Home / Artikel Cahaya Islam / Tiada Bencana Bulan Safar

Tiada Bencana Bulan Safar

Tiada Bencana Bulan Safar

عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا عَدْوَى وَلاَ طِيرَةَ ولا صَفَرَ وَلاَ هَامَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada penyakit yang berjangkit (dengan sendiri), tidak ada thiyarah (kesialan atau kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat), tidak ada kesialan (bala bencana) dalam bulan safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.” (HR Bukhari No: 5770) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW melarang umatnya mempercayai amalan kepercayaan karut yang dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliyyah antaranya adalah mereka mempercayai bahawa apabila tibanya bulan Safar, akan berlaku perkara buruk. Kepercayaan ini hampir serupa dengan kepercayaan orang melayu dahulu di dalam amalan mandi safar di mana mereka melakukan upacara tersebut untuk menolak bala dan musibah dan ianya dilakukan hanya pada bulan Safar.

2. Tidak ada penyakit berjangkit dengan sendiri melainkan bersebab. Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya (kurantin). Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (HR Muslim No: 2219) Status Hadis Sahih

3. Rasulullah SAW juga melarang kepercayaan terhadap bunyi burung tertentu atau kehadiran binatang tertentu membawa akibat buruk dalam kehidupan seperti bunyi burung gagak, kehadiran binatang pelesit dan sebagainya sehingga menghalang bermusafir atau keluar rumah. Rasulullah SAW menyebut: “Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana mempercayai burung tertentu, sesungguhnya dia melakukan perkara syirik.” (HR Ahmad)

4. Tiada suatu manfaat mahupun mudarat melainkan ianya telah ditentukan Allah. Ingatlah Firman Allah SWT yang bermaksud:

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَىٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada sesuatu pun akan menimpa kami melainkan dengan ketentuan Allah. Dialah penolong kami, maka hendaklah orang yang beriman itu bertawakal kepada Allah.” (al-Taubah : 51)

Tidak ada bulan mahupun burung dan makhluk lain yang membawa kecelakaan. Setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.

cnp

About mai

Check Also

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal, “Kenapa aku …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *