Kali ini kita akan berbincang berkaitan perniagaan. Namun ilmu ini bukanlah khas buat ahli perniagaan sahaja, ia amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui sebuah kuasa yang dapat menjadikan anda seorang Power Rangers yang berjaya!
Kalau tanya budak darjah satu pun tahu kot yang 1000 memang lebih banyak dari 100. Soalan ini sebenarnya berkaitan tentang kualiti, bukan kuantiti. Kita kadang2 terlepas pandang yang kunci utama perniagaan sebenarnya bukan ‘kuantiti’ tetapi kualiti. Seringkali kita sebagai ahli perniagaan memberi alasan tentang kurangnya wang perniagaan untuk dijadikan modal sedangkan kita sudah pun memiliki wang RM5000, dan ini jugalah alasan kenapa kita gagal. Selepas itu mula la nak buat pinjaman sana sini…
Tengok balik, ada orang berjaya menjadi jutawan dengan hanya RM500, contohnya macam Dr. Irfan Khairi. Bayangkan beliau bukan sahaja memulakan perniagaannya dengan modal RM500 malah beliau juga hanya bekerja seorang diri. Jika dikira dengan betul, mana lagi banyak 1 orang menghasilkan RM1 juta dengan 100 orang yang menghasilkan wang 100 ribu? Itulah maksud kualiti dalam perkiraan angka di sini. Fahamlah kita sekarang bagaimana 100 boleh menjadi lebih berkualiti dan lebih banyak daripada 1000.
Tapi masih ada orang yang memberi alasan, “Yelah…dia jual apa, kita jual apa..mana sama modal kita dengan dia!” Ehem..kalau tak ada modal tak payah la nak berangan berniaga besar-besar, mulakan perniagaan kecil dari bawah. Jangan nak jadi jutawan segera atau nak nampak hebat dengan title ‘Peniaga Berjaya’ sedangkan hutang keliling pinggang.
Kita boleh bercakap pasal OPM (Ohter People Money) untuk menghasilkan wang, ada orang yang betul-betul berjaya menggunakan cara ini (pinjaman) contohnya abang angkat saya, Ford –Ford Motor Company yang berjaya sehingga kini. Tetapi nilaikan beberapa perkara, jika dengan RM100 anda masih belum boleh menjual apa-apa produk, bolehkah anda menjual dengan modal RM100,000? Mungkin duit tu lesap entah ke mana….
“Jadi orang yang berkualiti, kejayaan akan datang kepada anda, jadi orang yang berkuantiti, jadilah anda sama dengan orang-orang biasa yang lain!”
teringin nak buat bisnes.. tapi kekurangan ilmu bisnes
.-= Mus menulis diblognya tentang.. HDR Image dengan Photomatix Pro 3 =-.
nak berniaga kena survay dulu kehendak orang masa kini,buat analisis habis2 dulu baru berniaga.
kompem berjalan punya bisnes tu,cepat atau lambat aje 😀
.-= blowie menulis diblognya tentang.. Potong Saga! =-.
Mus – betul juga, ilmu bisnes kena cari sebelum buat bisnes, tapi kalau tak buat bisnes mungkin ilmu bisnes sampai bila pun tak akan dapat…
blowie – thanks, betul tu kena survay tapi bukan setakat survey kehendak orang jer, kehendak sendiri pun kena jugak…kalau tak, nanti buat benda yang tak diminati dan akhirnya perniagaan hanya berjalan separuh jalan…
thanks mus and blowie!