Mungkin sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan seikhlas hati. Tapi sehingga kini ia langsung tidak menunjukkan sebarang pancaran kejayaan. Apatah lagi untuk dihargai oleh orang lain?
Agaknya tidak keterlaluan jika saya kata orang asyik dok menunding jari menyalahkan kita, tak kiralah apa pun yang kita buat. Kalau sekarang kita sedang mengusahakan sesuatu kerja yang akhirnya tidak berjaya, kita akan di cemuh, dipandang sebelah mata, dikutuk dan mungkin juga dijadikan bahan tawa mereka.
Tidak pernah rasanya usaha perih jerih ini dihargai, apatah lagi untuk diberi sokongan…tidak hairanlah kenapa ramai orang takut kecundang. Ramai orang takut untuk memulakan langkah…
Tinggalkan semua perkara itu sekejap. Cuba kita tanya kepada diri sendiri…
Selama ini, kerja yang kita lakukan itu untuk siapa?
Selama ini, kenapa agaknya kita buat kerja yang kita sedang buat sekarang?
Agak-agaknyalah, kita buat semua perkara yang tidak ada orang hargai ini kerana merekakah atau kerana kita memang nak buat perkara tersebut?
Saya yakin dan pasti. Apa yang kita buat selama ini adalah untuk diri kita sendiri. Namun kita rasa kecewa kerana ia masih tidak menunjukkan sebarang kejayaan, anda sedih kerana tiada orang menghargai usaha anda dan anda rasa terkilan kerana semuanya seolah-olah berakhir sia-sia.
Jangan begitu…sebenarnya apa yang anda lakukan meskipun tidak berjaya, ia sebenarnya amat bernilai. Mungkin tidak bagi orang lain, tetapi YA bagi anda! Berjaya atau tidak, ia memang hasil kerja anda!
Jika tiada seorang pun menghargai usaha anda, anda patut menghargai usaha anda sendiri. Usah pedulikan orang lain. Di mana-mana pun orang hanya nampak ‘kejayaan’, mereka tidak pernah nampak ‘disebalik tabir’ usaha yang dicurahkan untuk mencapai kejayaan tersebut.
Namun ada seorang yang nampak! Dan orang itu ialah anda sendiri! Hanya andalah yang boleh menghargai apa yang anda sudah lakukan samada ia berjaya ataupun tidak.
“Apa yang orang nampak hanyalah 1% dari kejayaan saya, tetapi mereka tidak nampak 99% kegagalan saya!”
Soichiro Honda
honda-san ittewww.. ehehe
.-= en_me menulis diblognya tentang.. i survived 2012 =-.
mmg betol tu..kdg2 keja bagai nak rak, tp lgsg org x pandang..mslh yg kita hadapi org xmau tau..yg penting keje kene siap on time.. apa2 pun kita kene ikhlas dgn apa yg kita buat tu.. makan gaji maa… 😉