Home / Artikel Cahaya Islam / Macam Mana Nak Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami?

Macam Mana Nak Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami?

Kali ini kita akan berbincang bagaimana anda sebagai seorang isteri menghilangkan rasa curiga di dalam hati terhadap suami anda. Soalan ini ditanya oleh seorang pembaca blog ini, InsyaAllah saya akan cuba memberikan pandangan terbaik. Selain itu, saya harap para pembaca blog ini juga memberikan sedikit pandangan dan idea bernas yang boleh sama-sama kita manfaatkan!

Soalannya,

Macam mana hilangkan ragu2 hati ni pada suami…dengan keadaan sekarang ni dan rakan sekerja lelaki yang mempunyai hubungan lain luar rumah buatkan saya rasa curiga pada suami sendiri…

Beginilah soalan yang dikemukan kepada saya, mungkin ia tidak begitu terperinci, tetapi rasanya ia sudah memadai untuk kita faham kerisauan orang yang bertanya..sebelum menjawab saya harap Puan yang bertanya berada dalam keadaan tenang ketika ini..InsyaAllah…

Demi mengetahui lebih lanjut akan perkara ini dari pandangan wanita, saya juga ada kemukakan soalan yang sama kepada rakan-rakan di Facebook. Dan ini adalah antara jawapan yang saya terima:

rasa curiga pada suami

Ya, saya amat setuju dengan pendapat rakan-rakan Facebook saya di atas. Kenapa suami harus dicurigai seandainya benar beliau ada orang lain sekali pun? Itu adalah hak beliau, tiada larangan di sisi undang-undang mahupun di sisi Islam. Kenapa pula perkara yang tidak menjadi sebarang masalah di sisi agama ingin kita khuatiri?

Kasih sayang isteri terhadap suami seharusnya berlandaskan garis panduan dalam ajaran Islam, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Tanamkan kasih sayang utama kepada Allah, dekatkan diri dengan-Nya, InsyaAllah kita akan sentiasa tenang.

Perhatikan betul-betul, kenapakah selama ini banyak berlakunya zina dikalangan mereka-mereka yang sudah berkahwin. Ada juga lelaki yang berkahwin secara diam tanpa pengetahuan isteri pertama. Semua ini mengundang kepada kehancuran rumah tangga kerana sikap para isteri yang cuba menolak hak suami yang telah ditentukan tuhan. Adakah Allah sengaja membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang tanpa sebarang sebab? Mustahil..tentulah ada sebab yang sangat penting.

Atas dasar inilah lelaki yang sudah berkahwin perlu dihukum rejam sampai mati sekiranya melakukan zina! Sanggupkah kita melihat keadaan ini? Mungkin negara kita yang mengamalkan Islam mengikut ‘ideologi barat’ ini tidak menjalankan hukum rejam, tetapi begitu besarnya dosa yang ditanggung oleh si suami hanya tuhan yang tahu.

Lihat, di manakah sebenarnya kasih sayang kita? Adakah kasih sayang itu kerana Allah? Kerana curiga, bimbang dan khuatir perkara-perkara seumpama itu berlaku kepada suami atau kita sekadar khuatir suami ‘ada orang lain’?. Bukan maksud saya untuk menggalakkan para suami untuk berpoligami, saya cuma mahu perbetulkan  fahaman minda yang salah terhadap sikap wanita tentang poligami.

Kerana saya ini lelaki mungkin agak berat sebelah apabila saya mengemukakan pendapat, tetapi keterangan yang jelas telah dinyatakan oleh para isteri dalam contoh yang saya berikan di atas. Perhatikan kenyataan-kenyataan yang saya gariskan dengan warna merah itu. Bagi saya mereka benar-benar insan hebat yang mendambakan cinta Allah (kalau lelaki yang baik dapat isteri macam ni nak cari lain lagi ker?).

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah manusia jika timbul perasaan cemburu dalam keadaan ini. Usahkan kita, Siti Aisyah juga sering cemburukan Rasulullah apabila Rasulullah bersama dengan isterinya yang lain. Kadang-kadang tergambar wajah marahnya di depan Rasulullah. Namun ia tidak dilanjutkan sehingga membenci, kecewa, curiga dan sebagainya.

Itu kisah Rasulullah, apatah lagi lelaki-lelaki lemah yang hidup di zaman kemudaratan akidah ini? Suami-suami sekarang perlukan isteri yang tabah, sering bersabar dengan sikap suami, pandai menjaga hati, sering berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga, selalu menasihati suami ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Bukan menghabiskan masa memikirkan perkara bukan-bukan sehingga membuat suami menjadi rimas.

Mungkin saat ini perasaan curiga itu membuatkan kita mengalami kesulitan dalam pelbagai hal. Sentiasa ingin mengetahui keadaan suami, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia berkawan, adakah suami setia dan sebagainya. Usah khuatir, serahkannya kepada tuhan yang lebih mengetahui. Teruskan tanggungjawab kita seperti biasa dan layan suami dengan mesra. Kesulitan yang dialami itu biarkan ia berlalu dengan membaca doa-doa di bawah:

Doa orang yang mengalami kesulitan:
Doa ketika kesulitanMaksudnya: “ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya”
Doa ketika marah:
Doa ketika marahMaksudnya: “aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk”
Doa memohon kesabaran:
Doa untuk sabarMaksudnya: “ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari”

Sekian saja ulasan saya. Mohon maaf atas segala kekurangan dan keterlanjuran kata dalam penggunaan bahasa. Saya juga insan lemah yang penuh dengan kekurangan. Doa saya semoga keterangan ringkas ini dapat memberikan sedikit sinar kepada anda supaya lebih tenang. InsyaAllah…

i-hate-you-but-not-really

Doa dipetik dari blog: Warkah – Warkah Cinta

????? ?????? ?? ???????? ???????. ????? ???????? ?????? ??????? ????? ?????? ????????? ??? ?????????? ?????????

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

40 comments

  1. Salam…

    Maaf…. bagi aku tak menjadi satu kesalahan utk mencurigai suami (aku lelaki tau).. Rasa curiga itu pada dasarnya timbul kerana adanya rasa sayang. Kalau kita tiada rasa sayang tak akan timbul rasa curiga ke, rasa cemburu ke atau lain-lain rasa.

    Curiga itu sendiri cuma akan menguasai diri kita bilamana kita gemar bersendirian, memikirkan dan membayangkan sesuatu yg kurang enak + dgr cerita ceriti dari sekeliling.

    Oleh itu.. jgn bersusah hati.. Berdoalah dan mintalah kebaikan dr Allah agar suami tidak akan melakukan sebagaimana yg dibayangkan itu.

    Ingat..!!! seorang isteri yang kerap membayangkan yang tidak baik terhadap suami boleh menjadi satu doa tanpa disedarinya.. dan Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sukai atau dengan sesuatu yang sangat kita benci…

    wallahuaklam..
    .-= zoul menulis diblognya tentang.. Pantang Waktu Berkhatan =-.

    • Hehehe..betul saya setuju! Curiga tu sebenarnya bagus juga, tapi jangan sampai ia mengganggu fikiran sendiri! Curiga kerana sayang itu bagus, cuma biarlah sayang itu kerana Allah..

  2. Tip yg berguna…coz perkerjaan hubby fida berkaitan dgn dunia artis….tau2 aje la perangai artis nie kan…(tak semua la) boleh dijadikan panduan….
    .-= Fida menulis diblognya tentang.. Janji Lelaki Yang Telah Beristeri =-.

  3. ada org cakap kalau nak percayakan suami, simpan setakat 90% jer. lagi 10% lagi simpan utk diri sendiri dan tulah yg guna mencurigai tu…. 😀
    .-= etomyam menulis diblognya tentang.. Terkini Senarai Individu Terkaya Di Dunia 2010 =-.

  4. salam ceria..
    terima ksh sb sudi msuk blog suri..jika tak alamat sunyilah gamaknyer…
    huhu..satu sesi ceramah yang panjang sekali..hehe..

    ingatlah semua itu bisikan dari syaitan yg durjana..banyak2kanlah kekutan agama dlm diri Insyaalh pasti kita akan menemui ketenangan disana..

    satu input yang baik..
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) =-.

    • Sama2 Suri..mustahil saya tidak sudi singgah ke blog Suri yang merupakan tetamu tetap saya. Lagipun blog Suri punyai nilai pembangunan modal insan yang tinggi..tidak seperti blog kosong yang berbicara luahan semata-mata..

  5. Kepercayaan sangat penting. Jika tidak dunia rumahtangga akan hilang seri wajahnya. lelaki punya hak yang telah ditentukan menurut Islam. Hanya mahu atau tidak sahaja untuk melaksanakannya. Indah yakin, jika cinta sudah bertaut erat, pengorbanan pasti perlu dilakukan walau ada hati terluka. Namun pasrah lebih memaknai cinta yang dihambat kepada cinta Allah swt. Tulisan dan idea yang mantap. Tahniah.
    .-= IndahKasihku menulis diblognya tentang.. BUNGA KASIH SAYANG =-.

    • Betul sekali kenyataan itu..kadang2 kejujuran wanita benar-benar boleh meruntuhkan hati lelaki..manakan tidak, meskipun pelbagai nikmat dimiliki Nabi Adam di syurga, namun baginda tetap rindukan Siti Hawa..

      Terima kasih..

  6. curiga adalah perasaan yg agak negatif dan salah satu drpd bisikan syaitan…kena sentiasa beringat dan bila perasaan itu dtg..cpt2 beristighfar…

    btw sy nak tanya…doa kat atas tu blh tak dibaca pd org yg lemah semangat or dlm trauma? thanx…

    • Doa-doa itu boleh dibaca kepada mereka, tiada sebarang masalah, namun adalah lebih baik ditambah dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

  7. Salam semua..
    InsyaAllah.. akur pada tuntutan agama, dan mredhai sekiranya itu lah suratan yg ditakdirkan..

    Benarkan dan redhakan lah si suami mencari kebahagiaannya, sekiranya sudah rasa tidak bahagia bersama!.. ditakuti berlaku ‘pertengkaran’ dlm rtangga dan adalah tdk elok unt pembesaran anak2. Pada kebanyakan isteri, perkahwinan dan kebahagian yg dikecapi selama bersama, hingga menghasilkan anak2.. adalah kebahagiaan yang tidak terhingga, dan nikmat nya hidup berumahtangga.. dan harapan isteri, berdoa agar kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat nyerrr..

    Namun.. sbg isteri, ‘curiga’ adalah perkara biasa, cuma dilayan atau sebaliknya.. tp, ‘instinct’ isteri adalah lebih tepat dari curiga yg tiada kepastian! Bila ternyata kebenarannya.. dgn erti kata ter’kantoi’ pasti, bersilat menepis laksana Hang Tuah, Hang Jebat.. dan segala Hanggg lah yg akan tkuar! hehehe.. upsss.. maaf ya!

    Ternyata, dugaan pasti diberi Tuhan!..

    Apa pun yg blaku, pasti ada hikmahnya… sbg manusia kekadang kt terlupa, kt terleka.. ‘take things for granted’! Kt mengambil remeh pd benda2, mungkin krn rutin harian, dgn kerja, dgn anak2.. hinggakan kt tlupa bhw pasangan kt juga memerlukan ruang unt bsama, bermanja, sehingga kt tlupa bagaimana nak bercinta, spt kt mula2 bercinta dulu… Hakikatnya, cubalah, PERBAIKI MASJID YG TELAH DIBENA.. dari MEROBOHKAN! atau DIBINA LAGI MASJID BARU! Melainkan Masjid yg lama terbena, sudah tiada lagi penghuni, pengikut atau jemaah nya..

    Memaafkan satu sama lain krn Allah, demi kebaikan dan keharmonian hidup berumahtangga, berkeluarga, dengan ikatan kasih dan sayang.. wujudkan lah ‘cinta’ versi baru bersama pasangan, mungkin adalah jalan terbaik! InsyaAllah..

    Maafkan saya, sekiranya saya tersilap!
    .-= suhana menulis diblognya tentang.. CUTI SEKOLAH.. GULAI KAWAH! =-.

  8. Seseorang isteri pasti curiga apabila kawan suami atau orang yang berada disekelilingnya mempunyai sikap tidak elok seperti main kayu 3 atau sebagainya.

    Oleh itu perasaan curiga itu bagus juga sebagai langkah berjaga-jaga si isteri supaya suaminya tidak melakukan perkara luar dugaan.

    Sekadar pendapat insan lemah…
    .-= Mantra menulis diblognya tentang.. Lubuk Duit Blogging 2010 untuk semua! =-.

    • Pendapat mantra ada benarnya…cuma kita harapkan para isteri jangan terlalu kuat curiga kerana ia mengundang syaitan merajai hati..

  9. salam..percayailah sedit kpdnay tapi jgn keseluruhannya..hehhe
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

  10. Salam…

    Pengorbanan, kesetiaan dan kepercayaan seorang isteri itu hancur dek kerana sikap suami yg cuba berlaku curang, lantaran itu si isteri mula mencurigai si suami..
    .-= Kak Nor menulis diblognya tentang.. MENGENAL PERIBADI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN =-.

    • W’salam…

      Terima kasih kak..ya, kadang2 sikap suami sendiri yang menyebabkan isteri mula curiga. Suami yang dianggap sebagai ketua keluarga, pemimpin, tempat untuk bergantung dan orang yang amat dihargai seharusnya memainkan peranan yang baik dalam mengharmonikan rumah tangga.

      • bgini sy selalu mencurga suami sy,dia p mana saja mesti timbul perasan curiga 2..mcm2 timul dalam fikiran sy..so sekarang mcm mana nak berubah ne??

        • salam wak sama lah kita jangan terlalu percaya kan suami sangat nanti nik minyak pula diorang2 kita berserah pada allah biar dia yang menentukan semua ya.

        • memg betul,suami ni susah nak dpercya klu sudah pernah melakukan kecurangan.sakit hati ini susah untuk dbuang.slalu terkenang akan kecurangan yg dlakukannya.kdg2 lelaki ini waktu kerja pun tak boleh dpercya kerana terikut2 perangai teman sekerja.susah hati bila memikirkan,,

      • salam sya nk tnya wak knapa lelaki tk cukup dengan 1 walau pun mendapat layanan yang terbaik dari isteri.

        • mungkin suami tidak pernah rasa puas untuk memiliki seorg isteri.didalam kehidupan ini lelaki selalu merasa yg haram itu seronok berbanding dgn yg halal.lelaki tidak pernah merasa besyukur diatas pemberian tuhan..semoga tuhan akan memberi jln yg terbaik utk hambanya.hati ini slalu rasa sakit diduakan oleh suaminya.knapa lelaki tidak pernah terpikir seandainya si isteri pula yg menduakan suami?

  11. salam, bagaimana pula seorang suami asyik suka melihat wanita lain dan memuji wanita lain sebalik nya 2 yang menbuat isteri curiga sangat2.

  12. bagaimana pulak jika seorang perempuan pernah menghubungi c isteri dan mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan dgn c suami. Setelah d tanya c suami tidak mengakui mempunyai hubungan istemewa dgn perempuan tersebut tapi mengakui kesillapan kerana berkenalan dgn perempuan itu.bagaimanapun c suami menolak dgn sekeras2nya tuduhan bahawa dia pernah melakukan perkara yang tidak elok dgn perempuan tersebut.dapatkah dpercayai pengakuan itu memandangkan csuami menolaknya dgn bersungguh2 bahkan sehingga mengeluarkan airmata. Csuami menerangkan bahawa kesilapannya berkenalan dgn perempuan itu tetapi tidak tahu bahawa perempuan itu terlalu obses setelah dia sendiri menerangkan bahawa dia lebih sayangkan keluarga.bertitik dari situlah c perempuan rasa sakit hati dan beberapa kali menghubungi c isteri dgn berbagai cerita.bagaimanapun dari cerita cperempuan tersebut setelah dfikir2 berulangkali ada kekurangannya kerana c perpuan tersebut bahkan tidak terlalu tau pekerjaan, no kereta bahkan nohp suami saya yg terbaru.bahkan sanggup bertanya sendiri dari c isteri.bagaimanakah pendapat dan komen dari yg lebih berpengalaman adakah benar suami dfitnah atau sebaliknya.saya isteri yang maseh curiga.suamii maseh seperti dulu tetap masih menyayangi saya..

  13. please reply saya perlukan nasihat dan pandangan anda saya sudahpun berdoa,berzikir dan menyerahkannya pada allah bahkan saya juga mendoakan agar perempuan tersebut diberikan taufiq dan hidayah.namun terkadang hati ini tetap didatangi ketidak tenteraman. Jika perkara itu berlaku timbul pertengkaran. Sekarang suami banyak mendekatkan diri kepada allah.dulu sembahyang kadang2 buat kadang tak buat tapi alhamdulilah sekarang beliau rajin melakukan ibadah.akan tetapi setiap kali kenangan itu muncul setiap kali saya tak dpt tidur sehingga ke subuh hari.saya khuatir perkara ini boleh menjejaskan kesihatan.saya ada bincangkan perkara ini dgn suami saya beliau hanya nasihatkan saya untuk banyak2 berzikir dan melupakan peristiwa itu dan beliau juga menerangkan bahawa tiada ada apa2 yg terjadi antara mereka.namun hati ini tetap saja tidak dpt menerima.untuk pengetahuan saya bercinta dgn suami saya sejak d tingkatan 5 lagi sekarang sudah 17 tahun lebih kami berkahwin.maka dari itu saya tidak dpt menerima kenyataan bahawa ada perempuan lain selain saya.untuk pengetahuan saya wanita yg bekerjaya dan bukan suri rumah sepenuh masa. Namun saya maseh tahu batas2 pergaulan seorang isteri.

    • Usah biarkan diri dibelenggu hasutan syaitan, firman Allah:

      Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” [Surah al-Hujurat, ayat 12]

      Saya faham saudari tertekan dengan sikap wanita yang sering mengganggu dan menceritakan hal yang buruk itu. Apatah lagi apabila mendapat pengakuan dari suami. Namun fikirkan balik, apakah faedahnya berdendam dengan perkara yang belum pasti dan benci kepada manusia (suami) yang telah bertaubat? Firman Allah lagi:

      Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

      Katakan kepada diri bahawa hal itu adalah bohong semata-mata dan usah hiraukannya jika ia benar sekalipun! Kita hidup untuk masa sekarang dan juga masa hadapan. Bukan untuk masa yang lepas. Yang lepas itu sejarah, biarkan ia berlalu. Apa yang penting ialah berubah ke arah kebaikan.

      Hati saudari akan resah gelisah kerana sering berfikiran buruk. Ini hanya akan mengundang kegembiraan syaitan. Hakikat sebenarnya apa yang saudari alami ini bukanlah perkara yang terlalu serius. Bersyukurlah dikurniakan suami yang baik meskipun beliau pernah melakukan kesilapan.

      Ramai yang bertanya soalan kepada saya dan menceritakan tentang hal suami mereka. Ada suami yang tidak pernah memberi nafkah zahir sejak mereka berkahwin, ada suami yang tidak menunaikan solat, berzina dengan perempuan lain, bawa perempuan masuk rumah, pukul isteri sehingga terpaksa melahirkan anak dalam keadaan yang menderita kesakitan dan macam-macam lagi. Ada juga si isteri yang pernah berkahwin berkali-kali tetapi sering diuji oleh Allah dengan suami yang semuanya teruk.

      Apakah kita masih tidak bersyukur dengan suami kita yang mungkin ada sedikit kekurangan? Mungkinkah kita terlalu sombong dengan nikmat Allah? Atau kita terlalu bermain dengan sangkaan buruk…rasa diri dipermainkan, rasa suami tidak boleh dipercayai dan seumpamanya?

      Nasihat saya, bersyukurlah dan InsyaAllah fikiran akan kembali menjadi tenang…

  14. Usah biarkan diri dibelenggu hasutan syaitan, firman Allah:

    Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” [Surah al-Hujurat, ayat 12]

    Saya faham saudari tertekan dengan sikap wanita yang sering mengganggu dan menceritakan hal yang buruk itu. Apatah lagi apabila mendapat pengakuan dari suami. Namun fikirkan balik, apakah faedahnya berdendam dengan perkara yang belum pasti dan benci kepada manusia (suami) yang telah bertaubat? Firman Allah lagi:

    Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

    Katakan kepada diri bahawa hal itu adalah bohong semata-mata dan usah hiraukannya jika ia benar sekalipun! Kita hidup untuk masa sekarang dan juga masa hadapan. Bukan untuk masa yang lepas. Yang lepas itu sejarah, biarkan ia berlalu. Apa yang penting ialah berubah ke arah kebaikan.

    Hati saudari akan resah gelisah sentiasa kerana sering berfikiran buruk. Ini hanya akan mengundang kegembiraan syaitan. Hakikat sebenarnya apa yang saurati alami ini bukanlah perkara yang terlalu serius. Bersyukurlah dikurniakan suami yang baik meskipun beliau pernah melakukan kesilapan.

    Ramai yang bertanya soalan kepada saya dan menceritakan tentang hal suami mereka. Ada suami yang tidak pernah memberi nafkah zahir sejak mereka berkahwin, ada suami yang tidak menunaikan solat, berzina dengan perempuan lain, bawa perempuan masuk rumah, pukul isteri sehingga terpaksa melahirkan anak dalam keadaan yang menderita kesakitan dan macam-macam lagi. Ada juga si isteri yang pernah berkahwin berkali-kali tetapi sering diuji oleh Allah dengan suami yang semuanya teruk.

    Apakah kita masih tidak bersyukur dengan suami kita yang mungkin ada sedikit kekurangan? Mungkinkah kita terlalu sombong dengan nikmat Allah? Atau kita terlalu bermain dengan sangkaan buruk…rasa diri dipermainkan, rasa suami tidak boleh dipercayai dan seumpamanya?

    Nasihat saya, bersyukurlah dan InsyaAllah fikiran akan kembali menjadi tenang…

  15. Terima kasih atas komen balas serta nasihat dari saudara Wanwma. Semua yg diperkatakan ada kebenarannya.cuma terkadang hati ini lebih rela menafikannya atas rasa dendam dan sakit hati serta mungkin juga trauma untuk mempercayai sesiapa pun.
    thank q for making my day brighter than usual. semoga Allah memberkati kita semua dalam menuju kebahagian dunia dan akhirat.Amin……

  16. semasa bercinta.. dia pernah curang.. dengan kenalan kami.. pernah lakukan perkara terkutuk.. saya maafkan dan terima semula.. semasa bertunang sekali lagi dia curang.. dengan opismate… saya tidak tahu sehinggalah setelah berkahwin saya tergerak hati untuk baca msg dia… ada juga msg semasa kami telah berkahwin dan dia mengaku semua itu berlaku sebelum kawin dan berjanji telah berubah saat akad nikah kami… dan berjanji untuk memikul tanggungjawap sebagai suami…
    sekali lagi saya beri peluang… saya cuba buat macam biasa.. saya layan macam biasa… tapi saya selalu terfikir apa yang dia telah lakukan… buat saya sangat sedih… tapi saya tak tunjuk kesedihan pada dia… saya selalu curiga pada dia.. adakah saya bersalah sebab mencurigai suami sendiri…? apa patut saya buat..? susah nak lupakan apa yang dia pernah buat… tak kan foverer saya nk buat macam xda apa2..

    • yup samala ngn saya Pn Misya……”saya selalu curiga pada dia.. adakah saya bersalah sebab mencurigai suami sendiri…? apa patut saya buat..? susah nak lupakan apa yang dia pernah buat… tak kan foverer saya nk buat macam xda apa2..”

  17. alhamdulillah ALLAH telah mengurniakan deria ke 6 yang tepat…setiap kali merasakan org yg kita sayang menduakan kita…slalunya ketidakjujuran@curang itu akan diselangi dgn bukti2.
    sebelum ini saya seorg isteri yg sanggup berkorban apa sahaja unt suami dan mempercayainya 100pratus…ttpi selepas peristiwa itu, kepercyaan terhdpnya bkn lagi 100pratus tp ZERO…w,bagaimanapun saya ttp layan suami spt biasa. kerana peristiwa itu saya trauma bla suami jauh dr pandangan mata.
    semua ini bermula dengan FACEBOOK….
    saya seorg isteri y xpenah kokong suami unt berkwan ngn siapa sahaja tp kena tahu batas sbg suami.

  18. suami y macam ni memang biar cantik isteri bak Rozita Che Wan pun belum tentu dihargai @ bersyukur. pada dasarnya lelaki memang xpernah cukup dengan 1. pernah jugak terdengar isteri dia simpan kat umah, kat luar menggatal dengan wanita lain sbb saje2 menggatal. kalu dah dari sebelum berkahwin tabiat suka melayan perempuan ni sebenarnya memang susah nk berubah. jangan diharap sangat melainkan dengan Petunjuk Allah. Kepada para isteri yang dapat suami jenis ini, cubalah tengok diri anda dulu, bagaimana layanan anda pada suami.. apa y xcukup cuba cukupkan mengikut kehendak suami. walaupun dia kecewakan kita berkali2 cubalah berbuat baik dengan nawaitu Lillah. Jangan layan emosi kita y memang suka curiga tu sebab nnt kita akan makan hati. Suami kita xde apa2 kita plak yang sakit. nnt mulalah jd alasan dia nk tinggalkan kita. Kalau sebelum ni kita concern sangat pasal dia call sape, keluar dengan sape, sms dengan sape, xkiralah baik siang @ malam.. walaupun ‘insticnt’ kata kita yang betul. Masa tu bacalah doa & tawakallah pada Allah Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui, mintalah dengan Allah supaya Terbuka pintu hati suami kita untuk berubah, dijauhkan orang ke3 menganggu rumahtgga kita and doakan jodoh kita dipanjangkan dunia akhirat. Sambil2 tu pergilah berubat di Rawatan Islam untuk kebagahaiaan rumah tangga. Solat & Doa jangan putus2. InsyaAllah, ada jalan penyelesaiaannya. Semoga Allah membuka hati suami kita. Wallau’alam

  19. Bagi sy..cara yg terbaik kalu kite curigakan suami terus p siasat..contoh kalu terasa curiga die dgn opismate..sesekali p la kt opis die..tp jgn p menyerang.buatla anta makanan ke..bil letrik ke..ape2 je..supaya opismate tau die da berbini n die pn takut nk wt mende lain bile org sekeliling da tau die berbini.Kalau curiga die keluar mlm..skali sekala ikut la die keluar..xsalah jumpe kwn2 die kn?tp jgn terlalu obvious kite ni ngah siasat..ade sesetengah lelaki suke perempuan die..ape lg kalu p majlis..tp biase bini xnk p sbb alasan ank xpn bz..so bile bosan ditengah org ramai mule la mate melilau ke lain..xyah cite lelaki..perempuan pn cmtu gak..bile outstation pn skali skala ikut la.bukan nk mengongkong..sekadar menjaga pandangan mata suami..xsalahkan?
    maafkan sy kalau pendapat ni xrelevan sbb sy xkawin lg..so xtau keadaan sebenar alam perkahwinan..sekadar memikirkan jalan jika itu yg terjadi pada sy jika berkahwin nnt..=)

  20. Assalamualaikum
    Sy nk berkongsikn perasaan dan pendapt disini,
    Dlu sy ibu tunggal kepada 2 org ank selama 8 tahun
    dan sy xterasa utk berkahwin semula sehinggalah keluarga meminta sy menerima lamaran seorang duda beranak 1 (iaitu suami sy skrg). Selama setahun suami sy menunggu sy utk berkahwin dan berusaha dlm pelbagai cara. Jujur sy katakan sy kawin semula kerana keluarga dan ada juga sedikit rasa ingin menumpang kasih pd suami.
    Persoalnnya apabila kt tidak berkahwin atas dasar cinta dan tidak kenal lama ia begitu sukar kerana sy kurang mempercayai suami mungkin kerana perwatakannya… Mudah menarik perhatian org lain dan respon suami membuatkn sy kurang selesa…
    Jauh disudut hati sy sedar sy tidak ikhlas menerima org ln dlm hati sy selain anak2 … Tambahan pula sy xnk ambil risiko utk sakitkn hati sendiri sb tu sy xnk bersuami …. Bantu lah sy merawat hati…. Kekadang kesian jugak suami kekadang perasaan syaitan dtf jugak kononya sy diperbodohkan…

  21. Assalamualaikum…
    Bagaimana caranya utk mengatasi mslh suami yg minat berkawan dengan perempuan bukan muhrim..sblm zaman ada fb dulu….penuh je no telepon perempuan…dlm hp…bila dh wujud fb bnyk plk akaun…dlm setiap akaun fb malu nak letak gmbr ank dan isteri…bila ditegur cara baik,katanya untuk suka2…kalau saya mmg kaki pompuan…dah lama saya abaikan awk semua…saya kuatkan hati..cuba perbaiki kekurangan diri…berdoa…demi anak2sb saya x mau ank2 kehilangan ayah..dh bbrp kali terkantoi…sgp menipu…dlm hp tulis sofia (kerani gaji)bilacheck fb..gmbr pompuan sexy gebu yg bknlah kerja kerani….memuji2 kecantikan wanita lain…bertanya khabar..semua yg dibicarakan berbaur kearah benda2 x berfaedah….bila disoal siasat…dengan egonya dia berkata…kwn je..bkn pernah jumpa…awk ni makin tua makin kuat cemburu…bila ditanya knp perlu berkawan dgn pompuan bkn muhrim…jwpn nye…awk tu kolot sgt…bkwn dlm fb bkn blh jumpa pon…b’kwn dgn lelaki krg mkn dadah plk….klu mcm ni lah cemburu sgt…awk blk duk kpg…duk jauh2 senang…saya gagahkan diri lg…utk memaafkan nya dan mendiamkan diri utk bbrp ketika sehinggalah dia sendiri yg memulakan bicara…dgn hrpn dia akn berubah…akn tetapi…kaum adam jenis ni mmg payah berubah…bila timbul trend wechat & whatsapp…ada lg koleksi pompuan terkini yg diistilahnya kwn je….salah sorg dipanggil kakak angkat…dan saya dipaksa utk b’kenalan dgn kakak angkat tu(isteri org) hbgn tu diketahui oleh suami wanita tu…tp bila nmpk mcm kerap je suami saya ajakkamimengunjungi pompuan tu…si suami nye pun dh nmpk mcm lain….saya ingatkan suami…awak b’kwn lah dgn bini2 org…suatu hari nantiklu kena ketuk dgn laki org ,baru pdn muka…ngaku bujang dpn pompuan lain..
    jd bujang sungguh nanti baru awk rasa bersyukur…dia cuma diam…dan x pernah sekali pun minta maaf…saya cuba penuhi segala keinginannya…cuma saya x mampu lah nak jd cantik gebu umpama bintang bollywood kegemaranya…klu ikutkan hati..bila dah diperlekehkan mcm ni…dia dh bg green light suruh berambus…lama dh cabut…tp mengenangkan ank2 yg ber bin & binti kan dia…dan juga wang ringgit ku yg tlh digunakan utk membantunya menguruskan hal rumahtangga…aku tetap nak bertahan…hanya Tuhan tmpt ku mengadu…nk mengadu dgn mak sendiri…mmg tak lah…sb mengadu dgn nya hanya menambah mslh…sb mak mmg x suka suami sb gaji dia kecik dr gaji saya….walau jahat mcm mana pun suami…msh ada sekelumit rasa bersyukur lg..sb dia mmg rajin menolong saya di dapur bila saya keluar bekerja…cuma…bila abis buat keje r
    mh…dia pun mulalah berwhatsap…
    dan meneruskan hobi berkawan…cuma skrg…hp tu akn di off bila tido…nk msk tandas pun bwk hp…lock hp utk di elak drpd kena check…bila b’ckp pasal benda ni…terus je terbalikkan situasi…klu awk x percayakan saya…awk pegilah kawin lain…klu saya sebab beban awk bertambah…pg lah cari yg lain…atau awk ni mmg dah ada yg lain..senang je teknik helah bela diri dia..sampai saat ni alhamdullilah…masih blh bersabar lg…dan berdoa agar dia tersedar….azam saya..saya nak bina keluarga bahgia dan lengkap tanpa ada kehilagan salah sorg pun..hanya maut yg blh memisahkan kami…mohon pendapat rakan2 sekalian…wajarkah tindakan saya ni…

    • sedih bila membaca luahan2 kawan2 yg bergelar isteri dalam ni, ramainyer yg terluka dan terseksa dek perbuatan suami yang tak sudah2 mengejar duniawi. Kenapa para suami tidak mampu setia ? kerana islam membenarkan mereka boleh berkawin lbh dari satu? atau keinginan yang tiada batasan lelaki ? Maaflah saya katakan, suami yang kerap melakukan perbuatan ini biasanya suami yang tidak cukup ilmu didada, berpendidikan rendah…kurang mendalami agama, masih merasa diri mereka muda walapun umur dah nk cecah 50. Apa yang dicari dengan perempuan2 muda diluar sana? hanya sekadar mengisi masa lapang…? adakah masa lapang itu hanya perlu diisi dengan beibadat kepada Allah swt. Masalah tidak puas dibilik tidur? kenapa tak bawa berbincang ? ada yang pasangan yang tip top diranjang, tapi suami masih mencari nafsu luar lagi.? ape tu? saya mmg tidak paham dengan lelaki yg bergelar suami. Saya faham, tak semua lelaki ada sifat sebegini, tapi kebanyakkan suami zaman skrg ni lebih banyak buang masa melayan gejet, fb, wasap, etc…semata2 nk melayan wanita2 mude yang cantik2 (hakikatnya tak cantik mana pun) …memuji2 dengan kata2 pujangga. ada pula yang tersangkut dengan kata2 tu membawa kepada hubugn yang lebih akrab dengan ajak berjumpa. Siapa yang cari punca permasalahan ini? Ada wanita diluar sana pula, mencari suami org untuk meluahkan permasalahan rumahtngga , akhirnya lahir bibit2 cinta hubungan terlarang ini…siapa yang bersalah?…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *