Home / wanita / Ilmu

Ilmu

Ilmu
.
Ramai sebenarnya Wanita yang failed bab haid, nifas dan istihadah… bab haid ni perincianya sangat mendalam.. jangan main agak-agak dengan hukum. Ramai wanita tak tahu sehingga mereka rasakan mereka datang haid namun bila darah berhenti kurang daripada 24 jam dia tidak menggantikan solat yang dia tinggalkan setelah mana darah berhenti.. kerana apabila darah berhenti kurang daripada 24 jam maka ianya bukanlah darah haid kerana sekurang-kurang bagi haid adalah 24 jam dan selewat2 bagi haid adalah 15 hari.. maka wajib dia qado kan solat yang dia tinggalkan… Dan ramai juga tidak tahu apabila darah haid berhenti pada waktu solat yang boleh di jamak kan sebagai contoh haid berhenti pada waktu asar maka wajib dia solat zohor dan asar…
.
Kalau perincian yang diatas itu kita dah tercengang, belum lagi bahas yang panjang maka kita berhajat kepada ilmu Ugama.
.
Wahai wanita di luar sana, kewajipan bagi kamu adalah mempelajari ilmu fardhu ain. Jangan sekadar bab aurat sahaja kamu menjaganya.. tapi bab haid kamu langsung tak peduli…
.
Ramai manusia sekarang tak mahu berlajar ilmu yang WAJIB di pelajari. Bila ada kelas fardhu ain mereka perlekehkan kononya mereka sudah tahu dan sudah berlajar di sekolah, sedangkan FARDHU AIN ITU ADALAH WAJIB.. terus terang saya katakan di sekolah dahulu fardhu ain yang kita berlajar syarahnya jauh daripada garis panduan Ulama.. silibus hancur yang mengajarnya pula tidak ambil ilmu secara talaqqi dengan sanad yang soheh.
.
Ini baru bab haid, kalau masuk bab yang lebih penting seperti Aqidah yakni beriman kepada Allaah dan Rasulnya serta hukum-hukum riddah, bab yang mana jika seseorang jahil tentanya maka matinya dalam kekufuran dan akan mengakibat dirinya kekalan dalam neraka selama-lamanya, masih lagi ramai yang tidak tahu tentangnya.
.
Kata Syeikh ” Orang yang tidak berlajar ilmu fardhu ain ini, boleh mengakibatkan dua natijah, yang pertama melakukan maksiat yang besar dan yang keduanya yang paling merbahaya adalah dia jatuh kedalam lembah kekufuran dan kekalan dia dalam neraka selama-lamanya”.
.
Ugama ini di telusuri dengan menuntut ilmu, bukan berfacebook atau google.. kena pelajari ilmu secara talaqqi dengan guru yang diketahuinya bersumberkan sanad yang soheh.
.
Semoga mati kita semua dalam golongan hamba yang bertaqwa dan semoga Allaah merahmati kita semua ameen.

About mai

Check Also

Jangan buat-buat tak tahu

Isteri-isteri…. Kena ambil tahu. Jangan buat-buat tak tahu. Jangan buat keras kepala. Andainya suami kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *