Ikhlas: Pujian Dan Kejian
سُئل الإمام مالك رحمه الله متى يُخْلص المرء؟
فقال: إذا استوى عنده من يذمه ومن يمدحه ..
Al Imam Malik رحمه الله ditanya, bilakah (tanda) seseorang itu dikurniakan keikhlasan? Beliau berkata: “Apabila sama di sisinya antara orang yang mengejinya dan orang yang memujinya.”
___
– Ikhlas itu apabila hati seseorang hanya untuk dan kerana Allah. Tiada ruang untuk selain- Nya.
– Pujian dan kejian manusia tiada kaitan dengan keikhlasan seseorang kepada Allah.
– Jangan melakukan kebaikan kerana pujian manusia. Jangan berhenti melakukan kebaikan kerana kejian mereka.
– Umur kehidupan di dunia adalah umur hati. Kematian adalah apabila hati mati, bukan mati jasad.
– Sentiasalah seseorang muslim memburu nikmat keikhlasan dalam harian hidupnya.
cnp