SOALAN :
Apakah hukumnya jika datang dalam hati rasa ragu atau was-was tentang Tuhan atau agama Islam sedangkan kita bukan sengaja nak fikir seperti itu?
Adakah boleh mensyirikkan kita kerana kerap juga ada terlintas seperti itu?
JAWAPAN :
Lintasan yang bukan disengajakan yang menjadikan seorang itu teragak-agak atau ragu tentang Tuhan contohnya atau tentang kebenaran agama Islam dan yang seumpamanya adalah datang dari was-was syaitan yang disebut sebagai khatir syayatin.
Orang yang datang lintasan seperti itu tidak berdosa dan tidak diambil kira dengannya dan ia tidak menyebabkan seorang itu kufur kerana bukan kesengajaan darinya hanya ia cubaan syaitan untuk merosakkan iman orang Islam.
Berkata Syeikh Nawawi :
لاوسواسه أى الكفر أى خطوره على باله وتحركه بأن جرى فى فكره فلايكفر لأن الوسواس غير مناقض للجزم فإن ذلك ممايبتلى به الموسوس
Artinya : “Perkara kufur yang berlaku sebagai was-was di dalam hati seseorang itu tidak mengkufurkannya kerana sungguhnya was-was itu bukanlah azam seseorang. Maka was-was tersebut adalah setengah dari perkara yang diuji akan seseorang yang mengalaminya.” (Kitab Mirqatul Su’ud At-Tasdiq)
Hendaklah orang yang diwas-waskan dengan keraguan seperti itu selalu ingat akan Allah dan membaca isti’azah ketika datang was-was dan elakkan dari melayan was-was tersebut kerana syaitan suka seorang itu berbicara dengannya.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus