Home / Artikel Cahaya Islam / Celik Hati Kita

Celik Hati Kita

– Ada orang menegur orang lain tentang sesuatu perkara, padahal dirinya sendiri lebih banyak melakukan kesalahan itu. Namun sebagai penerima teguran, usah melihat kesalahannya, tetapi lihat apa yang disampaikan dan terima dengan hati terbuka. Ucapkan terima kasih.

– Ada banyak perkara boleh diselesaikan dengan berbincang cara baik tetapi ramai yang suka memilih ego sendiri. Akibatnya hubungan menjadi retak dan musnah.

– Alimnya seseorang bukan kerana amalan agamanya, tetapi sejauhmana beliau punyai ilmu dan faham tentang apa yang diamalkan.

– Memang benar tidak dikira beriman seseorang itu sebelum dirinya diuji. Seringkali kita melihat keburukan orang sebagai satu kesalahan, tetapi kita tidak sedar bahawa keburukan yang ada padanya adalah satu ujian yang Allah turunkan kepada kita untuk melihat apa tindakan kita terhadap situasi itu.

– Ramai yang mengaku sebagai seorang yang mulia dan baik hati, tetapi apabila Allah kirimkan seseorang yang perlukan simpati, mereka menolak tanpa rasa belas kasihan.

– Manusia suka mengutuk keburukan dan kesalahan orang seolah-olah mereka tahu suatu masa nanti anak-anak atau ahli keluarga mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama.

– Apabila orang buat salah dengan kita, kita suka membalas dengan turut membuat tindakan yang salah. Sedangkan sebelum ini hanya orang itu yang berdosa, tetapi kerana tindakan kita yang dipenuhi nafsu kemarahan, kita turut mendapat dosa.

– Perasaan kita, tekaan kita, sangkaan kita dan apa yang kita dengar tentang orang lain itu belum tentu benar. Jangan mudah percaya, jangan mudah membuat tindakan dan jangan mudah menyalahkannya. Biar berita itu sahih dahulu, jika tidak kita sendiri yang akan menyesal di akhirat kelak.

– Diwaktu kita senang, usahakan untuk membantu orang, diwaktu kita susah, belum tentu orang akan membantu kita. Maka ikhlaskan diri dalam membantu orang lain, jangan mengharapkan balasan baik dari manusia, kerana mereka juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, biar Allah sahaja yang membantu kita dalam susah mahupun senang.

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *