Home / Artikel Cahaya Islam / Bagaimana Kamu Bersolat?

Bagaimana Kamu Bersolat?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadah- nya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebe- lah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

No comments

  1. salam tuan rumah..
    Allah sungguh terasa kerdilnya diku tika ini..huhu..

    terima kasih mr wan ats sumber ilmu yang dikongsikan kt cni.
    🙂

  2. erm terima kasih diatas peringatan ini.. memang masih tidak sempurna solat ku ini…

  3. Berapa hebat pun kita, masih ada orang yang lebih hebat, kerana itu jangan meninggi diri dengan kebaikkan yang kita lakukan.

    Eloknya lakukanlah kebaikkan sebanyak mungkin, hindari kejahatan semampu kita dan berserahlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui…

  4. perkongsian ilmu yang sungguh berfaedah, nanti kena praktikkan jugak tips ni..

  5. Artikel yang menarik sekali, semoga sukses selalu..thx,slm kenal

  6. tu sebablah kata org klu tak taubat biarlah taubat nasuha..menyesal dgn subgguh2 bukan kejap taubat pas tu balik pada sikap lama..huhu..mmg payah tu..huhu..

  7. semoga kita memperbaiki solat masing2… terima kasih bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *