Home / buat duit / Idea Buat Duit-2.2

Idea Buat Duit-2.2

Dalam artikel Idea Buat Duit yang lepas kita telah membincangkan sedikit perkara berkaitan Masa, Wang, Produk, OPM dan OPE. Sebelum ini apa yang kita sentuh dalam artikel lepas adalah tentang bagaimana golongan yang menghadapi masalah untuk menghasilkan pendapatan tambahan melalui perniagaan. Masalah-masalah utama yang dimaksudkan itu pula ialah masa, wang dan produk.

Untuk itu saya mencadangkan 2 istlah penting dalam perniagaan untuk mengatasi masalah ini iaitu OPM dan OPE. Namun bagaimana kita boleh mengaplikasikan dua perkara tersebut akan saya kupas dalam artikel ini. Harapan saya semoga anda semua telah faham dengan jelas apa itu OPM dan OPE yang dimaksudkan.

OPM – Kita mulakan dengan OPM atau Other People Money. Bagaimanakah ia membantu kita dalam perniagaan? Konsep OPM sebenarnya telah banyak digunakan oleh masyarakat kita, cuma kadang-kadang kita sahaja yang tidak perasan. Antara tokoh barat yang berjaya menggunakan cara ini ialah Henry Ford iaitu pengasas Ford Motor Company. Apa yang beliau buat? Beliau menggunakan wang orang lain dengan membuat pinjaman! Ya, pinjaman adalah salah satu cara OPM bergerak. Selain pinjaman, terdapat juga geran yang boleh kita mohon dengan kerajaan  untuk memulakan perniagaan. Bagaimanapun di sini kita tak nak bercerita tentang soal itu. Apa yang ingin diperkatakan ialah bagaimana anda boleh jadikan perniagaan anda suatu pelaburan yang menguntungkan.

Terdapat ramai rakan-rakan atau saudara mara anda yang mempunyai wang dan tidak tahu nak buat apa dengan wang tersebut. Ada sesetengah dari mereka memang hendak berniaga, tetapi tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Tunjukkan kredibiliti anda sebagai seorang peniaga yang boleh dipercayai. Bukakan peluang kepada mereka untuk melabur!

Katakan anda ingin mengusahakan sebuah perniagaan yang memerlukan modal awal RM10,000. Buat satu kertas kerja untuk mendapatkan wang tersebut. Sebagai contoh dalam kertas kerja itu anda tulis:

Peluang Untuk Pelabur

Kami sedia membuka peluang kepada sesiapa yang ingin melabur dalam perniagaan ini. Wang yang dilaburkan akan digunakan sebaiknya untuk menguruskan perniagaan. Pengunaan wang tersebut adalah seperti berikut:

Ceritakan perbelanjaan anda, contoh: Modal pusingan, kos bahan mentah, kos peralatan dan sebagainya.

Syarat Pelabur

Pelaburan minimun adalah RM2500 dengan pulangan 10%  daripada keuntungan bulanan. Senarai pulangan adalah seperti berikut:

Labur RM2500 – Pulangan 10%

Labur RM5000- Pulangan 20%

Labur RM7500- Pulangan 35%

Labur RM 10,000 – Pulangan 50%

Wang pelaburan anda akan digunakan dalam perniagaan ini selama 1 tahun. Pulangan anda adalah berdasarkan keuntungan bulanan. Sebaik saja tamat tempoh 1 tahun kontrak pelaburan ini akan tamat. Samada pelaburan anda membawa pulangan yang menguntungkan atau tidak, bergantunglah kepada kejayaan perniagaan tersebut.

Itu adalah contoh ringkas bagaimana mengutarakan peluang kepada para pelabur. Bagaimanapun  anda perlu lah menghasilkan sebuah kertas kerja yang kemas, teliti dan menarik dengan pelan pemasaran dan rancangan perniaga yang berpotensi.

Cara ini lebih mudah dari membuat pinjaman atau memohon geran dari kerajaan. Lagipun ia dapat memberi peluang kepada saudara-mara atau rakan-rakan anda untuk turut sama menjana keuntungan. Dengan cara ini juga anda tidak perlu membayar kembali wang pelaburan yang telah digunakan sekiranya gagal. Apapun takkan la anda nak gagal,kan..hohoho..

Suatu yang perlu anda ingat, sekiranya anda melanggar peraturan kontrak, anda perlu membayar kembali wang tersebut. Tapi tu semua perkara negatif yang menjadi halangan utama untuk orang negatif sahaja. Bagi kita yang betul-betul ingin berniaga dengan betul, ia bukanlah suatu halangan. Buatlah yang terbaik dan teruskan usaha.

Apa yang saya ceritakan di atas adalah apa yang saya aplikasikan dari pengalaman saya sendiri. Dengan cara di atas saya berjaya membuka sebuah kedai dan tidak perlu bersusah payah membuat pinjaman bank, mengumpul wang dan sebagainya. Sayangnya perniagaan itu hanya bertahan separuh jalan kerana berlaku sedikit masalah peribadi. Saya akan mengusahakan perniagaan ini lagi akan datang! InsyaAllah…

Rasanya anda telah faham apa yang saya cuba perkatakan di sini tentang OPM. Fikirkan satu idea menarik dan bernas! Belajarlah untuk menggunakan kaedah ini dalam rancangan perniagaan anda. Kerana ia dapat membantu ramai pihak! Kena cara dan langkahnya, anda juga boleh berjaya seperti Henry Ford!

Saya akan sambung penerangan tentang OPE dalam artikel akan datang. Terima kasih atas pembacaan anda!

About wanwma

Check Also

Demi Masa

Disaat ilmu dapat dipelajari jangan berkata ‘tunggu’. Disaat masa kelapangan untuk beribadah jangan berkata’tunggu’. Disaat …

10 comments

  1. wah… seronok aku membace nye bro.. ko mesti da bukak business kan… leh blaja banyak ni
    .-= zuwairiaiman menulis diblognya tentang.. Lady Sumo =-.

    • Trimas Zu! ehem..sy mmg ad buat bisnes kecik-kecik..hehehe..InsyaAllah sy cuba kongsikan ap yg dipelajari selama ini..thanks!

  2. Bagus artikel ni…Banyak yang saya tak tahu….

  3. duit tewww.. ehehe
    .-= en_me menulis diblognya tentang.. My first career: Looking Back (1989 – 2009) =-.

  4. semoga lebih success lagi tahun ni wan ^_^
    .-= naz menulis diblognya tentang.. Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging =-.

  5. idea idea, aku tgh cari idea buat ebook. idea yg masyuk dah byk plak market. haih. sebelum akhir thn ni aku nak keluarkan ebook sendiri. hehe
    .-= naz menulis diblognya tentang.. 6 perkara yang aku belajar tentang blogging =-.

    • Teruskan usaha Naz! aku ada banyak idea utk buat ebook, tapi buat masa ni memang tak berpeluang nak buat pun..kalau ko ada masa terluang cepat2 la buat! kalu dah sibuk nanti memang sakit kepala!

  6. Pencari Pinjaman Dear

    Adakah anda dalam mana-mana keadaan masalah kewangan? Adakah anda ingin memulakan perniagaan anda sendiri? Ini syarikat pinjaman telah ditubuhkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia dengan semata-mata untuk membantu orang-orang miskin dan orang-orang yang mengalami masalah kewangan hidup. Jika anda ingin mendapatkan pinjaman, memohon sekarang untuk pinjaman, kembali kepada kami dengan butiran di bawah e-mel: elenanino05@gmail.com

    nama:
    Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    Pinjaman Duration:
    Nombor telefon:

    Terima kasih dan Tuhan memberkati
    KEYAKINAN
    Puan Elena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *