Demi Masa

Disaat ilmu dapat dipelajari
jangan berkata ‘tunggu’.

Disaat masa kelapangan untuk
beribadah jangan berkata’tunggu’.

Disaat ibu bapa mu mengarahkan
jangan berkata ‘tunggu’

Disaat seruan azan dilaungkan
jangan kita berkata ‘tunggu.

Apakah disaat kau tidak ada
peluang kau akan diberi pilihan?

Apakah disaat datangnya
kesibukan, masa akan menunggumu?

Apakah??

Apakah disaat ibu mu tiada.
Apakah disaat ayah mu tiada

kau akan mendapat peluang
untuk mendapat khazanah syurga?

Apakah disaat kau berada dipenghujung nyawamu kau
dapat menghalang Malaikat Maut?

INGAT! Setiap ada yang ada ambillah itu sebagai nikmat
kesempatan sebelum kesempitan, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,
sihat sebelum tua dan hidup sebelum mati.

“Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar).”

About mai

Check Also

PEMILIK DUA SAYAP DISYURGA…

” PERJUANGAN Sayidina Ja’far bin Abi Thalib “ Ketika tangan kanannya putus, Ia genggam bendera …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *