Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / Sebaik-baik Perhiasan

Sebaik-baik Perhiasan

Sebaik-baik Perhiasan

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ


Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ (HR Muslim No: 715) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah menciptakan wanita dengan kelebihan tertentu.

2. Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah.

3. Imam Qurthubi menjelaskan wanita solehah dalam hadis tersebut sebagai: Wanita yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (kehormatan suaminya) pada dirinya dan juga hartanya.

4. Wanita Solehah adalah sebaik-baik harta seorang lelaki. Rasulullah SAW bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

“Hendakkah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik harta seorang lelaki iaitu wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” [Riwayat Abu Daud (1664)]

5. Wanita yang solehah adalah merupakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan kepada suami.

About mai

Check Also

Hidayah milik ALLAH

Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam, Comel Pakai Serban Solat Di Masjid …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *