Home / Artikel Cahaya Islam / Jangan Bahayakan Diri Dan Orang Lain

Jangan Bahayakan Diri Dan Orang Lain

Jangan Bahayakan Diri Dan Orang Lain

عَنْ أَبِـيْ سَعِيْدٍ سَعْدِ بْنِ مَالِكِ بْنِ سِنَانٍ الْـخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّـى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Daripada Abû Sa’îd Sa’d bin Mâlik bin Sinân al-Khudri RA, Rasûlullâh SAW bersabda, “Jangan bahayakan diri dan jangan bahayakan orang lain. (HR Mâlik dalam al-Muwaththa’ (II/571, no. 31). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Islam menolak sebarang bentuk kemudaratan sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

2. Melakukan kemudaratan kepada diri sendiri seperti mendedahkan diri kepada penyakit dengan pergi ketempat yang berpotensi tersebarnya virus adalah dilarang.

3. Dilarang melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain seperti dengan sengaja keluar dari rumah walaupun dilarang kerana ia boleh menyebabkan virus terus merebak. Tidak boleh mengundang kemudaratan pada diri dan orang lain.

4. Dalam riwayat al-Hâkim dan al-Baihaqi ada tambahan,

مَنْ ضَارَّ ضَرَّهُ اللهُ وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللهُ عَلَيْه

Barangsiapa membahayakan orang lain, maka Allâh akan membalas bahaya kepadanya dan barangsiapa menyusahkan atau menyulitkan orang lain, maka Allâh akan menyulitkannya.” Al-Hâkim (II/57-58).

5. Justru patuhilah arahan pihak berkuasa untuk DUDUK DI RUMAH dalam tempoh yang telah ditetapkan ini untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus Covid 19.

6. Kaedah Usul Fiqh menyebutkan:

الضَّرَرُ يُدْفَعُ بِقَدْرِ الْإِمْكَانِ

Kemadharatan itu harus dicegah semampunya (bersungguh-sungguh)

7. Hal ini juga bertepatan dengan peringatan yang disebutkan oleh Al-Quran menerusi firman Allah S.W.T :

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan. (Al-Baqarah : 195)

8. Jadilah seperti semut di zaman Nabi Sulaiman AS yang akur untuk tetap tinggal dirumah agar tidak ditimpa musibah tentera Nabi Sulaiman:

قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari” (an-Naml: 18).

Ayuh jangan memudaratkan diri dan juga orang lain. Akurlah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan pihak berkuasa. Duduk Di rumah.

cnp

About mai

Check Also

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *