Home / Artikel Cahaya Islam / IBLIS ITU SANGAT ALIM..

IBLIS ITU SANGAT ALIM..

IBLIS ITU SANGAT ALIM..
Jika engkau bertanya tentang Al-Qur’an kpd iblis, maka iblis akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tau dengan jelas sekali bila ayat itu turun dari langit…
jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kepada iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya, kerana iblis tau asbabul wurud dari hadis…
jika engkau bertanya tentang cerita para nabi, iblis akan dengan tepat menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak nabi adam masih berada dalam syurga…
iblis ahli alqur’an…
iblis ahli hadis….
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu…
tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat…
“AKU LEBIH BAIK DARI SIAPAPUN”
Semoga sedikit ilmu yg dititipkan Allah Subhana Wa Ta’alla dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan…
YANG AKU TAKUT
Yang aku takut…
hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.
Yang aku takut…
aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.
Yang aku takut…
egoku terlalu tinggi, hingga
merasa paling baik di antara yang lain.
Yang aku takut…
aku lupa bercermin, namun
sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
Yang aku takut…
ilmuku akan membuatku
menjadi sombong, memandang yang lain berbeza denganku.
Yang aku takut…
lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.
Yang aku takut…
aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.
Yang aku takut…
aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.
Yang aku takut…
aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.
Kiranya Allah Subhana Wa Ta’alla senantiasa menyedarkanku sehingga lebih rajin dan sibuk mengurus diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diriku…
cnp

About mai

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *