Home / doa / DOA QUNUT

DOA QUNUT

DOA QUNUT

 

1. Qunut itu sendiri bermaksud “doa”.

2. Doa qunut ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bacaan doa, bacaan zikir dan bacaan selawat.

3. Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga وقنا شرما قضيت dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa. Dalam konteks doa, Imam membaca dan makmum mengaminkannya.

4. Bahagian kedua iaitu bermula daripada فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir.

5. Jika anda solat berjamaah bersama Imam, adalah afdhal untuk sama² membaca zikir ini secara perlahan. Jika tidak hafal, cukuplah diam sahaja ketika Imam membacanya. Dalam konteks zikir, Imam dan Makmum perlulah bersama-sama memuji Allah.

6. Ada sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa & zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.

About mai

Check Also

Kekuatan Doa Dalam Ghazwah al-Badr al-Kubra

Kekuatan Doa Dalam Ghazwah al-Badr al-Kubra Peristiwa perang badar yang berlaku pada 17 Ramadan Tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *