KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
Petikan Kosmo!
Komen Orang Ramai:
Kami menerima komen positif dari pengguna Facebook berkaitan isu ini. Ini jelas menunjukkan masyarakat inginkan maksiat dibendung oleh pihak berkuasa dengan lebih tegas. Supaya rakyat lebih berdisplin dan mentaati perintah agama. Pemimpin bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya.
Satu contoh pelaksanaan syariah yang boleh diambil dari undang-undang yang dilaksanakan di aceh.
Molep la buat ginih. Baru la sedap mata memandang.
Salah satu cara untuk membendung maksiat dan mementingkan penjagaan urat
Alhamdulillah 🙂
saya selaku perempuan pun, kadang-kadang pelik dengan masyarakat perempuan sekarang ni yang pakai ketat-ketat. dengan rambut warna warni lagi.
x pelik pon…cetek ilmu,ikut nafsu lagu tu la
bilelah trg nok wak jugok..
malu doh tgk org puang dok cukup kain..
walaupun bukan kite hok buak.. tp tetak gok malu..
Saya setuju macam ni! 😀
dapat juga tambah pendapatan kerajaan negeri…
buatla kat sini jugak. 🙁
Amat baik program seumpama ini berjalan supaya tidak lagi sewenang-wenangnya masyarakat membuka aurat mereka sesuka hati
bagus sungguh negeri ambe ni!!
Molek benar saman…baru comel bila tutup aurat..berpakaian biar ikut syariat..
BARU MOLEK. TIDOK TENGOK SERUPO ANOK AYE TOGEL JAH
bile lah johor nak buat gini…harap2 secepat yg mungkin sebelum terlambat…
setuju sangat…sepatutnya kerajaan malaysia dah kuatkuasa kan perkara ni HARI ini juga….bukannya kempen poco-poco kat tengah padang….siap buat pertandingan lg poco-poco paling cantik…makin rosak umat Nabi la ni…
Juz three words.. PAS for all…
tetapi……. bagaiman pula yang tutup aurat… tetapi pakaianya ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan? pakai tudung.. tetapi tidak cukup menutupi dadanya..?
@azreena..tu bukan ttup aurat namanya, stakat tutup urat meghih jekk..tp kalu nak stat blajo nutup aurat bulih la…bak pepatah sehari selembar benang, lama-lama jadik shelai kain…dok gitu..pesen2 la ni kan bnyk yang bolot badan jek, bukan menutup aurat pun…tudung dahler singkat jarang plak..
saya sangaaat setuju… macam dah jadi trend pula sekarang… pakai tudung… tapi singkat… haiyooo… baju tak payah cakap la… hmmm… tak paham saya