Home / Artikel Cahaya Islam / TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT

TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT

“TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT”
Imam Al-Ghazali rahimahullah telah menggariskan 6 cara dalam Kitab Ihya Ulumuddin untuk khusyuk dalam solat.
Semoga ia memberi manfaat pada kita dan apa yang penting kita dapat amal dan sampaikan kepada orang lain.
1) Hudhur Al Qarb
Hadirkan hati ketika solat. Contohnya tidak memikirkan hal keduniaan ketika solat seperti kerja, makan, duit dan sebagainya.
2 ) At-Tafahum
Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.Contohnya fahami makna surah Al-Fatihah, InsyaAllah akan jadi khusyuk.
3) At-Ta’zim
Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah kita berada di hadapan-Nya.
4) Al-Haibah
Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT, sejurus dapat merasai kehebatan Allah.Harus menggabungkan haibah dengan perasaan ta’zim.
5) Ar-Raja’
Mengharapkan rahmat Allah SWT dengan penuh harapan bahawa ibadat kita akan diterima.
6) Al-Haya’
Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat kepada-Nya yang pasti ada kekurangannya.
kredit : FB سيتي نور ايلي

About mai

Check Also

Bersifat Terpuji Jauhi Sifat Keji

Bersifat Terpuji Jauhi Sifat Keji عَنْ الحسين بن علي بن أبي طالب عن رَسُولَ اللَّهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *