Home / ulamak / Imam Al Ghazali

Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya,
👉🏻 “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
• Lalu ada muridnya yang menjawab orang tua, guru, teman dan saudaranya. Kemudian Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Kerana MATI itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
👉🏻 Kemudian, Imam Al-Ghazali bertanya,
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
• Ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “MASA LALU”…Kerana tidak ada apa pun yang akan kembalikan kita ke “MASA LALU”… Oleh sebab itu kita harus sentiasa menjaga perangai kita dan adab kita sebagai seorang muslimin.
👉🏻 Imam Al-Ghazali bertanya lagi,
“Apa yang paling besar di dunia ini?”
• Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “NAFSU”….Kerana “NAFSU” yang menguasai diri menyebabkan manusia gagal menggunakan “AKAL , MATA, TELINGA dan HATI” yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk hidup berlandaskan kebenaran.
👉🏻 Seterusnya, Imam Al-Ghazali bertanya,
“Apa yang paling berat di dunia ini?”
• Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”.
• Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak mampu “MEMEGANG AMANAHNYA”.
👉🏻 Kemudian, Imam Al-Ghazali bertanya pula,
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”
• Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan “SOLAT”… Ramai dalam kalangan kita, kerana kerja, kerana urusan dunia, kerana hiburan, kita tinggalkan “SOLAT”… Sedangkan tuntutan “SOLAT” itu yang lebih utama.
👉🏻 Dan yang terakhir, Imam Al-Ghazali bertanya,
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
• Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA”….Kerana, dengan “LIDAH”, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri….
Subhanallah semoga bermanfaat…
    سيتي نور ايلي: kredit

About mai

Check Also

Simpan rahsiamu berdua sahaja

Sayyidina Ali bin Abi Talib telah berkata; Simpan rahsiamu berdua sahaja: 1. Dirimu 2. Allah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *