Home / aurat / Tidak Tutup Aurat Dikenakan Kompaun RM500!

Tidak Tutup Aurat Dikenakan Kompaun RM500!

aurat wanita

KOTA BHARU – Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini.

“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.

“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, sejak operasi tersebut dilancarkan, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.

“Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya.

Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran.

.

.

Sumber

About wanwma

Check Also

Poster Siapa Mahram Saya?

Poster, Banner, Bunting Siapa Mahram Saya! Bantu diri, anak-anak, ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat …

No comments

  1. Menutup aurat adalah salah satu cara untuk menjaga maruah. Yang paling perlu ditekankan ialah kepentingan menjaga maruah, bukan sahaja aurat. Apabila HANYA aurat dijaga, kita terdedah kepada masalah-masalah orang yang menutup aurat tetapi melakukan perkara-perkara seperti berzina, berkhalwat, pergaulan bebas dan sebagainya. Aurat suara perempuan dan aurat lelaki juga perlu dijaga dan ditekankan. Selain dari itu, penguatkuasaan ini perlu juga diperluaskan ke kawasan yang menjadi tumpuan golongan kaya dan VIP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *