Alhamdulillah..kali ini saya menerima soalan dari seorang pembaca blog ini dan dapat memberikan maklum balas dengan segera. Terima kasih kepada yang bertanya. Kita teruskan dengan soalannya:
Ustaz…
Saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan puasa sunat.
1. Kawan kat office buat jamuan makan, mereka ajak makan, saya pulak puasa sunat zulhijjah, saya memang niat sangat nak puasa sunat zulhijjah sebab tak pernah berpuasa sunat zulhijjah sebelum ni. Jadi masa jamuan tu…saya pegi jugak sekadar menjengukkan muka, tapi tidak berbuka puasa. BOERDOSAKAH SAYA KERANA TIDAK BERBUKA PUASA, ?2. Wajibkah saya berbuka puasa sunat bila kawan ajak pegi sarapan?
3. Masa hari raya kita berpuasa sunat syawal, sepanjang syawal tu jadual penuh dengan undangan ke jamuan raya hingga akhir syawal, perlu ke kita pergi ke semua undangan tersebut sedangkan kita nak berpuasa sunat syawal. Pernah raya ke 3 ikut bapa mertua ke rumah besannya, tapi saya berpuasa sunat syawal. Tuan rumah menyuruh makan, saya katakan saya berpuasa. Berdosakah saya tidak berbuka ketika itu?
Bagi saya, kalau kawan berpuasa sunat saya sangat gembira kerana mereka melakukannya kerana Allah, dan saya tidak akan paksa kawan berbuka puasa walaupun ketika saya buat jamuan makan, sebaliknya kalau saya menganjurkan jamuan makan di office, mereka yang berpuasa sunat, kita bekalkan makanan jamuan itu untuk mereka bawa pulang buat berbuka. Setahu saya kalau dijemput ke kenduri kahwin misalnya perlulah kita berbuka puasa sunat tersebut.Mohon ustaz perjelaskan masalah ini.
Terima kasih
Sebagai menjawap persoalan ini, kita baca keterangan ini terlebih dahulu:
Sesetengah individu merasakan, untuk mengqada puasa Ramadan apatah lagi untuk berpuasa sunat enam pada bulan Syawal, dia bakal menghadapi beberapa rintangan. Sebabnya, seperti yang kita semua maklumi, pada musim hari raya aidilfitri, amalan berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Di samping itu ‘open house’ ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan pada hari raya. Kadang-kadang, sebagai tetamu, sesetengah undangan ‘open house’ ini sukar untuk ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang berpuasa itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya mampu dibuatnya pada siang hari.
Namun perlu juga diingat bahawa berpuasa itu bukanlah sebagai penghalang untuk tidak menghadiri jemputan. Ibnu Umar r.a. misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Begitu juga hal sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan alasan untuk tidak berpuasa. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi.
Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Akan tetapi jika puasa yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi tetamu itu adalah puasa sunat, maka dalam keadaan tertentu dia diberikan pilihan, sama ada untuk meneruskan puasanya ataupun disunatkan baginya berbuka dan tidak meneruskan puasa sunat tersebut. Keadaannya adalah seperti berikut:
Keadaan yang pertama: Sekiranya tuan rumah yang menjemputnya itu berasa tersinggung jika tetamu tersebut tidak memakan makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini dibolehkan, bahkan afdal bagi tetamu yang berpuasa sunat tadi untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulama ialah untuk menjaga hati tuan rumah. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk khusus, seperti tuan rumah hanya menjemput tetamu yang tertentu atau dia mempunyai hajat tertentu ketika mengundang tetamu-tetamu tadi.
Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini adalah satu riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan. Sabda baginda:
“Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya, “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Keadaan yang kedua: Sekiranya tuan rumah itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika tetamunya itu meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdal dan lebih utama bagi tetamu itu untuk meneruskan sahaja puasa sunat tersebut. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk umum. Akan tetapi hukumnya berbeza jika puasa yang dikerjakan oleh seseorang itu merupakan puasa fardu, misalnya puasa qada Ramadan atau puasa nazar, maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas.
Dari keterangan ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa:
Tidak salah dan tidak berdosa walaupun anda tidak berbuka puasa sebagaimana dalam keadaan yang dinyatakan di atas. Perhatikanlah keutamaan sebagaimana yang telah diperhalusi oleh Rasulullah. Sekiranya jamuan itu adalah jemputan khas di mana sahabat itu sudah bersusah payah menyiapkan hidangan kepada anda, berbukalah kerana ia lebih afdal. Tidak perlu memberi tahu sahabat itu bahawa anda berpuasa kerana ini akan membuatkan beliau rasa serba salah. Namun jika sebaliknya, teruskanlah puasa itu. Ia tidak menjadi sebarang masalah.
Kesimpulan ini telah merangkumi ketiga-tiga soalan di atas. Di harap kepada mereka yang bertanya, anda telah menemui jawapannya di sini.InsyaAllah..
Sekian saja
Terima kasih..
Sumber rujukan: MalaysiaHarmoni
Dapat ilmu dan manafaat dari entry ni…alhamdulillah
.-= etomyam menulis diblognya tentang.. 10 Soalan Mengenai Siapa Diri Kita Sebenarnya? =-.
Bagus la..terima kasih banyak2 bro..
sykur..disini pun ada azimat ilmu yang tidak ternilai indahnya..
.-= Suri menulis diblognya tentang.. wooho..syoknya cuti bersalin selama 84 hari =-.
Syukurlah jika dapat menyampaikan ilmu berrmanfaat..semoga tuhan merahmati ilmu ini..terima kasih Suri
sesungguhnya setiap yang bernyawa itu perlulah kita hargai..jagainya dgn sbaik mugkin krna sesungguhnya ciptaan Allah itu amat tinggi nilainya..
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) =-.
Salam… terima kasih
Rasanya aku dah faham sekarang…
.-= zoul menulis diblognya tentang.. Followers Blog Aku Naik Angin =-.
Sama-sama..
Baguslah kalau macam tu!
Erm.. betul2.. kena tengok keadaan jugak…. tapi kalau zik, tengah puasa sunat… kalau diajak makan… layankan je.. aduss… tapi kalau bulan ramadhan tak boleh la…
.-= zik menulis diblognya tentang.. Industri Animation di Negara kita =-.
Hehehe..hampir sama saja dengan saya! Tgk makanan mmg tak leh tahan!
nak makan.tapi tak der slera laa.demam ni.btuk lagi..huhuh..
Aduh..kesian pulak kawan Wan yang sorang ni…hehehe..Wan nak makan jugak ni tapi tak ada makanan..laparnya..
ayue suke la blog ni… hehehe
entry ni bagos… hehehe.
teruskan ye…
Terima kasih ayue..dengan sokongan ayue, saya akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik!
setiap entri yg dikongsikan dlm blog ni semua bermanfaat..banyak perkongsian dan pengajaran yg boleh kite ambil..
bab puasa sunat ni, mmg mudah tergugat klu di ajak mkn..isk3..kn kuat ni..hehe
.-= azizan4444 menulis diblognya tentang.. Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta? =-.
Tambah lagi ilmu hari ini 🙂
.-= Anjung Web menulis diblognya tentang.. Apa itu Fedora ? =-.
Assalaamu’alaikum
Penghargaan dari Indah kerana sudah sudi menjenguk laman IndahKasihku’s Weblog, laman yang baru berusia 2 hari. Catatan saudara memberi makna yang mengesankan Indah untuk lebih memahami hukum hakam dalam ajaran Islam yang mulia. Salam perkenalan dari Indah dan semoga berpanjangan silaturahminya. Amiin.
.-= IndahKasihku menulis diblognya tentang.. AKU SEORANG PENULIS DUNIA BARU =-.
Alhamdulillah, ilmu yang sangat berguna…thanks.