamdulillahirobbil ‘aalamiin, Wassolatu wassalamu ‘ala Saiyidina Muhammadin asyrafil mursaliin, wa’ala aalihi wasohbihi ajma’in.

Doa Mohon Ditetapkan Iman

Allahumma ahyana bil iman, wa amitna bil iman, wa ad khilna jannata ma’al imaan

Doa Mohon Ampun Dosa Diri Sendiri Dan Ibu Bapa

Allahummagh Firli Dzunubi Waliwa Lidayya Warham Huma Kama Robba Yaana Soghiro

Doa Mohon Màti Dalam Keadaan Baik

Allahummahtimlana bihusnil khotimah wala tahtim ‘alaina bi suu il khotimah

Doa Mohon Dijaga Hati

Rabbana la tuzi’ qulubana ba’da izhadaitana wahablana min ladunka rahmatan innakal antal wahab

Doa Mohon Diberi Kebaikan DiDunia dan DiAkhirat

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah, waqina ‘azaabannar

Selawat Kepada Rasul

Wasallallahu‘Ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi wasohbihi wasallam

Doa Memanjat Kesyukuran:

Walhamdulillahi Robbil ‘aalamiin

Aamiin…

TERJEMAHANNYA : –

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan màtikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Aamiin..

 

About mai

Check Also

DOA QUNUT

DOA QUNUT   1. Qunut itu sendiri bermaksud “doa”. 2. Doa qunut ini terbahagi kepada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *