Home / hadis / Jangan Ambil Yang Bukan Hak

Jangan Ambil Yang Bukan Hak

 

Jangan Ambil Yang Bukan Hak

 

عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ اسْتَعْمَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مِنْ الْأَسْدِ يُقَالُ لَهُ ابْنُ اللُّتْبِيَّةِ قَالَ عَمْرٌو وَابْنُ أَبِي عُمَرَ عَلَى الصَّدَقَةِ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ هَذَا لَكُمْ وَهَذَا لِي أُهْدِيَ لِي قَالَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ مَا بَالُ عَامِلٍ أَبْعَثُهُ فَيَقُولُ هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي أَفَلَا قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ أَوْ فِي بَيْتِ أُمِّهِ حَتَّى يَنْظُرَ أَيُهْدَى إِلَيْهِ أَمْ لَا وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَنَالُ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ بَعِيرٌ لَهُ رُغَاءٌ أَوْ بَقَرَةٌ لَهَا خُوَارٌ أَوْ شَاةٌ تَيْعِرُ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى رَأَيْنَا عُفْرَتَيْ إِبْطَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ مَرَّتَيْنِ

 

Daripada Abu Humaid As Sa’idi dia berkata, “Rasulullah SAW mengambil seorang lelaki dari suku Al-Asad bernama Ibnu Luthbiyah sebagai pekerja. Amru dan Ibnu Abu ‘Umar berkata (Nabi SAW mengupah lelaki tersebut) untuk mengumpulkan harta zakat. Ketika lelaki tersebut menyerahkan zakat yang dikutip, dia berkata, “Zakat ini kuserahkan kepada kamu (Rasulullah), dan ini pemberian orang kepadaku.” Abu Humaid berkata, “Rasulullah SAW lalu berkhutbah di atas mimbar, setelah baginda memuji-muji Allah, baginda menyatakan: “Adakah patut seorang petugas yang aku tugaskan untuk mengurus suatu tugas, dia berkata, ‘Ini untuk kamu, dan ini hadiah orang kepadaku!.’ Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibu bapanya menunggu orang menghantarkan hadiah kepadanya? “Demi (Allah), yang jiwaku berada di tanganNya. Tidaklah seseorang mengambil sesuatu daripadanya (harta), melainkan dia akan datang pada hari Kiamat membawa di lehernya. Jika (yang diambil) seekor unta, maka (unta itu) bersuara. Jika (yang diambil) seekor lembu, maka (lembu itu pun) bersuara. Atau jika (yang diambil) seekor kambing, maka (kambing itu pun) bersuara.” Kemudian baginda mengangkat kedua tangannya sehingga kami melihat putih kedua ketiaknya, kemudian baginda bersabda: ‘Ya Allah, telah aku sampaikan.’ Baginda mengatakannya dua kali.” (HR Muslim No: 3413) Status Hadis Sahih

 

Pengajaran:

 

1. Setiap pekerja yang diupah melakukan suatu pekerjaan, menjadi kewajipan kepadanya melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaik-baiknya.

 

2. Pekerja yang amanah dan jujur hanya akan mengambil upah yang diberi dan tidak sekali-kali mengkhianatinya.

 

3. Sesiapa yang mengambil yang lain daripada upah yang dibayar yang bukan haknya akan dipersoal di hari kiamat.

 

4. Menerima sebarang bentuk hadiah lebih-lebih lagi daripada orang yang berurusan dengan bidang kerjanya adalah dilarang kerana dibimbangi ada tujuan lain. Saidina Umar al-Khattab pernah mengingatkan gejala hadiah ini, “Berjaga-jagalah dengan hadiah kerana ia merupakan rasuah”. Saidina Umar menghantar kembali hadiah yang diberikan oleh anak Maharaja Rom kepada isterinya dan menegahnya daripada menerima sebarang hadiah lagi.

 

5. Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa setiap harta kita akan dipersoal dari mana sumbernya dan kemana dibelanjakan:

 

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ …… وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ

 

Tidak berganjak dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya ….. tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan” (HR Tirmizi No: 2341).

 

JANGAN sesekali mengambil dan menerima yang bukan hak kita.

Cnp

 

 

About mai

Check Also

Solat 5 waktu umpama air yang membersihkan kotoran

  Solat 5 waktu umpama air yang membersihkan kotoran Sabda Rasulullah SAW: “Apa pendapat kalian, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *