4 KISAH, UJIAN DAN PENGAJARAN
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Tiba Jumaat, kita selalu diajak dan digalakkan membaca Al Kahfi sebab ada hikmah dan fadilatnya seperti mana sabda baginda Nabi.
Ringkasnya, Al-Kahfi ada EMPAT kisah utama:
Pemuda gua (al-kahf)
Pemilik kebun dan rakannya
Nabi Musa & Khidir AS
Zulqarnain
Setiap satu kisah ini mewakili satu ujian:
Pemuda gua – Ujian Aqidah/Keimanan
Pemilik kebun – Ujian harta
Nabi Musa & Khidir – Ujian ilmu
Zulqarnain – Ujian kekuasaan
Pengajaran/hikmah:
1) Ujian aqidah – bersahabat dengan orang soleh.
2) Ujian harta – mengingatkan diri bahawa dunia tidak kekal. Perbanyak mengingati mati dan akhirat.
3) Ujian ilmu – kena tawadhu’ dan merendah diri. Rajin mencari ilmu, ilmu yang benar.
4) Ujian kekuasaan – Kena tawadhu’ & ikhlaskan diri, seperti Zulqarnain selalu mengingatkan diri bahawa kekuatan dan kuasanya dari Allah.
Kita cuba habiskan baca setiap Jumaat, insyaAllah. Kita hafalkan 10 ayat awal dan akhir surah ini, insyaAllah. Kita ajak semua sekali insyaAllah.
Kredit : Nota Google, Nisa’ Jauri