Home / Pendidikan / Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar… Dan Blogger?

Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar… Dan Blogger?

Kali ini saya akan senaraikan beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar. Bagaimanapun rasanya saya juga tergolong di kalangan orang-orang yang sering salah dalam mengeja perkataan-perkataan di bawah. Meskipun pernah menjadi guru bahasa Melayu, saya sendiri tidak terlepas dari membuat silap. Yelah, dah manusia mana ada yang sempurna. Saya sebenarnya lebih mahir dalam bidang lukisan berbanding dengan penulisan…oh…

Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan:ejaan

KESALAHAN…………………………PEMBETULAN
i) *Kebanyakkan……………………… kebanyakan
ii) *berkerjasama…………………….. bekerjasama
iii) *kadang-kala……………………….kadangkala
iv) *penyalah gunaan………………..penyalahgunaan
v) * Disamping itu……………………..Di samping itu
vi) *kerosakkan…………………………kerosakan
vii) *anti-merokok…………………….antimerokok
viii) *serious…………………………….serius
ix) *terguris……………………………..tergores
x) *seringkali …………………………..sering kali
xi) *biadap……………………………….biadab
xii) *television………………………….televisyen
xiii) *penguatkuasa……………………penguat kuasa
xiv) *dairi ……………………………….diari
xv) *barang kali………………………..barangkali
xvi) *mengulangkaji…………………..mengulang kaji
xvii) *menyosalsiasat………………..menyoal siasat
xviii) *bersatu-padu…………………..bersatu padu
xix) *ibu-bapa…………………………..ibu bapa
xx) *pasca kemerdekaan…………….pascakemerdekaan

Inilah antara ejaan yang sering menjadi kesalahan utama dalam penulisan karangan. Selepas ini cubalah buat rujukan dahulu jika tidak pasti cara mengeja perkataan-perkataan di atas dengan betul. Hehehe…
Terima kasih kepada: Minda. Sastera. Bahasa

About wanwma

Check Also

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang. Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd …

No comments

  1. Salam…selalunya bila nak cepat..memang selalu salah eja dan taip…
    .-= Fida menulis diblognya tentang.. Did u know…..? =-.

  2. salam..lama menyepi..
    ibunya msh sakit lgi ke??
    yelah..
    suri pun kekadang slu salah gak..huhu..jika begina kena selalulah baca buku dengan perlahan2 bukan macam keretapi..kiki 😉
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. “Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?” =-.

    • Alhamdulillah suri..ibunya dah semakin sembuh..dah boleh jalan..cuma badannya kurang sihat, tak ada tenaga sangat.

      hehe..betul dah apa yg suri katakan itu..

  3. alamak memang ada salah banyak nie… kalau cikgu BM tengok blog zik nie..mau kena rotan… itu belum lagi yang termixed english.. alamak..
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.

  4. Haha..Alamak selalu buat kesalahan ini walaupun keputusan BM aku akag baik..tQ sbb share benda ni Wan ye.

  5. tq so much. pasti banyak membantu!!!

  6. Maaf, pendapat anda ada yang kurang tepat. Menurut anda, yang benar adalah “di samping” (terpisah). Meurut saya, “disamping” (dirangkai) atau “di samping” (terpisah) sama-sama benar, terngantung kontek penggunaannya. Contoh 1: “Di samping rumah saya ada toko”. Contoh 2 : “Disamping berusaha, anda juga harus berdoa”.
    Pada contoh 1, “di” harus dipisah karena bertindak sebagai awalan. Pada contoh 2, “di” harus dirangkai karena bertindak sebagai kata depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *