Sifat Malu Diganjari Syurga
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ
Daripada Abu Hurairah RA katanya, bersabda Raslullah SAW: Rasa malu adalah sebahagian daripada iman, sedang iman tempatnya di Syurga. Sedangkan tindakan / perkataan kotor adalah sebahagian daripada tabiat / perangai yang kasar, sedang tabiat kasar tempatnya di Neraka.” (HR Tirmidzî No. 1932)
Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman (buah hasil daripada iman).
2. Malu dalam Islam adalah suatu perasaan yang terbit dalam diri orang beriman yang menjadi banteng diri daripada melakukan dosa dan maksiat.
3. Saidina Umar al-Khattab pernah berasa amat malu ketika terlambat menunaikan solat asar berjemaah di masjid kerana terleka ketika mengunjungi kebunnya. Akibatnya, beliau telah menghadiahkan kebun yang disayangi tersebut kepada kaum muslimin kerana rasa malunya kepada Allah dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.
4. Orang beriman yang menghias diri dengan sifat malu tempatnya di syurga
5. Perbuatan atau perkataan buruk dan kotor adalah tabiat serta perangai kasar yang tercela dan berdosa.
6. Perangai serta tabiat yang tercela jika berterusan dilakukan akan diganjari neraka.
Ayuh kita berperangai terpuji untuk ke syurga: menghias diri dengan sifat malu orang yang beriman dan menjauhi perangai keji dan tercela