Breaking News

DOA

Ingat lagi masa dalam flight transit dari Jeddah ke Istanbul,
Duduk sebelah seorang makcik ni, dengar dia cerita pasal anak-anak dia
Sorang anak dia lama tak dapat anak, selalu doa pada Allah minta anak kembar

Tup-tup Allah izinkan dapat anak kembar, dapat sepasang lelaki dan perempuan
Makcik tu sambung cerita lagi lepas anak dia dapat anak kembar baru tahu betapa susahnya nak besarkan anak kembar

Bab penat tak cukup rehat jgn cerita, berebut anak nak minum susu badan lagi
Belanja pun double, susu 2 kali dari biasa, pampers berganda kena beli..masuk nurseri lagi nak bayar 2 orang serentak

So masa saya dengar tu saya angguk-angguk je la..kita mana ada anak kembar kan๐Ÿ˜…
First time dengar orang share experience ni terus boleh bayang tak mudah macam disangka

Makcik tu nasihatkan saya, bila kita doa pada Allah..Mintalah yang terbaik dari sisi Allah..
Sebab kita tak tahu apa yang baik..kita tiada ilmu pasal masa depan, kadang kita sendiri tak sedar kemampuan diri

Jika minta nak zuriat, mintalah dengan humble seperti permintaan seorang hamba pada Tuhan..
Tidak salah untuk sebut hajat kita pada Allah tapi kena acknowledge juga kita tidak tahu adakah hajat kita baik atau tak ,
maka mintalah Dia beri apa yang terbaik dari sisiNya..

Teringat saya kisah Nabi Musa dari sebuah buku yang saya baca,
Bagaimana Allah memuji adab berdoa Nabi musa a.s dalam Surah Qasas ayat 24:

ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุจู‘ู ุฅูู†ู‘ููŠ ู„ูู…ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุฒูŽู„ู’ุชูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู ููŽู‚ููŠุฑูŒ
Lalu berdoa (Musa):
“Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”.

Simple je bunyi doa Nabi Musa ni,
tapi kenapa Allah rakam dalam Quran?

Rupanya ada adab-adab berdoa yang sangat penting untuk kita belajar dari doa ni antaranya:

1 ) Kekalkan sifat malu ketika meminta.

Ketika Nabi Musa menuturkan doa ini,
Baginda berada dalam keadaan paling ‘desperate’ sekali kerana baru tiba di Madyan setelah melarikan diri dari dikejar askar Firaun..

Perkataan ููŽู‚ููŠุฑูŒ dalam doa atas menggambar keadaan Baginda yang ‘sangat-sangat memerlukan’ pada masa tu

Sebagai pelarian yang sehelai sepinggang, sudah banyak hari tidak makan..
tetap Baginda malu untuk ‘mengarahkan’ Allah memberinya sesuatu.

Maka Allah angkat cara doa Nabi Musa untuk dirakam dalam Quran untuk kita belajar sesuatu.
Peliharalah adab kita bila berdepan dengan Allah Yaang Maha Hebat.
Kerana status kita hanyalah Hamba disisi Allah.

2) Jangan berlebihan visualisasi ketika berdoa.

Nabi musa tidak minta diberi makanan walaupun hakikatnya Baginda sangat lapar ketika itu.
Tidak juga baginda minta diberi tempat berteduh walaupun pada masa tu Baginda tiada lagi tempat tinggal.

Nabi Musa hanya minta apa yang baik dari sisi Allah..
Ini disebut ู…ูู†ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู iaitu apa yang terbaik dari sisimu
Kerana Baginda sedar Allah al ‘Alim lebih mengetahui apa keperluan Baginda
Maka sedarlah kita bahawa bila memohon sesuatu kepada Al ‘Alim,
berhentilah kita dari berlagak pandai dan tahu semuanya..๐Ÿ˜”
Astaghfirullah,
mustahil fikiran kita lebih bijak dari Tuhan yang menciptakan kita?
Ampuni kami Ya Allah yang selalu berlebih-lebihan dalam urusan dunia

3) Nikmat apabila Allah redha dengan HambaNya.

Kesudahan kisah doa Nabi Musa ni paling epik..
siapa sangka, Baginda Musa hanya minta Allah beri ‘apa sahaja terbaik’ untuk dirinya,
Lalu Allah kurniakan Baginda nikmat berganda-ganda
Ini diceritakan dalam ayat 25-28 Surah Qasas,
Allah kurniakan Nabi Musa isteri yang solehah, tempat tinggal yang baru serta pekerjaan.
Kurniaan Allah ini melengkapi segala keperluan Nabi Musa walaupun Baginda tak sebut apa-apa pun masa doa pada Allah
Kisah ini adalah pembuktian sifat Al ‘Alim yang ada pada Allah, Dia tahu apa yang baik untuk hambaNya.

Bila saya membaca kisah ini , sungguh saya insaf dan revise semula cara berdoa saya..
Edit semula part yang selalu ‘memandai-mandai’ ..dihujung doa saya akan submit ‘Engkau lebih Tahu Ya Allah..’

Moga Allah redha dengan permintaan kita,
dan sentiasa beri apa yang terbaik dari sisiNya

Allahuma Amin โ™ฅ๏ธโ™ฅ๏ธ
*Silakan ‘SHARE’ supaya lebih ramai dapat beramal dengan cara berdoa yang sahih dari Quran #quranicparenting

About mai

Check Also

TOLONGLAH TANYA AKU DI MANA, KAWAN.. Mengunjungi seorang kawan yang sedang kritikal sakit, dia menggenggam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *