Home / Islam / Kesedihan Dan Kegembiraan

Kesedihan Dan Kegembiraan

Apabila baca ayat ini, ia satu teguran Allah kepada diri kita semua. Bila susah putus asa macam dah tak ada harapan lagi. Bila senang gembira beria sampai lupa diri.

وَلَٮِٕنۡ أَذَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنَّا رَحۡمَةً۬ ثُمَّ نَزَعۡنَـٰهَا مِنۡهُ إِنَّهُ ۥ لَيَـُٔوسٌ۬ ڪَفُورٌ۬ (٩)
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (9)

وَلَٮِٕنۡ أَذَقۡنَـٰهُ نَعۡمَآءَ بَعۡدَ ضَرَّآءَ مَسَّتۡهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ ٱلسَّيِّـَٔاتُ عَنِّىٓ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَفَرِحٌ۬ فَخُورٌ (١٠)
Dan demi sesungguhnya! Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan, tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku. Sesungguhnya dia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai). (10)

إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ۬ ڪَبِيرٌ۬ (١١)
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. (11) [Hud : 9-11]

Dalam ayat ini, Allah mengingatkan sikap manusia yang bila ditimpa kesusahan selepas kesenangan. Dia akan berputus asa seolah-olah sudah tiada lagi sinar di masa hadapan untuk dirinya, dan dia lupa terus kepada nikmat-nikmat yang dia dapat sebelum ini seolah-olah selama ini dia tak pernah lihat kebaikan sedikit pun.

Kemudian bila dapat kesenangan selepas kesusahan, dia lupa diri lagi. Berlagak, dan terlalu yakin bahawa tak akan diuji dengan kesusahan lagi.

Yang akan terselamat daripada sifat yang hodoh ini ialah mereka yang bersabar ketika ditimpa musibah, dan melakukan amal soleh ketika dia dalam keadaan senang dan sejahtera.

Mereka ini akan mendapat keampunan di atas kesabaran mereka kepada musibah yang mendatang, dan pahala yang besar di atas amal soleh mereka ketika mereka senang.

Rujuk: Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir, Tafsir al-Quran al-‘Azhim, 4:309.

#MMMR

cnp

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *