Kenapa Al-Aqsa adalah jantung hati umat sejagat ?
Masjid al Aqsa adalah jantung dan hati umat Islam sejagat, kerana :
1-Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.
2-Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-2 dibangunkan di muka bumi selepas Masjid al Haram
3-Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-3 suci di sisi Allah selepas Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi
4-Masjid al Aqsa adalah tempat di’Israk’kan Rasulullah, sebelum Baginda di’Mikraj’kan ke langit.
5-Peperangan terakhir di dunia akan berlaku di Baitul Maqdis, tempat terletaknya Masjid al Aqsa sekarang.
Namun, Masjid al Aqsa kini berada di bawah jajahan regim zionis Israel sejak Jun 1967 lagi.
Siapakah bakal Pembebas Masjid Al Aqsa kelak, setelah ia dibuka oleh Umar al Khattab dan kemudiannya Solahuddin al Ayyubi ?
☆ Keindahan Masjid al-Aqsa malam ini, pada hari ke-20 penutupannya. Walaupun Masjid al-Aqsa kosong dari orang beribadah ketika ini, tetapi ia tetap berada dalam hati jutaan Muslim selamanya.
Kredit: Hamza Deraiwi, Pegawai Media Ama