Home / hadis / Muliakan Tetamu, Bersilaturahim dan Berkata Baik

Muliakan Tetamu, Bersilaturahim dan Berkata Baik

Muliakan Tetamu, Bersilaturahim dan Berkata Baik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata baik atau diam.” (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman.

2. Menyambung tali persaudaraan dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

3. Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga adalah apabila bertutur, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di tular).

4. Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di tular, mendatangkan mudarat dan fitnah, lebih baik kita berdiam diri.

Marilah kita memuliakan tetamu, menyuburkan tali persaudaraan juga menjadikan tuturkata kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.

cnp

About mai

Check Also

Jangan Ambil Yang Bukan Hak

  Jangan Ambil Yang Bukan Hak   عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ اسْتَعْمَلَ رَسُولُ اللَّهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *