SIHIR TULANG ULAR
Antara jenis sihir kuno alam Melayu yang dashyat penangan, dengan izin ALLAH.
Tubuh pesakit akan menggeliat seperti ular.
Pada waktu malam bulan mengambang, akan kelihatan seperti seekor ular menjalar di dalam tubuhnya. Menjalar di dalam permukaan kulitnya. Ianya jelas. Setiap rongga tubuh pesakit akan mengalirnya darah, sewaktu berlakunya keadaan ini (ular menjalar di dalam tubuh). Tubuh pesakit bersisik seperti ular dengan mata yang terbeliak memandang ke siling rumah Beserta dengan mulut yang ternganga luas.
Setiap orang Atau perawat sebelum itu, yang cuba menyentuh ular yang sedang menjalar Itu akan rebah disebabkan sesak nafas umpama leher dibelit ular, kadang-kala berakhir dengan muntah darah.
Lazimnya, asbab ampuh jenis permainan ini adalah apabila pesakit diberi makan (campur dalam makanan) dan terkena pada Kulit ( selalunya dalam kasut) dengan serbuk dari tulang ekor ular
Kes ini sang faqir terima kurang lebih 10 tahun yang lepas.
Yang diuji Itu adalah anak gadis berusia 17 tahun, yang bakal menghadapi SPM pada tahun itu. Tidak dapat ke sekolah kerana tubuhnya sentiasa dalam keadaan menggeliat seperti ular jika dalam keadaan jaga, dan ‘bergulung’ seperti ular ketika sedang tidur.
AlhamduLILLAH. Pesakit tersebut, dengan izin ALLAH selamat, setelah hampir 7 kali purnama menderita.
Seminggu kurang lebih, selepas kes selesai, khabarnya, setiausaha ayah pesakit tadi menemui ajal dengan bekas belitan ular di sepanjang tubuhnya. Hal ini tidak sesuai diulas lebih lanjut diruangan ini.
Pun begitu, sang faqir sebenarnya ingin berkongsi bab berhati-hati dengan makanan dan pakaian termasuk kasut yang kita simpan di luar rumah. Tidak kira di mana jua anda berada, dengan siapa jua. Berhati-hati Itu penting.
Berikut adalah antara petua Nafas Melayu yang diamalkan oleh para Ulama Dan Pahlawan Melayu terdahulu :
Sebelum melangkah keluar rumah, pastikan berwudhu’ (bagi wanita, Jika suci).
1) Baca Doa keluar rumah. Dengan tiga Kalimah, besertaan dengan tiga tapak.
بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
“Dengan menyebut nama ALLAH, aku menyerahkan diriku pada ALLAH dan tiada daya dan kekuatan selain dengan ALLAH saja”
Apa Itu 3 Kalimah?
Ianya adalah merujuk kepada :
1) بِسْمِ اللَّهِ
Dengan menyebut nama ALLAH
(Melangkah Kaki Kanan)
2) تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ
aku menyerahkan diriku pada ALLAH
(Melangkah Kaki Kiri)
3) وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
dan tiada daya dan kekuatan selain dengan ALLAH saja
(Melangkah dengan Kaki Kanan)
2) Tarik nafas dan tahan. Dalam hati ucapkan Kalimah Syahadah sebanyak 7 kali. Dengan qasadkan Kalimah Syahadah dari 7 penjuru. Penjuru Kanan, Kiri, depan, belakang, Atas, bawah Dan diri sendiri Iaitu Tengah. Kemudian lepaskan nafas dengan lafaz Huu di mulut. Doa Mohon ALLAH lindung dari segala marabahaya.
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh ALLAH.
3) Apabila sampai di pejabat atau kedai makan. Buat kaedah yang sama. Boleh juga ditambah dengan doa Sayyiduna Khalid Al Walid.
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلا فِي الْسَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
“Dengan nama ALLAH yang tiada dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNYA samada di bumi dan di langit, dan DIAlah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”
* Peringatan : Semasa buat, tidak perlu tunjuk beria-ria tarik nafas dan tahan, sebagainya. Buat biasa sahaja. Usah tunjuk pada orang yang kita ini kononnya ahli beramal.
Diizin amal bagi sekalian yang dapat membaca edaran ini. Ajazatukum.
.
Semoga ALLAH Jalla Wa Ala merahmati Kita sekeluarga menuju kepada Rahmat dan RedhaNYA dunia akhirat. Aamiin Ya ROBB.
Ajazatukum.
Wassalaam.
sumber : fb