Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / Menjenguk Kawan Di Neraka

Menjenguk Kawan Di Neraka

Menjenguk Kawan Di Neraka
==========
1. Allah menceritakan di dalam al-Quran (Surah al-Saffat: 51-60) tentang kisah seorang lelaki yang beriman yang akan menjenguk keadaan kawannya di neraka. Mereka berdua dahulu (di dunia) saling bersahabat, namun sahabatnya dahulu telah kufur dan pernah mengajaknya untuk kufur kepada Allah. Namun lelaki beriman ini berjaya menolak pujukan untuk kufur dan memilih untuk teguh di atas jalan iman.
2. Ayat al-Quran ini mengingatkan kepada kita tentang kepentingan memilih sahabat yang baik. Sahabat sebenar akan membimbing kita kepada keimanan dan bukan yang mengajak untuk menjauhkan diri daripada Allah.
3. Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa seorang lelaki itu bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah:
الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)
4. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.
Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.
5. al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan sebahagian ayat daripada surah al-Kahfi memetik kata-kata dari Abu al-Fadl al-Jauhari berhubung kewujudan anjing di kalangan pemuda Kahfi yang sebutkan Allah di dalam al-Quran. Menurut Abu al-Fadl, keberadaan anjing tersebut bersama pemuda Kahfi menjadikan anjing tersebut merasa tempias keberkatan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh sehingga Allah menyebutkan tentang anjing tersebut di dalam al-Quran.
6. Bayangkan bagaimana anjing yang mendampingi dengan manusia yang baik pun telah menerima kesan baik mereka, maka apatah lagi manusia? Sudah pasti berkawan dengan sahabat yang soleh dan muslih akan membantu kita ke syurga. Berdampinglah dengan sahabat yang mengingatkan kita tentang kebaikan. Bukan kawan yang mengingatkan kita untuk melakukan kemungkaran.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
cnp

About mai

Check Also

PENCINTA AL-QURAN

Tujuh Kelebihan Pencinta al-Quran: 1.Tidak nyanyuk sampai hari tua 2. Orang tua yg mengamalkan al-Quran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *