Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.
Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri.
‘Aku tak pandai laa..’
Inilah ungkapan yang sering kita lontarkan kepada minda kita. Sebenarnya ungkapan ini tidak bermaksud kita tidak pandai, tetapi ia lebih bermaksud:
‘AKU MALAS LA…‘
Inilah signal yang kita hantar kepada minda kita semasa berkata kita tidak pandai. Terus terang saja, tak pandai bukannya tak boleh, yang tidak boleh sebenarnya disebabkan kita MALAS!
Patut la Richard Melman berkata, Lawan kerja adalah malas! Baca petikan di bawah:
Beberapa tahun dahulu saya telah ditemubual oleh seseorang yang menulis buku berkaitan usahawan. Dia bertanya kepada saya,
“Apakah lawan bagi perkataan kerja?”
Saya menjawab, – “Malas!”
Dia mula ketawa dan berkata,
“Percaya atau tidak, ramai usahawan menyatakan perkara yang sama!”
Orang biasa berfikir lawan bagi perkataan kerja adalah bermain, tapi bagi seorang usahawan, kerja itulah mainannya.
Richard Melman
Dari sini kita boleh fikirkan sendiri. Selama ini kita nampak banyak peluang di mana-mana, kita belajar pelbagai perkara, kita bercakap itu dan ini dengan orang, namun kita sering memberi alasan, ‘Aku tidak pandai!’
Sedangkan pada hakikatnya kita ‘boleh’! Cuma malangnya kita MALAS!
Ingin terus memberi alasan?
“Alasan Tetap Alasan Walaupun Ia Adalah Benar!”
Jika anda rasa artikel ini berjaya menyakitkan hati anda, kongsikanlah artikel ini untuk menyakitkan hati rakan anda pula! :p
salam…
alasan akan tetap jadi alasan bg org2 yg berfikiran
-ve dan xmau membuka minda mrk..kalu nak 1000 daya, xnak 1000 alasan.. 😎
.-= Sis Lina menulis diblognya tentang.. =-.
malass kannns..
.-= en_me menulis diblognya tentang.. globally recognized avatar =-.
Assalaamu’alaikum
SELAMAT HARI IBU ini ku tujukan buat:
1. SAHABATKU ….SEORANG IBU
2. IBU KALIAN
3. ISTERI KALIAN
SAHABAT,
MENGERTILAH BAHAWA…..
Hati IBU bagaikan jurang yang didasarnya selalu ada maaf
Di sisi IBU adalah tempat yang paling aman
Cinta IBU tidak pernah lapuk
Cinta IBU adalah yang laing baik daripada segalanya.
# KEPADA SAHABAT DAN PEMBACA YANG BERADA DI LAMAN SAHABATKU INI… Semua anda dijemput ke LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI untuk menerima HADIAH AWARD –AWARD ISTIMEWA dari saya sempena menyambut SELAMAT HARI IBU di Indonesia.
Dengan segala hormatnya saya mempersilakan anda sekelian menerimanya sebagai tanda ketulusan hati SEORANG SAHABAT yang mencintai kalian.
Selamat Tahu Baru Hijriyyah 1431 dan Selamat Tahun Baru 2010
Salam mesra dari BANGI, MALAYSIA.
-SITI FATIMAH AHMAD –
22 Disember 2009/RABU
.-= Siti Fatimah Ahmad menulis diblognya tentang.. 22 DISEMBER 2009 : 100,000 UCAPAN SELAMAT HARI IBU UNTUKMU =-.